dam oh dam

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
SALAM SEJAHTERA, dah nak masuk hari Rabu. Punyalah penat, tak sabarnya nak tunggu cuti semester supaya saya dapat bercuti panjang sikit. Maklumlah, kalau ambil cuti semasa minggu kuliah, takut nanti ada yang marah.. hehe. Kalau cuti sehari dua tu mungkin boleh, itupun kalau betul-betul ada hal yang mustahak.

Sebenarnyakan, saya ni teramatlahhhhh malasnya nak keluarkan laptop dari beg. Tapikan sebab dah seharian tak ada entri baru, rasa macam ada yang kurang pulak. Begitulah agaknya jiwa seorang blogger kan, paling tidak satu hari mesti ada satu entri. Kalau tak, tak lengkap hari rasanya.

Entri saya hari ni entri borak-borak je, nak cerita pasal dam. Mesti semua pernah main dam kan? p/s: Nak tahu tak, baru-baru ni masa perjalanan balik kerja, saya singgahlah satu gerai ni kan. Punyalah syok diorang main dam, siap muka berkerut-kerut, macam dasyat jer main dam tu. Eh, dasyat la, papan dam dia besar, bukan yang macam saya selalu main zaman sekolah-sekolah dulu. Jadi cabaran nak pergi 'haji' dan makan buah dam kawan tu memang memerlukan konsentrasi yang jitu, tu yang berkerut-kerut bagai nak putus urat dahi.. huhu.

Ha, yang tu dam haji. Ada lagi, dam ular. Tapi yang ni tak pernah lagi nampak orang tua main dekat warung. Kalau ada memang sah-sahla buang tebiat.. haha. Saya kalau main dam ular dengan Yaya, memang selalu main ngelat.. hihi, tak mo kalah punya pasal. Tapi awas, kadang-kadang main dam ular pun boleh gaduh tau. Lagi-lagi kalau asyik-asyik kawan tu je yang menang.

Baru-baru ni, anak saudara saya datang rumah, siap bawa papan dam nak ajak Yaya main. Mula tu saya macam tak berapa heranla, tapi lama-lama saya tengok, kenapa banyak sangat papan damnya. Rupa-rupanya dah ada macam-macam dam sekarang. Orang lain saya tak tahulah, tapi saya cakap betul, nilah pertama kali saya tengok dam-dam ni selain dam ular dan dam haji. Jom.. layan gambar...

dam haji pun ada terselit di antara kepingan papan dam yang lain..


NaruTO


yang ni evergreen.. dam ular. Tapi dulu kita kalau nak naik pakai tangga,yang ni pakai tongkat, tapi cute kan ular-ular tu..


spiderman


yang ni tataw.. haha


superhero.. mengumpulkan segala hero-hero di dunia, cicakman je tak ada


yang dua-dua kat bawah ni sapa tau tolong bagitau ya..



Ha.. tu dia. Jangan ada yang nangis guling-guling pasal masa zaman sekolah dulu tak ada dam-dam ni semua. Belum terlambat lagi, silalah dapatkan di kedai-kedai yang berhampiran ya..
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. WAH........
    syoknya permainan nie,.teringat zaman dulu2 ayu suka dengan game ulor...............
    tak tahan tu..asyik turun jer...tak naik2...

    ReplyDelete
  2. tapi Ayu kalau kena turun selalu pun takpe sebab ularnya comel. Ular dulu2 garang, mcm rasa kena telan betul2 tu

    ReplyDelete
  3. menariknya dam2 nie...hehe...rasa cam nak main lak...

    ReplyDelete
  4. ha ha ha... akak..memang best.. pernah main masa study dulu.. kat u tapi lepas gian... tapi versi akak lagi moden n gambar best2 he he.. teringat zaman blaja dolu2

    ReplyDelete
  5. Ayu.. apalagi, pilah gantikan dam ular bdk2 kat umah tu..

    Halamanku, gian ada lagi tak, kalau ada bleh cari di kedai mamak yg berhampiran.. hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!