MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Thursday, September 30, 2010

Al-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

ASSALAMUALAIKUM wbt

Abu Umamah r.a. berkata: "Rasulullah SAW telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah SAW memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah SAW: Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab, "siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an, "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian, berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu, "adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca Al-Qur'an mengadap Allah SWT, lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di atas tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar ganti dengan dunia walau berlipat kali ganda, sehingga keduanya bertanya, "dari manakah kami memperolehi ini semua, padahal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab, "kamu diberi ini kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an"

(dipetik dari Risalah Jumaat/ Bil 2/2007/Julai/2007/Jamadil Akhir 1428/ITP/YPJ)

Wednesday, September 29, 2010

NASI BERIYANI VS NASI ARAB

ASSALAMUALAIKUM wbt

ASYIK cerita pasal asam pedas, jemu jugakan. Jadi hari ni saya nak buat selingan sikit, nak cerita pasal nasi.

Kalau diikutkan resepi nasi ni tersangatlah banyakkan. Nasi putih, nasi lemak, nasi goreng, nasi minyak (paling popular dulu-dulu), nasi mentega, nasi beriyani, nasi jagung, nasi tomato... macam-macam nasilah.

Sekarang ni lagilah banyak resepi yang menggunakan nasi. Yang tak pernah dengar pun ada. Nasi beringin, nasi maqlubah, nasi hujan panas, nasi bukhari, nasi nenas, nasi epal, nasi oren, nasi itu.. nasi ini. Pendek kata.. hehe... memang tak tertulis dekat sini. (Nasi nenas, epal, oren tu menu nasi kat kantin pejabat saya tau)

Tapi jangan marah ha... nasi yang ada kat bawah ni kalau ikutkan dah basi kot, pasal gambar ni dah diambil pada minggu kedua Ramadan yang lepas. Tak datang-datang semangat nak berblogging, jadi dah 20 Syawal baru masukkan gambar ni.. hehe.

Juadah berbuka yang terlampau, makan tak hengat.. Nasi Beriyani yang dibeli dari MS Pondok Beriyani, Bazar Ramadan Bandar Baru Uda dan kemunculan adik saya dari Kuala Lumpur beberapa minit sebelum waktu berbuka membawakan sebekas Nasi Arab berlaukkan kambing sebesar paha budak setahun dari Restoran Shaba, sebuah restoran arab yang terletak di Putrajaya.

Kalau nak dibandingkan saiz orang Arab dengan orang Melayu memang berbeza rupanya patutlah... tengok jer beras yang digunakan untuk memasak Nasi Arab ni. Tiga kali ganda saiznya dengan beras basmathi kita dan rasanya pun adoiiiilaaaaaaaaa.... beribu-ribu kalori yang masuk ke mulut dan ke perut yang cuma boleh dibakar semula dengan berlari 20km... huhu.

Tak percaya... tengok gambar sebagai bukti!



Monday, September 27, 2010

CERITA ASAM PEDAS ~ POKOK BESAR

ASSALAMUALAIKUM wbt

MASIH lagi kisah asam pedas. Kali ini kami mencari lokasi restoran asam pedas yang terkenal di Bandaraya Bersejarah, Melaka. Tempat yang dituju ialah Taman Kota Laksamana yang menurut cerita terdapat dua tiga buah restoran asam pedas yang terkenal di sini. Dan kami telah memilih Restoran Asam Pedas Pokok Besar.

Pilihan kami tentunya asam pedas tetel. Perghhhhhhhhhh!! Siap bertambah-tambah nasi. Setiap set nasi akan dihidangkan bersama dengan potongan timun dan sambal belacan. Rasa asam pedasnya agak ringan berbanding asam pedas tetel yang sering kami nikmati sebelum ini atau yang saya masak sendiri. Tapi, masam-masamnya tu kami tiga beranak sangat suka. Layan gambar jommmmmm...



Sunday, September 26, 2010

CERITA ASAM PEDAS ~ BATU PAHAT

ASSALAMUALAIKUM wbt

KALI ni nak cerita pasal asam pedas. Entah kenapa percutian panjang kali ni banyak kali sungguh kami pekena asam pedas. Makin makan, makin nak.. makin makan.. makin nak. Tulah penangan asam pedas.. hehe.

