<strong>SOTONG MASAK KUALI</strong> - Alam Sari Di Tanah Jauhar

SOTONG MASAK KUALI

ASSALAMUALAIKUM... Salam Pagi Jumaat.

LAMA sudah saya tak masukkan cerita masak-masak di Alam Sari nikan. Ye.. elehhhh... hik.. hik.. Ermmm... tak memasak ke? Saya ni tengah mengingat-ngingatkan lauk apakah yang terakhir saya masak... lupa makcik.

Sotong Masak Kuali ni merupakan resepi tertunda. Lupa sangat di rumah siapakah saya dapat inspirasinya. Puas saya cari balik, sehingga tertunda-tunda nak letak entri ini. Ialah.. nak juga 'link'kan tuan asalnya sebab masa tu saya cuma tengok cara memasak dan bahan-bahannya saja.

Kalau ikutkan, ibu saya selalu masak 'style' ini tapi gunakan ikan yang digoreng terlebih dahulu. Jadi saya pun buat cara yang sama cuma sotong ni saya masukkan dulu dalam kuali yang mengandungi sedikit minyak sehingga ia setengah masak. Cara memasaknya sama macam masak gulai asam pedas cuma kurangkan air dan gantikan dengan santan... sedap ni.

Sotong Masak Kuali

Bahan-bahan:
5 ekor sotong sederhana besar
1/2 senduk minyak masak
1 senduk cili yang siap dikisar bersama bawang (tengok sini)
1 batang serai
1/2" halia
1/2" lengkuas
2 keping asam gelugor
garam secukup rasa
sedikit air
1 senduk santan kotak
tomato dibelah empat

Cara-caranya:
1. Bersihkan sotong, buatkan kulit luarnya. Panaskan kuali sebentar, masukkan sedikit sahaja minyak, masukkan sotong, balik-balikkan hingga sotong setengah masak, angkat, ketepikan.
2. Bersihkan kuali atau guna kuali lain, panaskan mnyak. Tumiskan cili yang siap dikisar bersama bawang hingga agak garing. Masukkan serai, halia dan lengkuas yang diketuk.
3. Kelar-kelar badan sotong, jangan putus, masukkan dalam kuali, gaul sebentar. Masukkan garam dan asam gelugor, kacau lagi, tambahkan sedikit air (dalam 1/2 cawan).
4. Masukkan santan, kacau selalu, masukkan tomato, kacau sebentar dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih.

Selamat Mencuba.




p/s: tomato saya habis daaaaaaaaa...

2 comments:

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih