CHOCOLATE CHEESE CAKE - Alam Sari Di Tanah Jauhar

CHOCOLATE CHEESE CAKE

ASSALAMUALAIKUM wbt...

Salam semua, tak terlambat lagi rasanya nak mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Rasanya nyawa untuk berblogging ni dah bersemarak kembali, Alhamdulillah.. segala masalah teknikal telah dapat di atasi. Begitu juga masalah mental dan fizikal.. hehe.

Ni sajalah nak tunjuk gambar ulang tayang, hehe. Tak sangka kawan lama masa zaman belajar di kolej dulu, Aryn Aris sudi menempah kek dengan saya. Teringin katanya, sempena hari jadi adiknya yang belajar di UITM. Tup-tup, rupa-rupanya hari jadi beliau sendiri. Hummmm. macammanalah saya boleh terlepas pandang. Apapun semoga Aryn berpuas hati dengan kek ni, katanya sedap.. siap minta resepi. Tak kisahlah Aryn, saya bagi jer, tak salah berkongsi kan.

Resepi ni belajar dari Kak Yati dan Kak Ima. Sebab Aryn nak dua biji kek coklat cheese jadi saya buat dua versi, bakar dan kukus. Tapi idea nak menghias tu memang tak adalah, tapi Aryn tak kisah, janji ada strawberry, hehe.



5 comments:

  1. Salam Tuan Rumah..wah bukan main mewah ngan strawberry kek ni..menjilat jari ni..sib baik pose..he he he

    ReplyDelete
  2. Salam. Sari.. nak buatkan kita x.. kita ni dh kecurrr tahap gaban tau asyik saje dpt tgk cheese cake awk dr b'day Cik Embun huk.. huk..
    nak buka dgn awak.. nak buka dgn awak..
    kita nk projek dgn C'Embun lah 'terjahh' uma awk.. huk.. huk..
    C'Embun.. C'Embun.. manerr C'Embun nih.. huk.. huk..
    C'Embun.. C'Embun.. (seru lg..) huk.. huk..

    ReplyDelete
  3. alolololol..sedapnyer..bertambah sedap nengok taim2 posa ni sari..yummy sedapnyer..

    ReplyDelete
  4. Akak suka cheese cake...apa lagik kalau dpt stroberi yang segar bugar macam tu...

    ReplyDelete
  5. salam sari..terima kasih..sudi jenguk blog akak..sedapnya cheese cake..kalau dekat..akak pun nak tempah jugak..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih