MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Saturday, April 10, 2010

bila ikan mayong dimasak asam pedas

SALAM SEJAHTERA... hari ini dalam sejarah. SETELAH lebih 10 tahun berumahtangga, buat pertama kalinya tengahari ini.. dah petang sebenarnya.. saya menghidangkan Asam Pedas Ikan Mayong.




Bukan tak nak memasak menu ini, tetapi almaklum tekak sang suami yang begitu cerewet untuk menerima ikan mayong dan di sebelah-sebelah utara memang jarang sekali ada peminat asam pedas ikan mayong kerana seperti yang sedia maklum orang utara lebih senang menikmati kari... kari dan kari.

Jadinya begitulah yang terjadi kepada saya, kalau tak kari ayam, daging.. ayam, daging.. sekali sekala ikan bawal, ikan merah. Kalau tak pun, sambal tumis udang, sotong, udang, sotong.. sampai kadang dah tak lalu nak makan sebab dah kerap sangat masak benda yang sama.

Tapi nasib baik encik suami sukakan masakan Cina dan Siam, dan memang selalu masak style yang begini. Jadi kerana masakan saya yang agak luar biasa hari ni, lalu teringinlah saya untuk menempeknya di sini, hehe..

Ada juga sebenarnya saya masak 'asam pedas tetel melaka style', haaa. yang tu memang dia cukup suka, malah jadi kegemaran kami sekeluarga. Eh, dah lama pulak rasanya tak masak asam pedas tetel ni.

Alkisah ikan mayong yang lebih kurang beratnya 1200gm tu telah disiang dengan sempurna oleh makcik penjual ikan di Pasar Malam Rabu berhampiran rumah saya tu atas pemintaan saya. Pagi-pagi tadi saya dah biarkan ia terdampar di tepi singki supaya bila selesai urusan saya maka tidak perlu mengambil masa lama untuk meng'asam garam'kannya.

Dengan bakat memasak asam pedas semulajadi, maklumlah anak Johor Jati.. (malu seh kalau ngaku orang Johor tak tahu masak asam pedas), di tekak saya ni memang sungguhlah lazatnya... Encik suami pun siap bertambah-tambah makannya, mujurlah ada ikan mabong (orang Johor panggil kembung) goreng dan tauhu goreng juga cicah kicap cili padi.. sebab memang dah tekak cerewet tak boleh dipaksa, dia cuma makan suku bahagian je dari sekeping ikan mayong.

Nasib baik adik saya rajin datang menolong membawa balik periuk asam pedas saya berserta isi-isinya sekali, Alhamdulillah... syukur. Jadi moralnya di sini wahai Puan Sari@ Puan Seri.. hik2, tak payahlah susah-susah lain kali nak masak asam pedas ikan mayong lagi. Memang kompom tak laku di mata encik suami.. apapun terima kasih kepada beliau yang sudi membelikan ikan mayong untuk anak, isteri dan berkongsi rezeki dengan ibu mertuamu sekali..

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

INAYAH - AKU MAHU PULANG

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Akhirnya, Telemovie INAYAH akan ditayangkan di Astro Citra pada hari Ahad,  22 Oktober 2017 jam 10 ma...