Sup Campur Deshum2... - Alam Sari Di Tanah Jauhar

Sup Campur Deshum2...


DESHUM2! Power seh sup campur Daud Meldrum Walk ni. Lama dah tak pekena. Seingat saya semasa zaman saya mengajar malam di MIET dulu, sup inilah yang selalu menjadi santapan malam saya bersama Roti John. Memang tak pernah jemu, pasal itulah agaknya badan saya pun ikut naik mencanak-canak... perghhhh!!
Masa tu, Sup Daud ni beroperasi bersama-sama puluhan gerai yang menjual aneka masakan panas yang menghidupkan suasana malam di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru. Sayangnya kini semuanya telah jauh berubah. Kenangan manis bertenggek di bangku gerai dalam hiruk pikuk manusia sudah tinggal menjadi kenangan manis masin dalam kehidupan. Kenapa ada manis dan masin? Manis kalau anda mendapat layanan segera, masin kerana masih tidak dapat makanan yang dipesan walaupun telah menunggu lebih setengah jam.. haha.

1 comment:

  1. Sup Power Daud kat Johor Bahru ( gerai2 yg melambak pada waktu malam berhadapan kuil india ). maner agaknyr lokasi perniagaan dia sekarang. Saper2 tau roger aku
    azmi 0167538021

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih