MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, February 18, 2010

enaknya Bakso

SUDAH dua kali berturut-turut, bila saya pulang ke kampung, Tias begitu rajin menyediakan bakso buat santapan kami sekeluarga. Bakso yang dimasak Tias memang agak istimewa berbanding bakso yang dijual di warung-warung. Apa istimewanya?
Istimewanya sebab kami boleh letak berapa banyak bebola daging yang kami suka.. haha.
Jom, salin resepi.. lepas ni tak perlu membeli lagi lebih-lebih lagi bagi mereka yang agak was-was nak membeli bakso tu..
Cara Menyediakan Bebola Daging
Bahan-bahan:
1 peket daging cincang (boleh juga gunakan ayam cincang)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit serbuk lada hitam
sebutir putih telur
2 sudu tepung jagung (atau secukupnya)
garam secukup rasa
sedikit minyak
Caranya:
1.Campurkan semua bahan kecuali minyak, uli sehingga menjadi doh yang lembut.
2.Bulat-bulatkan kecil-kecil, letakkan sedikit minyak supaya tidak melekat.
3.Masukkan dalam seperiuk air mendidih, apabila timbul, bolehlah diangkat. Ketepikan. Simpan air rebusan.

Cara Menyediakan Sup Bakso
Bahan dan cara:
Tulang lembu secukupnya. (boleh gantikan dengan ayam)
3 biji buah keras*
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit lada hitam* (* tumbuk semua bahan, leburkan ke dalam periuk air rebusan bebola tadi bersama tulang lembu atau ayam)


inilah bakso daging yang belum sempat dituang kuah supnya.. hehe
Bahan Sampingan:
Mi Kuning/ Mihun/ Kuey Tiow
Sayur Sawi (dipotong kecil)
Cili padi (ditumbuk halus)
Timun (hiris sederhana, gaulkan dengan gula dan cuka)
bawang goreng
kicap manis
sos cili
Cara Menghidang :
1. Masukkan mi ke dalam mangkuk.
2. Letakkan sayur sawi, timun, kicap dan sos cili.
3. Tuangkan kuah sup bakso.
4. Letakkan sambal cili padi.


yang ni bakso ayam.. cubalah ya...

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

INAYAH - AKU MAHU PULANG

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Akhirnya, Telemovie INAYAH akan ditayangkan di Astro Citra pada hari Ahad,  22 Oktober 2017 jam 10 ma...