MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, January 1, 2010

OH...

PAGI ini saya dan suami bercadang untuk menjelaskan yuran sekolah agama anak kami yang akan masuk darjah 2. Memandangkan kami lewatkan dia masuk sekolah agama setahun, jadi walaupun rakan sebayanya ada yang dah darjah 3, tetapi Yaya baru masuk darjah 2, tapi pada saya yang penting, dia bersekolah agama sebagaimana anak-anak Johor yang lain.

Saya bercadang untuk masuk pejabat lambat memandangkan tak mahu berpatah-patah balik. Mujurlah saya bekerja dengan majikan yang selalu bertolak ansur dengan stafnya, jadi saya memberitahu pembantu pentadbiran dan kawan sebilik saya, tentang kelewatan saya.

Sebelum pergi ke sekolah, suami singgah di pejabatnya untuk mengambil suratkhabar. Saya menunggu dalam kereta. Suasana di sekeliling agak lengang, mungkin kerana baru pukul 8, kebanyakan pejabat di situ dibuka pada jam 9.

Saya melihat ada seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40 turun dari tangga bangunan kedai. Saya tertarik untuk memerhatikannya kerana saya melihat dia membawa dua batang tongkat ketiak di kiri dan kanan tangannya tetapi dia tidak bertongkat dengan tongkat yang dibawa. Kakinya elok tidak cacat atau tempang. Pakaiannya kemeja-T biasa, tidaklah begitu lusuh dan tidak pula kemas dan berseluar slack. Ah, lupa pulak nak tengok dia pakai kasut atau selipar.

Selepas menoleh kiri kanan, dia keluar dari bangunan kedai. Dia terus melangkah longkang besar depan kedai dengan selamba, tak terdengkot langsung dan terus menuju ke rumah kosong yang terletak di hadapan kedai.

Rasa ingin tahu mendorong saya untuk terus memerhatikannya dari cermin sisi kereta. Kalau nak rakam memang tak boleh, nanti dia perasan pula.

Sampai depan rumah kosong tu, dia meletakkan tongkat ketiak di depan pintu rumah. Keseluruhan bahagian depan rumah tersebut tak ada dinding, cuma ditutup dengan pagar besi biasa. Dia menolak pagar yang nampak macam berkarat tu dan terus masuk ke dalam.
Oleh sebab tak ada dinding jadi saya boleh nampak pergerakannya dalam rumah tu.

Saya nampak dia mengambil sesuatu di lantai, saya tak tahu apa yang di ambil. Kemudian dia bergerak ke bahagian lain dan memandang ke dinding. Tak tahu apa yang ditengok. Mmm.. suami saya dah kembali ke kereta, tak dapatlah saya tengok adegan seterusnya.

Saya menceritakan pada suami tentang lelaki tersebut. Suami saya melihat melalui cermin kereta. Semasa kereta berundur saya tengok lelaki tersebut dah bersedia nak keluar dari rumah. Suami memperlahankan kereta untuk melihat lelaki tersebut.

Sekarang dia dah jadi macam orang tua yang akhir 40-an. Dengan memakai cermin mata dan tak silap saya rambutnya macam agak-agak beruban pulak. Tadi rasanya biasa sahaja. Dan dua tongkat tadi dah berada di bawah ketiaknya. Sambil berjalan tempang dia melangkah pergi mungkin untuk mencari mangsa yang simpati dengan nasibnya. Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum... MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua ...