sotong baby kailan feberet

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Salam Sejahtera, bertemu lagi kita di kesempatan ini kan. Ramai yang dah kenyang nampaknya tu. Ramai gak yang tengah mengunyah-ngunyah sambil layan blog kan. Saya hari ni macam terlebih rajinlah pulak nak mengentri, pasal masa tengah bersih-bersihkan sawang kat pendrive tadi ternampaklah pulak gambar anak kailan ngan mak sotong ni.. hehe.

Sebenarnyakan, inilah menu feberet family saya di hujung minggu. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu memang sayur ni wajib ada dalam senarai untuk dinikmati bersama ikan stim nyonya (nantikan kemunculannya nanti). Jadi kepada adik-adik yang baru mendirikan rumahtangga tu nanti ahkak sharekan cara nak memasak yang sedap dan simple untuk menambat hati suami.. chewah!

Orang yang bekerja macam saya nikan, manalah ada masa nak sediakan segala macam rempah yang cerewet dan banyak kerja tu. Sindrom malas pun boleh tahan juga tapi janganlah jadikan alasan untuk tidak memasak lebih-lebih lagi di hujung minggu. Kalau hari Isnin sampai Jumaat tu ada juga maafnya dik. Kalau hari minggu pun nak beli bungkus juga, bilalah en suami nak merasa air tangan isteri.

Jadi yang baru-baru kahwin tu mesti semangat kan nak masak untuk cik abe. Lepas ni sekali-sekala kalau nak makan style kat kedai tomyam tu bolehlah buat sendiri di rumah. Mesti cik abe sayang kat mu. Oh, ya... pada otai-otai minta mahaflah ya.. malulah pulak nak tulis resepi, kita pakai campak baling je..

resepi ini untuk orang baru kahwin yang baru nak belajar memasak.. kui2.. boleh juga untuk orang yang ada penyakit 'M'... lagi sesuwaiiii..


Ni pertama kali masuk resepi sayur pasal sayang nak delete gambar.. haha
Bahan-bahan:
1 bungkus baby kailan
3 ekor sotong sederhana
4 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
1/2 labu bawang besar (dipotong bulat)
3 biji cili padi (jika mahu pedas)
2 sb sos tiram
1 sk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Bersihkan sotong dan dipotong setebal 1~2cm
2. Baby kailan direndam dalam air garam, jika besar potong dua. Bilas beberapa kali dan toskan.
3. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, tumis sekejap dan masukkan sotong. Kacau sebentar hingga sotong masak. Masukkan bawang besar serta cili padi dan kacau lagi.
4. Masukkan baby kailan, kacau sebentar dan masukkan sos tiram. Apabila sayur hampir layu masukkan bancuhan tepung jagung, biar mendidih sebentar dan bolehlah dihidangkan.


masakan ini tidak memerlukan garam dan sebarang serbuk perasa.




nantikan kemunculannya..... siakap stim nyonya

Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. walaupund ah lama kawin, kak Jun nak cuba juga masak kailan ni. Mana tau boleh rasa macam honeymoon balik :-))

    ReplyDelete
  2. hahaha... ni menu utk org yg tak pndi msk, yg expert mcm kak Jun pejam mata jer..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!