MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sayur sejarah selfie semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Friday, June 25, 2010

TIPS CINTA SUAMI ISTERI

ASSALAMUALAIKUM..

SALAM PAGI JUMAAT... sejuk pagi ni, lebatnya hujan turun pagi tadi rasanya macam tak mahu berpisah dengan katil.. hihi. Nak.. nak pulak ada orang tersayang di sisi. Jom kita kongsi TIPS CINTA SUAMI ISTERI..

ermmmm...

1. Isteri cium tangan suami dan suami cium dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

terima kasih kepada http://respekss.blogspot.com/

Thursday, June 24, 2010

UDANG BLACK PEPPER

ASSALAMUALAIKUM...



SEDAPNYA dapat makan udang segar, En Rizar beli hidup-hidup dari Pasar Borong Pandan. Sampai jer rumah terus hubby sinsing lengan. Yang kelakar tu dia kata nak masak cili thai, tup.. tup terambil black pepper paste, nasiblah kan. Tapi memang sedap sangat.. manis betul isinya. Nyum.. nyum... jemput makan ya...



Mekasih Babah.. lain kali masak lagi ya..


Tuesday, June 22, 2010

NAMAKU SIMPUL

ASSALAMUALAIKUM...


TAK TAHULAH kucing siapa? Ia datang ke rumah saya sejak minggu lepas. Masa tu saya sedang menggantung baju di ampaian. Kelam-kabut En Rizar buka pintu belakang bila terdengar suara kucing mengiau. Yaya ikut terlonjak-lonjak kesukaan. Tanpa segan silu ia masuk dan menggesel-gesel macam kita ni tuan dia. Yaya terus berlari mengambil kotak 'whiskas' yang memang sedia ada (walaupun kami sebenarnya tak membela kucing). En Rizar tuang dalam pinggan makanan kucing. Dia cium-cium jer, tak laku pun.


"Kita tak ada ikan, kesian dia.. mesti lapar. Bagi whiskas tak makan lak tu.. kucing siapa ni?" Saya cuma pandang, masih budak-budak lagi kucing ni. Tak berani nak pegang, sebab saya agak sensitif dengan bulu kucing lagi-lagi kalau kucing yang datangnya entah dari mana-mana.


Suami saya menggeleng tidak ada jawapan. Kucing itu dicium-ciumnya. Dia memang gila kucing. Tak kiralah kucing dari mana, mesti nak angkat dan cium.. eiiii. Tapi kalau kucing tu ada kurap biasanya dia pandang dan bagi makan jer (kalau masa tu ada makanan).


Setelah bermain-main sekejap, kami melepaskan kucing itu keluar. Cepat-cepat ia masuk balik. Main-main sekejap, hantar balik keluar, susah betul nak keluarkan, tak sampai hati. Tapi hantar juga keluar sebab ia tak mahu makan.


Esoknya ia datang lagi. Kali ni dilehernya terikat riben hijau tua bersisi emas. Mesti kucing orang ni. Saya tambah lagi satu riben, warna hijau juga tapi hijau muda. Ia masih tak mahu makan whiskas, cuma minum air saja. Setelah puas melayan keletahnya kami hantar ia semula keluar.


Hari berikutnya ia datang dengan leher yang kosong. ??? Kebetulan hari Sabtu, saya masak gulai asam pedas ikan aji dengan talapia goreng berlado. Rezeki si comel. Tapi sebelum tu, kami cuba lagi ajar ia makan whiskas. Dia makan sedikit, dah pandai nampaknya. Lepas tu ia makan berselang-seli. Sekejap whiskas, sekejap nasi lauk ikan aji. Berselera sungguh, sukanya kami. Lepas tu terbaring lena macam baru lepas angkat kayu balak.. kelakar sungguhla.


Macam-macam nama Yaya nak bagi. Comellah.. Manjalah... Saya cakap tu semua nama dah biasa, dah boring. Saya perhatikan ekornya tu tersimpul. Nampak 'tut'nya.. hehe.


"Babah, apa kata.. bonda bagi ia nama Simpul?"


En Rizar setuju. Yaya yang pada mulanya tak setuju terpaksa setuju sebab saya kata kalau tak setuju maknanya si budak kucing ni tak boleh lagi datang ke rumah. Lepas tu Yaya sibuk pulak nak namakannya Dak Cing. En Rizar kata Simpul Dak Cing. Ahhhhhhhh... tak kira, saya nak panggil Simpul juga. Simpul..... oh... Simpul...



(tengok ekornya tu tersimpulkan..)

11 AMALAN TERBALIK

ASSALAMUALAIKUM...

