MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, January 28, 2011

SAMBAL BUNGA KANTAN & KERACUNAN MAKANAN

ASSALAMUALAIKUM wbt

INILAH akibatnya kalau asyik makan.. makan dan makan. Memanglah kita perlu makan tapi kalau makanan tu dah bercampur-campur dalam perut tak mengikut kategori akhirnya terimalah padahnya sendiri. Sebenarnya sudah dua hari perut saya merasa sebu, kembung dan macam-macam rasalah. Setakat semalam saya masih tahan lagi tapi sejak jam 2 pagi tadi sakit perut tu telah sampai kemuncaknya sehinggalah pagi tadi. Dalam pada tu gagahkan juga pergi ke pejabat memandangkan saya tidak mahu lagi menambah rekod cuti sakit untuk tahun ini. Cuti kecemasan? Oh! Tidak... banyak perkara yang perlu saya selesaikan sebelum bercuti panjang pada minggu depan sempena Tahun Baru Cina. Aish! Macam dia yang nak raya, pula. Kami akan pulang ke utara kerana akan berlangsungnya kenduri tahlil mega sepatah kata kakak ipar saya, Kak Fauziah... hehehe.

Memandangkan usb card reader saya masih belum berganti yang baru, hari ini saya akan kongsikan gambar yang sudah berhabuk dalam simpanan PC saya. Sambal bunga kantan ini pemberian seorang kawan juga resepinya, mari kita kongsi. Sedap ni makan dengan nasi putih, jemput-jemput dengan lempeng pun boleh.



Sambal Bunga Kantan
Bahan-bahan secukupnya:

Cili Api*
Bawang merah*
Bawang putih*
Ikan bilis*
Bunga kantan dihiris halus
Sedikit minyak untuk menumis

Tumbuk lumat bahan bertanda * dan tumis sampai garing.
Masukkan sedikit air, garam dan perisa(ajinomoto kalau suka)
Masukkan bunga kantan yang dihiris halus, kemudian masukkan asam keping.
Sedia dihidang.

2 comments:

  1. sama la kita kak, mas pun baru lepas sakit perut...agaknya asyik makan pedas2 kot...
    tapi sambal bunga kantan tu menggoda la....

    ReplyDelete
  2. Mas, yang pedas tulah yang sedap, kan. Hik2, akak ni kalu hari kerja slalu beli mknn dari luar, bcampur2 mkn tu yg tkena agaknya... huhuhu

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...