MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, December 22, 2010

TIGA HARI DUA MALAM DI BUMI MAHSURI (2)



ASSALAMUALAIKUM wbt

SESIAPA yang sudi tengok tu, marilah.. sesiapa yang dah bosan jangan tengok ya. Yang ini siri melawat perusahaan minyak gamat. Minyak gamat nikan memang antara barang yang mesti bawa balik, tapi saya tak membeli pun, sebab yang lama tu ada lagi. Tapi krim gamat, wajib beli. Lupa pula nak ambil gambarnya.. hehe. Lepas tu dah balik dari sini, ada pulak kawan sms nak minyak gamat, hehe.. tak apa, kat mana-mana pun ada, jenama jer lain-lain tapi isi dan ramuannya sama.

ini minyak gamat yang sedang dimasak. Ada orang kata cuba celup tangan, nampak jer tengah mendidih tapi bila celup rasa sejuk, saya tak berani cuba sebab fikir dua kali kat mana nak lap tangan nanti. Terlupa lak nak celup guna hujung jari jer.. hehe..


tengok dari sini jer tau... tak yahlah masuk... hehe


betulkah bunga nenas batu ini sebenarnya buah pokok ru, siapa boleh tolong jawab?

macam-macam ada!


yang ni mak gamat.. anaknya gi sekolah.. hehe.. bapaknya gi bawa bas rombongan pelancong... kih.. kih.. kih..

borong.. borong...


ini buluh tumpat.. kegunaannya untuk mengelakkan haiwan-haiwan berbisa dan bahaya masuk ke rumah.. nak beli gak, tapi fikir cemana lak nak bawa naik kapal terbang... sebenarnya memang tak nak beli pun... kui.. kui.. kui!


tongkat ali.. orang lain tak leh guna tau.. ali jer boleh.. hihi..


takut tak tengok tongkat tu... kui.. kui..

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...