Ceritanya bermula apabila kami bertolak pulang ke kampung halaman suami pada hari raya ke empat dengan mengikut jalan kampung. Fuhhhh...! Encik Rizar ni memang sangat-sangatlah suka dengan suasana jalan kampung sedangkan saya sendiri lebih suka ikut lebuhraya. Tapi pasal dia yang memandu dan tuang minyak, kita ni kenalah ikutkan saja.

"Ikut jalan kampunglah best, boleh tengok pemandangan, nanti kita singgah makan asam pedas kat Batu Pahat, nak?"

Wow, asam pedas... my feberet... okehhhhhhhh!!! ;-)))

Destinasi pertama asam pedas Batu Pahat, memang terkenal gak kat Batu Pahat yang merupakan sebuah kedai kopi lama sebenarnya. Orang Batu Pahat mungkin ramai yang tahu, kedainya kecil saja bersebelahan dengan kedai menjual akhbar dan majalah. Di depannya hotel apa yek... lupa lak namanya... hehe.

Dalam kelaparan yang amat, sempat gaklah saya men'snap' gambarnya menggunakan kamera dari handphone saya yang tak berapa canggih tu, yang menghasilkan gambar yang nyawa-nyawa ikan. Kira bolehlah.





Harganya pun kira okeylah, tapi saya tak berapa suka rasanya sebab pada saya agak masin dan kurang masam. Saya lebih suka asam pedas Parit Jawa, yang agak 'light' sedikit kuahnya. Ermmm, tapi sesi kali ni nampaknya takkan singgah kat Parit Jawa, sebab masih kenyang lagi.

Okey, destinasi asam pedas seterusnya.... tunggu...........!!!

KAU PERGI JUA

ASSALAMUALAIKUM wbt

SETELAH lebih sebulan terlantar di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Damansara, akhirnya abang ipar yang saya kasihi Wan Othman Bin Mohd Noor dijemput menemui penciptanya pada 15 September 2010 bersamaan 6 Syawal 1431H. Semoga rohnya dicucuri rahmat.




Limpahan bunga yang memenuhi pusaranya seiring doa sahabat dan saudara yang memenuhi puncak Perkuburan Islam Bukit Kiara pada keesokannya. Beliau pergi meninggalkan seribu kenangan kepada kami semua walaupun beliau sering berada di perantauan bagi menjalankan tugasnya sebagai kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS). Takziah kepada isteri beliau, Rashidah dan satu-satunya cahaya mata, Wan Arfan. Kami sentiasa bersama kalian walaupun kita berjauhan.

Tuesday, September 7, 2010

SIAKAP KUKUS LEMON

ASSALAMUALAIKUM wbt

HARI ni pagi-pagi dah terrrrrajin memasukkan cerita encik suami yang berkobar-kobar mencuba resepi barunya, Siakap Kukus Lemon. Yang ini memang 100% idea beliau tanpa merujuk mana-mana buku resepi. Encik Rizar ni memang minat sangat masakan dan minuman yang berasaskan lemon ni sampaikan setiap kali makan di sebuah restoran makanan laut kegemaran kami beliau mesti nak minta masakkan ikan lemon ni. Selepas beberapa kali mencuba masakan ini di sana akhirnya beliau telah merealisasikan impiannya untuk memasak sendiri dengan menggunakan lemon sebagai bahan utama. Resepinya... dia hentam saja, bahan-bahan secukup rasa... tapi memang sedap.. sampai termimpi-mimpi... hehe..



Bahan-bahan:
semestinya seekor ikan siakap saiz sederhana
1 batang serai*
1" halia*
cili padi (ikut citarasa pedas)*
1 tangkai cili hidup*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sk gula atau secukupnya
1/3 sk garam atau secukupnya
1 sk sos ikan
1 sk minyak bijan
1/2 sk serbuk lada putih
3 tangkai daun ketumbar
jus lemon secukupnya (ikut suka masam)
1/2 cawan air
1 sk tepung jagung dicampur sedikit air

Cara-cara:
1. Bersihkan ikan, dibelah 'butterfly'. Lumurkan dengan sedikit minyak bijan dan serbuk lada putih.
2. Panaskan air kukusan, masukkan akar daun ketumbar.
3. Tumbuk halus semua bahan bertanda *. Masukkan dalam periuk kecil.
4. Masukkan jus lemon, sos ikan, air, garam dan gula secukupnya.
5. Kukus ikan berasingan 10 minit.
6. Didihkan bahan no.4. Apabila mendidih masukkan campuran air dan tepung jagung dan kacau cepat.
7. Keluarkan ikan dari kukusan dan curahkan sos dari periuk tadi. Taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba..

