MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Saturday, May 29, 2010

KURMA DAGING

ASSALAMUALAIKUM...
Seperti yang dijanjikan semalam, hari ini saya akan masukkan resepi lauk pauk yang dihidangkan bersama nasi tomato semalam. Lauk yang pertama ni adalah kurma daging. Biasanya saya masak dalca untuk dihidangkan dengan nasi tomato, tapi sebab malas nak sediakan bahan-bahan yang lain, suami cadangkan masak kurma daging sahaja. Saya ni bukanlah pandai sangat masak kurma tapi kalau untuk makan sendiri tu tak ada masalah.



Bahan-bahan:
300 gm daging batang pinang (dipotong dadu dan direbus bersama garam dan halia)
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2" halia*
1 batang serai diketuk dan disimpul
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 1/2 sb rempah kurma (digaul bersama sedikit air)
1 senduk santan kotak (saya guna santan M&S)
garam secukup rasa
2 keping asam gelugor
2 bii tomato dibelah empat
2 biji kentang dikupas dan dibelah empat
2 batang cili hidup dibelah dua dan dibuang biji
2 senduk minyak masak
3 mangkuk kecil air rebusan daging

Cara-caranya:
1. Tumbuk halus bahan bertanda*. Panaskan minyak masak dan masukkan semua rempah tumis serta bahan tumbuk dan serai. Tumis hingga naik bau, masukkan rempah kurma, kacau sebati.
2. Tambahkan sedikit air rebusan daging ke dalam lebihan rempah kurma, tuangkan ke dalam periuk, kacau lagi hingga sebati. Masukkan daging dan air rebusannya serta kentang. Kacau sebati, masukkan asam gelugor, biarkan mendidih. Perasakan garam, tambah garam jika perlu (kerana air rebusan sudah bergaram)
3. Apabila telah mendidih, masukkan cili hidup dan santan, kacau sentiasa. Masukkan pula tomato, kacau sekejap dan boleh tutupkan api.

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...