PATUTLAH NASI LEMAK DIA SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
ASSALAMUALAIKUM...

PANAS!!!

Saya dah lama terima email ni. Mula tu baca sendiri untuk pengetahuan sendiri jer. Tapi rasa macam nak kongsi pulak dengan semua. Mesti suka makan nasi lemak malam-malamkan, yang 'femes' kat tempat uols tu..

NASI LEMAK - PENGAJARAN UNTUK SEMUA ...........

Email ini dikirimkan oleh seorang hamba Allah yang merupakan saksi kejadian .... Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di 'tuuutttt', kedai makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.

Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan di dalam periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.

Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa maka beliau memanggil orang kampung termasuklah penghantar email ke rumahnya untuk membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman penghantar email, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu perubatan ini.

Beliau sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum berhenti disambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat. Beliau selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah dua tingkat di 'tuuuttt' itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu di dalam. Kak Kiah berada di tengah rumah dengan enam orang lelaki memegang tangan dan kakinya.

Beliau mengambil tempat di kepala Kak Kiah dan melihat badannya berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Beliau meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak lelaki Kak Kiah. Ianya tidak menjadi masalah kerana itu merupakan bahan yang digunakan seharian. Beliau gelekkan telur pada permukaan dahi Kak Kiah.

Raungan Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah. Dia menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa penghantar email menaburkan ikan bilis ke atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin kuat, kulitnya menggelupas dan bersisik lagi busuk.

Lalu diminta anak lelakinya mencurahkan santan ke badan Kak Kiah , Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta. Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi
umpama lemak yang datang daripada bawah tilam. Jiran-jiran Kak Kiah mengangkat tilam berkenaan. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati di bawah tilam Kak Kiah penuh

dengan ............


..............


..............



Nasi Lemak !!!!!

Heh...Heh... Heh...Jangan mare ....... Dah! Cerita ni tipu jer
.........Pergi buat kerja tu haa ... ada yang tak masak lagi tuh..

Bukan main serius lagi tu.. hehe.. soweiiiiiiiiii..

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. aduiiii....terkena k.ita! beria2 membaca. last2 sampai kt bawah skali...kena tipu!!! issshhhh...dosa tau main tipu2 ni....

    ReplyDelete
  2. Cite saspen gile tp adoiyaii lawak pulak..huhu.. Ingat kot betoi la td tu.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar! citer dongeng je ye.. tp tak mustahil kan!

    ReplyDelete
  4. buat penat je baca....kak yus nie

    ReplyDelete
  5. masyaAllah. bertuah betul sari yusa ni. punyalah suspen n khusyuk membaca, lawak rupanya. apa pn mmg lucu. hehe...

    ReplyDelete
  6. jahatnyaaaaaaaaa
    awattt kijam

    entry tahun 2010 tuuuu

    ReplyDelete
  7. suasependeeer betul la ko yus......hahahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!