HARI ini baru sempat nak melayan email. Sebenarnya modem di pejabat saya disambar petir seminggu lepas. Jadi banyaklah line yang terkena impaknya termasuklah line di bilik saya. Bila balik rumah pulak, macam-macam tugas yang menanti ditambah fikiran yang kusut jadi ruang nak berblog agak terbatas. Dalam membelek email yang beratus ni saya tertarik untuk berkongsi kiriman dari seorang hamba Allah. Sebenarnya perkara ini saya biasa dengar tapi macam tak pandailah pulak nak mengarangnya, jadi bila dapat email macam ni lebih baik kalau isinya kita kongsi bersama ya.

"Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke
kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM200.00 tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan
kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua insyaallah

Wassalam"

Sunday, June 20, 2010

MENGUSUNG DUKA KE PORT DICKSON


ASSALAMUALAIKUM..


TERIMA KASIH ALLAH kerana memberi saya kesabaran yang begitu tinggi yang mungkin tidak diberi kepada orang lain. Yang masih memungkinkan saya untuk senyum dan ketawa walaupun lara di jiwa hanya DIA yang Maha Mengetahui. Dan duka yang sarat saya usung jua ke Port Dickson pada minggu lepas.


Dalam trauma yang sesekali mengundang, saya gagahkan juga untuk makan.. agenda wajib setiap kali berjalan. Anak saya ketawa girang berendam di kolam dan terjerit-jerit pula bila bermain ombak di pantai. Andainya benarlah saya telah digantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari musibah semalam saya sangat bersyukur, syukur pada-Mu Ya Allah kerana masih memberi peluang kepada kami untuk mengecap bahagia.












"YA ALLAH! Yang menurunkan al-kitab, Yang menghisab perbuatan manusia dengan cepat. Kalahkanlah golongan musuh Ya Allah, cerai-beraikanlah mereka dan goncangkanlah mereka.. Amin."

Saturday, June 19, 2010

MERISIK KHABAR SAHABAT


ASSALAMUALAIKUM...


Apa khabar sahabat-sahabat saya? Lama sudah tak bercerita di sini, lama sudah tak ber'entry'. PENAT! Penat dari segi fizikal dan mental... sehinggakan nak masukkan story mory di sini pun rasa macam takde mood. Rasa macam nak meninggalkan saja dunia maya ini kerana semangat yang bagaikan hilang direnggut sesuatu.


Banyak sangat masalah yang tiba-tiba datang melanda, bagaikan jatuh ditimpa tangga. Satu-persatu datang bertimpa-timpa sehinggakan entry turut tertunda-tunda. Saya sangat berharap agar segalanya akan pulih dengan segera, agar cepat-cepat dibawa angin ribut sebagaimana cepatnya ia menghempas diri saya sekembalinya dari Tasik Banding.


Nak berjalan ke blog kengkawan pun seperti tak bermaya hendak melangkah. Sepertinya tak masuk kepala apa yang dibaca. Sekejapan sahaja saya akan menekan butang pangkah. Entahlah... tapi saya masih mengingati sahabat-sahabat. Yang mana masih sudi singgah di sini, saya ucapkan terima kasih. InsyaAllah.. entry baru akan muncul nanti.


Kepada yang menghantar award dan tag, sabar ya.. saya akan buat tugasan itu nanti... insyaAllah.. mudah-mudahan jika dipanjangkan umur dan dilimpahkan kesihatan yang baik nanti.


"Ya Allah, sesungguhnya aku ialah hamba-Mu, anak hamba-Mu (lelaki) dan anak hamba-Mu (perempuan). Ubun-ubunku dalam genggaman-Mu, hukuman-Mu berlalu kepadaku, Qada' (keputusan)-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau berikan untuk diri-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang Engkau simpankan dalam perbendaharaan ghaib daripada ilmu-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku... Amin."

(Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dianggap sahih oleh Al-Albani dalam silsilah Ahadith al-sahihah)

Saturday, June 12, 2010

AWARD DARI AYU LITTLE COTTAGE

ASSALAMUALAIKUM...


WAHHHHHH... betullah Kak Ayu, jenuh betul nak menjinakkan beruang ni. Last-last dapat gak tangkap.. hehe. Terima kasih Kak Ayu... caaaaaaaaaaaaaayang Kak Ayu... muahhhhhhhhh!




anda-anda semua.. apa kata pergi tengok sendiri blog Kak Ayu yang indah tu... jom...

Thursday, June 10, 2010

BERCUTI DI TASIK BANDING


ASSALAMUALAIKUM...


BARU saja kembali ke rumahku, syurgaku petang semalam. Penat tu memang penat, tapi seronok. Kali ni tak ada aktiviti makan-makan besar, cuma makan-makan untuk alas perut jer.


