KISAH SOTO DAN IKAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

ASSALAMUALAIKUM wbt

INILAH aktiviti kami pada cuti Hari Hol yang lepas. Memang sejak beberapa hari tu Encik Rizar asyik mengajak saya berjalan-jalan cari makan katanya. Tot tet.. tot tet.. kedengaran dia memicit butang alat GPS kesayangannya tu mengesan mana-mana tempat makan yang menarik. Saya ni bukan apa, risaukan kain baju yang tak terlipat tu, dia ada hati nak berjalan. Kalau tolong kita lipat baju lagi bagus,kan. Pulak tu, cikgu Yaya sikit punya baik, almaklumlah cuti sehari dipulunnya dengan kerja sekolah dua tiga mukasurat.. nahhh.. ambik, cemana nak berjalan. Berhempas-pulas Yaya menyiapkan kerja sekolah, budak tu memang pantang dengar perkataan jalan, nak berjalan punya pasal.


Sementara menantikan Yaya membuat kerja sekolahnya, saya yang pada mulanya tak bercadang memasak, membuat keputusan untuk menghabiskan daging korban yang tinggal dua ketul tu. Sambil melayan perut yang kekenyangan, kami menonton telemovie lakonan Lisdawati di TV2, Khilaf. Boleh tahanlah cerita ni dan sememangnya banyak cerita menarik boleh ditonton melalui saluran RTM dan kurang pula gangguan iklannya jadi mood nak terus melekat depan televisyen tu jarang terganggu.

Sebaik sahaja ‘Khilaf’ tamat, jam menunjukkan 3.30 petang. Sekali lagi encik suami mengajak keluar. Ini kalau tak dilayankan boleh merajuk dibuatnya, mehlah.. jomlah keluar. Saya terus mencapai sweater kerana hujan dan mengikat scarf di kepala. Ishhh.. malas nak melawa sangat, lagipun kami nak terjah tempat yang rasanya tiada orang akan kenal saya, jadi tak perlulah nak berdandan sakan atau menambah timbunan baju untuk didobi. Apa yang di badan ni pun dah okey rasanya… hehe.

Maka bertolaklah kami dalam sapaan gerimis yang mengundang. Saya menggigil menahan kesejukan walaupun berbaju dua lapis… hiiiiiiiii… saya memang tak tahan sejuk. Kami terus menyusur Jalan Pontian menghala ke Johor Bahru dan di persimpangan kami memilih untuk terus ke Kulai. Hampir di Sedenak, hujan turun agak lebat. Perjalanan menjadi lambat, hati pun rasa menyesal, kenapalahhhh ku turut juga kehendak lelaki ini… hehehe. Saya toleh muka encik suami, urmmm.. agaknya dia pun menyesal jugak berjalan ni… hehehe.

Saya Tanya, “kita nak pi mana ni?” ala-ala manja gitu.

Dia jawab. “kita jalan-jalanlahhhh…” manja gak… hahaha.

“Nanti kita singgah beli ikan kat Simpang Renggam.”

“???? Jalan-jalan cari ikan???” Kui..kui.. kui…

Sampai di Simpang Renggam, gerai ikan yang biasa kami singgah belum lagi dibuka. Jarum jam menunjukkan kira-kira 4.30 petang. Pekerja gerai sedang menuangkan air batu hancur pada rak jualan. Kami jangkakan ia akan dibuka setengah jam lagi. Jom kita cari Kopitiam di Ayer Hitam.

Melewati Restoran Jaya yang merupakan lokasi perhentian bas-bas ekspress menghala ke utara, saya terus bersuara. “Wah! Lamanya kita tak makan kat sini, rasa rindu dengan soto dia….”

“Nak makan kat situ ke?”

“Boleh juga, nak ke?”

“Jom,” kami berpatah balik memasuki kawasan letak kereta dan bas di Restoran Jaya. Eiiii… nostalgia sungguh tempat ni. Teringat zaman-zaman remaja, zaman bujang, kalau berjalan ke Kuala Lumpur menaiki bas ekspress di sinilah tempat meregang tubuh dan melepaskan hajat setelah kesejukan hampir satu jam dalam perut bas. Dalam pada tu kecut perut juga takut-takut kalau ditinggalkan pemandu bas, jadi selalunya kalau nak makan tu kena duduk tempat yang boleh nampak kedudukan pemandu bas supaya boleh tahu bila masa bas akan bergerak. Kelakar betul masa tu, padahal dah diberitahu berhenti berapa lama pun, rasa macam tak yakin juga… hehe.

Dan makanan feberet kami di sini tentulah soto. Seingat saya selepas berkahwin, sekurang-kurangnya saya dan suami pernah tiga kali ke Kuala Lumpur menaiki bas ekspress dan biasanya itulah yang kami makan. Saya sukakan soto nasi manakala suami sukakan bihun, bergedil wajib ada. Walaupun tak sesedap mana tapi entah apa sebabnya terasa nikmat benar biarpun kami dicaj harga yang agak mahal. Dan setelah bertahun, rasanya rasa soto di sini sudah tidak sesedap dulu. Sambal kicapnya agak masin, mungkin kerana tidak menggunakan kicap manis dalam ramuannya. Alahai peniaga soto, lain kali tolonglah gunakan kicap manis kalau nak buat sambal kicap barulah sedap… hai.. hai.. hai…

Yaya pilih nasi ayam

Bila perut dah kenyang dan tekak yang bocor pun dah ditampal maka hati teringat nak pulang. Tapi gerai ikan di Simpang Renggam seperti melambai-lambai.. hehe. Kami menjangka gerai tersebut telahpun dibuka dan betul, berderet kereta diparkir pelanggan-pelanggan tetap gerai tersebut. Ops! Kami bukan pelanggan tetap tapi keraplah datang kerana kami suka stail kakak tauke ini berniaga. Semua ikan yang dibeli pelanggan biasanya akan dibalut dengan kertas suratkhabar sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik. Lalu saya yang pemalas ni bolehlah menyumbat terus ke dalam peti ais kerana biasanya kami akan meminta mereka menyiangkan semua ikan tak kiralah kecil atau besar.. hehe. Bagus, kan saya… memang kurang rajin bab siang-siang ikan ni, masak jer saya suka… hihihi.

Mehla kita layan gambar …

Suasana di Gerai Ikan Simpang Renggam

pilih yang mana berkenan

siapa suka keli? saya suka... tapi Encik Rizar tak makan pulak..

menunggu ikan disiang... cuba tengok meow kaki empat tu mengendeng ikan...

siakap tentunya jadi pilihan utama

yeah! dapat...

nom.. nom... nom...

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. he..he...sama mcm hubby mas..klu dah ajak kluar tu...mas ikut jer...klu tak merajuk lak....

    ReplyDelete
  2. Mas, itulah pasal.. janji kita keluar duit, kan.. kan.. kan... hehehe

    ReplyDelete
  3. Wah sama lah En Rizar tu ngan hubby akak tak makan ikan keli, tapi akak ngan anak2 memang suka sangat, especially kalau buat ikan keli berlada memang sedap

    ReplyDelete
  4. nampak sedap la soto tu...kat simpang renggam dekat ngan plaza tol ke?

    ReplyDelete
  5. Aidah, keli berlada... yg tu kalu makan mmg tak sedar diri terus... hehehe

    Gerau, soto tu dekat restoran Jaya, dkat dgn plaza tol ayer hitam, sedap... tapi sambal kicapnya tu masin lah Gerau... huk2

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!