kek marble tiga rasa... enaknya..


WOW... sepuluh minit lagi, kek marble tiga rasa yang diidamkan Yaya akan masak. Dah dua, tiga minggu jugaklah Yaya meminta saya membuatkan kek marble ni. Sayangnya masa tak mengizinkan kerana bila saya tenung resepi yang saya ambil dari blog Cik Mat Gebu, penyediaannya agar sukar juga bagi orang-orang yang belum mahir seperti saya.
Cuma minta maaflah CMG, bab tajuk tu saya adjust sikit, sebab ini sebenarnya resepi asal kek marble, lepas tu ada satu resepi CMG tu tajuknya, kek tiga rasa. Jadi saya gabungkan nama dua-dua tu jadilah Kek Marble Tiga Rasa..
Dan perisanya saya gunakan coklat emulco, strawberry emulco dan sunquick. Sunquick tu sengaja saya letak lebih sikit, sebab saya sukakan rasa masamnya tu.. besh2!

No comments

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..