Destinasi kami kali ini ialah Tasik Banding, Hutan Belum yang terletak di daerah Gerik, Perak, Darul Ridzuan. Jadi, kalau dah dalam hutan tu di manalah nak cari makan yang ala-ala 'JJCM' kan. Lagipun makan kat tempat orang ni kena hati-hati sikit, silap-silap kena sembelih, belum tau lagi sedap. Jadi.. jalan selamat kami makan secara ala-carte di hotel tempat kami menginap.


Kita layan gambar jelah ya.. orang kata sekeping gambar mempunyai 1000 cerita, jadi tengoklah beribu-ribu cerita tersirat di sebalik gambar yang berkeping-keping ni.. hehe.


pemandangan waktu senja di Tasik Banding




masa baru sampai




mahu yang mana satu?














































terima kasih yang tidak terhingga untuk Naman dan Kak Shidah, Abang Samat dan Kak Roz, Kak, Mak Mertuaku, Tias, Abang Akian dan Kak Ela serta anak-anak buah. Paling penting untuk hubby tercinta, bonda akan tetap menyanyangi babah hingga ke akhir hayat.

Sunday, June 6, 2010

GIVE AWAY 'CAYANG IBU"

ASSALAMUALAIKUM..

RANCANGNYA hari ini nak ke Tasik Banding, tapi tunggu punya tunggu.. dah pukul 5 pun tak bertolak lagi.. hehe.. Tadi pagi, masa 'blogwalking' kat blog kawan-kawan, owhhhh.. rupanya saya telah di'tag' oleh Ayu~Hadifhadifah. Mula tu ingat nak buat esok-esok, tapi terlanjur menunggu ni, siapkan sekaranglah. Sebenarnya, banyak lagi tag yang tak terbuat ni, sampai lupa pun ada, jadi terlanjur ingat dan ada masa ni saya buat sekejaplah.. hihi.

Ini merupakan 'contest' sebenarnya dari blog 'MAKE UP MY PASSION', tak kissahlah tu, janji buat juga tag dari Ayu ni, nanti merajuk pulaklah mak budak tu... hihi. Jadi.. apa nak buat ya.. Masukkan gambar saya dan anak dara seorang tulah..



kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah klik di sini ya..

OLE-OLE DARI UTARA

ASSALAMUALAIKUM...
SELAMAT PAGI... Kali ini Alam Sari bersiaran dari utara...

SAYA sampai di teratak Mak Mertua yang disapa Tok Min di kalangan cucu-cucunya pada pagi semalam hampir pukul 6 pagi. Dalam meneman suami memandu tu, saya curi-curi juga tidur, tapi bila terdengar dia berdehem sikit atau bau asap bersama desiran angin malam, cepat-cepatlah saya menegakkan badan. Dalam hujan lebat, kami sampai rumah mak, terus sambung tidur selepas borak-borak sekejap dengan kakak yang sulung.

Ni dah 1 pagi, rumah masih riuh-rendah, almaklum cuti sekolah, ramailah cucu yang berkumpul. Seorang dari Johor, empat dari Perak dan seorang lagi dari Australia.. macam nak pecah rumah dibuatnya. Suka hatilah... Itupun nasib baik yang sepuluh orang lagi belum sampai, kalau tak.. gamat!

Jom.. layanz aktiviti saya dan En Suami hari ni...

nak gi Padang Besar.. inilah lokasi filem KL Menjerit...




Yaya tak mahu ikut.. kami jalan berdua jer...

kosong jer kat belakang tu...


sesiapa pernah sampaisini mesti rasa macam ada kat sini jugak kan...


kalau nak tahu... inilah tempat wajib setiap kali balik kampung... ntah apa-apa yang dicari...

pemandangan dari atas kompleks arked mara

kali ni datang semata-mata nak makan dan beli jersi...

pas tu tengok-tengok kalau ada apa-apa yang luar biasa sikit... hik.. hik..


balik tu singgah beli Mee Abu yang terkenal di Alor Setar... kat Teluk Wan Jah..

tapi minta maaflah, saya lupa nak ambil gambar mee abu tu.. alah, mee rebus, tak boleh lawan mee rebus haji wahid atau mee rebus stulang. Lepas tu singgah Pekan Rabu, nak cari pekasan dan sebagainya, parkir kereta tak ada, terpaksa tinggalkan kat tepi jalan. Kerana kelam-kabut, lupalak nak ambil gambar suasana di Pekan Rabu.

teringin lak nak makan ayam radix... kat JB lum ada.. lupa gak nak ambil gambar ayam.. dah habis, Cik Puan Bibik dah kemas kotak-kotaknya.. hihi
pada pendapat saya, sedap jugaklah RFC ni... nyum.. nyum..

Sekianlah sahaja aktiviti saya hari ini... nak tidur sudah...

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?