ASSALAMUALAIKUM..
SALAM PAGI JUMAAT... sejuk pagi ni, lebatnya hujan turun pagi tadi rasanya macam tak mahu berpisah dengan katil.. hihi. Nak.. nak pulak ada orang tersayang di sisi. Jom kita kongsi TIPS CINTA SUAMI ISTERI..
ermmmm...
1. Isteri cium tangan suami dan suami cium dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
terima kasih kepada http://respekss.blogspot.com/
Labels
aaron aziz
acar
aidilfitri
apa cerita
apam
asam pedas
award
ayam
bali
Bandung
Batam
bihun
bloglist
blueberry
bola
boycott
burger
cake in jar
cendawan
cerita bersiri
coklat
cream puff
cucur
daging
diabetes
doa
donut
durian
fear factor malaysia
fettucinne
GA
gulai kawah
gyoza
hari lahir
hidayah
ikan
jalan-jalan
Johor
kad
kaki
kambing
karaoke
kari
keju
kek
kek cawan
kenangan
kentang
kepala
ketam
kisah pelajarku
kucing
kuey teow
kuih melayu
kuih tradisi
laksa
lala
lawak
legoland
lembu
lemon
link best
macaron
makan
makanan laut
masakan barat
maulid
meatball
medan
mee
minuman
muffin
myChef
Mykad
nangka
nasi
no label
novel
nukilan untuk teman
ombre
oreo
panduan
pasta
pastri
pavlova
pencuci mulut
penne
petua
pie
pie maker
pisang
pizza
promo
pulut
racun
rainbow cake
ramadhan
red velvet
rendang
resepi adigun
resepi ibu
roselle
roti
roti jala
safee sali
saja
salam
sambal
sejarah
SeriKandi Cintaku
siput
soto
sotong
spaghetti
sup
swans cream puff
tagged
tapai
tart
tauhu
tayar
tazkirah
telur
tempahan
terbang
tetel
tinggi
tudung
tulang
twisties
udang
ulangtahun perkahwinan
wang
wordless wednesday
yang popular
Yaya
zonan
3 comments:
cuaca hari ni yg hujan memanjang mmg sesuai utk bergumpal gumpalan di atas katil bersama suami tersayang.hihihi
betullah Kak Ain, nasib baik hari ni kerja...
i lurve your tips! :))
Post a Comment