Monday, September 6, 2010

LEBARAN KIAN HAMPIR

ASSALAMUALAIKUM wbt

WAHHHHH......! LAMANYA tak ke sini. Entah apa yang mengganggu dan menghalang, rasanya tidak ada pula, tapi payah betul rasanya nak datang ke sini. Nak kata tak ada masa, tak juga, nak kata sibuk pun tidak, malas.... ermmmmm... mungkin ya.. tak patut sungguhla...

Idea oh idea... begitu kekeringan dan gersang. Tak tahu apa yang nak ditulis dan apa yang nak dientri. Gambar apa yang nak dimuat naik, semuanya bagaikan terawang-awang, semuanya bagaikan tak jejak dibumi dan tak sampai rasanya nak menjunjung langit.

Diam tak diam lebih kurang empat hari lagi, akan bergemalah takbir raya, akan kedengaran beduk dipalu menyambut tibanya lebaran yang dinanti-nanti. Di sana-sini, suasana raya sudah mula terasa. Plaza Angsana yang terkenal di tempat saya sampai penuh lot letak keretanya. Corong-corong radio berkumandang lagu raya. Di dalam facebook dan di blog, ramai yang dah menayang kuih raya.. uish! Cemburunya saya kerana saya sendiri belum membuat persediaan kuih raya kerana rezeki tahun ini saya sibuk menyiapkan tempahan cistat sedangkan untuk diri sendiri dan keluarga pun belum terbuat.

Hahaha... macam tak percaya. Sekurang-kurangnya berbaloi juga saya membeli acuan tat yang mahal tu. Sebenarnya bukanlah banyak sangat pun yang menempah sehingga nak kecoh-kecoh di sini, tapi almaklum orang yang bekerja macam saya ni tentulah terkejar-kejar nak menyiapkan segalanya. Walaupun nampak mudah dan murah tetapi kerjanya remeh kerana tat perlu dibakar dua kali. Itu belum lagi bab nak mengulit cengkerangnya, boleh tertidur-tidur dibuatnya.

Haiiiii.... suami awak tak bagi cukup makan ke??? Hik.. hik... sebenarnya bukan begitu. Tapi jiwa saya ni dari dulu memang suka nak meniaga.. cari duit. Apa saja yang boleh mendatangkan duit kalau saya mampu, saya akan buat. Dari produk avon, produk pelangsingan, biskut dan kek juga jam tangan batu kristal swaroski dan baru-baru ini saya baru saja mendaftar sebagai pengedar jus untuk wanita dan lelaki.. apa dia??? Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

Nasib baiklah pakaian raya semuanya telahpun saya tempah dan beli awal-awal sebelum bulan Ramadhan. Sementara kasut dan lain-lain kami beli pada awal Ramadhan, tak sanggup rasanya nak bersesak-sesak di akhir puasa. Tapi malam raya nanti ada hati nak bergelut di Plaza Angsana merasakan kemeriahan malam raya.. kalau larat.. hehe.

Eh, tiba-tiba mencurah-curah pulak idea saya ni. Kalau tak dihentikan ni mahu panjang berjela-jela, macam-macam yang nak diceritakan. Jadi rasanya lebih baiklah saya berhenti di sini. Nak juga melawat ke rumah kawan-kawan takut tak sempat mengucapkan salam lebaran.

Jadi sebelum saya berundur diri, saya susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang tulisan atau komen saya yang menyinggung hati dan perasaan, haraplah dapat dimaafkan. Mudah-mudahan kita akan terus bertemu di jaringan maya ini selepas lebaran nanti.

Salam Aidilfitri.... (",)

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?