MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, April 11, 2010

kek karamel epal.. apa kata kita tukar dengan pear??

SALAM SEJAHTERA, Alhamdulillah, cuaca seperti merestui kerja-kerja yang saya lakukan hari ini. Selesai sudah tugasan mencuci kain baju yang tertunggak hampir tiga hari gara-gara hujan yang turun saban petang. Maklumlah, surirumah merangkap pekerja macam saya ni, masa bila lagi nak membasuh selain waktu malam kan..

Hari ni saya nak kongsikan dua perkara. Satu cerita, satu resepi. Resepinya kek karamel epal.. Ceritanya.. masa mencari-cari buah epal di pasaraya Jusco semalam, mak aihhh.. punyalah mahal buah, walaupun saya akui buah di Jusco memang lebih mahal sedikit dari pasaraya lain.

Bukanlah berkira sangat nak membeli, tapi saya khuatir tak ada ruang nak menyimpan, maklumlah peti ais di rumah saya tu barulah berapa liter je kapasitinya. Epal tu pulak semuanya dah dalam satu pek. Jadi bila nampak je buah pear yang gemuk buncit tu.. belum dipek lagi, hehe.. terus terlintas dalam kepala nak tukar epal dengan pear.

Jadi sampai rumah, dengan sekilas pandang resepi yang saya dapat dari Myresepi (lupalah pulak nama pemilik sebenar), saya terus mengerat mentega 500gm yang masih keras tu sebanyak 190gm. Jadi bila dah selesai semua, malam tadi saya pun bersedialah untuk mula mem'baking'. Alamak.. bukan 190gm la, tapi 90gm jer.. mentega pun dah selamat dicairkan masa tu.

Maka congak punya congak, kalau di'double'kan pun mentega baru terlebih 10gm. Bolehlah... lalu semuanya saya gandakan dua. Nasib baik jadi jugaklah keknya, sedaplah di tekak saya ni, walaupun buah pear cuma sebiji je (pasal buah pear dah dijadikan karamel baru sedar terlebih sukatan mentega.. hik2).

Jom, kongsi resepi.. terima kasih ya pada pemilik resepi asal.. nanti saya updatekan namanya..

Kek Karamel Pear
(telah dialter oleh saya, kalau berani cubalah)


Bahan A:
2 biji buah pear, (dikupas dan dipotong dadu lebih kurang 2cm)
60gm gula perang
sedikit serbuk kayu manis
* cairkan gula perang, masukkan buah pear dan serbuk kayu manis. Kacau sentiasa hingga pear lembut dan kuah gula agak kering.

Bahan B:
100gm gula halus
sedikit garam
4 biji telur
100ml susu penuh krim
300g tepung gandum*
2 st baking powder* (ayak bersama bahan bertanda*)
190gm mentega

Cara-cara:
1. Cairkan mentega, masukkan gula dan garam, kacau sehingga gula hancur.
2. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga adunan berbuih.
3. Masukkan tepung, kacau sebati.
4. Campurkan susu, kacau lagi hingga sebati. (boleh gunakan mixer pada kelajuan perlahan).
5. Masukkan bahan A, kacau hingga rata.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan dialas kertas. Bakar 170- 180'C selama 40 - 45 minit.

Selamat mencuba.

Nota: Resepi asal kek karamel epal oleh Fendi@myresepi

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...