SOSEJ GULUNG RANGUP - Alam Sari Di Tanah Jauhar

SOSEJ GULUNG RANGUP


ASSALAMUALAIKUM wbt

ADOILAAA... Sejak pukul 9 pagi tadi, dah berapa kali saya keluar masuk angkut pakaian dan cadar yang tersidai di luar. Macam main-main lak panas hujan panas hujan, tapi tak baiklahkan saya ni, itukan semua kuasa Allah swt tetapi rasa macam dugaan betul.. hehe. Akhirnya sekarang ni hujan mula turun mencurah tetapi tak berapa lebatlah, cukup untuk membasahkan perkarangan rumah. Maknanya, tak payahlah keluar masuk lagi, bergantunganlah baju-baju yang lembab dalam rumah, dah macam kedai dobi pulak, hehe.

Kali ni saya nak tayang sosej gulung rangup yang saya ambil dari DTS. Bukan ambil makanannya, ambil resepi jer. Terrrrrsangatlah mudahnya, asalkan anda ada dua benda ajaib ni sekarang, maka sekarang juga anda boleh membuatnya iaitu sosej dan pastry puff. Siapa-siapa yang selalu lapar tu kenalah pastikan sentiasa ada stok ni, sebab berguna di saat-saat kemalasan.. hahaha. Resepi asal boleh tengok di sini. dan terima kasih untuk sifu pastry saya CMG.
Resepi di bawah saya gunakan stok yang ada di rumah saya.

BAHAN-BAHANNYA:
4 batang sosej (saya guna sosej lembu jenama Ramly)*
4 keping puff pastry jenama kawan*
Mayonnaise
Cili sos
Kuning telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
Sedikit serbuk lada hitam yang baru dikisar (lupa nak letak.. haha)
*kalau ramai nak makan buatlah lebih
CARA MEMBUATNYA:
~ Sosej dicelur sekejap, toskan dan biar sejuk. Belah 2 tapi jangan putus untuk setiap batang sosej. Ketepikan.
~ Ambil 1 keping kulit puff pastry (biar pada suhu bilik). Letak 1 batang sosej dan sapu sedikit sos cili dan mayonnaise antara dua belahan tadi, kemudian gulung puff pastry tadi dan kemaskan. Buat hingga siap dan susun dalam dulang pembakar.
~ Sapu dengan kuning telur tadi dan tabur serbuk lada hitam atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.

PESANAN:Jika oven anda ada sistem "hot fan", boleh on kan masa membakar puff pastry, ini akan menambah kerangupan puff pastry. Kelar-kelar sedikit hujung puff pastry sebelum digulung untuk mendapat kesan seperti dalam gambar.(adoiiii.. tengoklah perbezaan kerjatangan sifu ngan anak murid.. huhu)


yang ni CMG punya... tak terlawan kita ngan sifu blogger masak ni..

2 comments:

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih