CHAR KUEY TEOWKU KERING

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

ASSALAMUALAIKUM wbt

INI hidangan makan malam saya kelmarin, sama hari masa buat cucuq udang utara tu. Bukannya apa, masa beli taugeh dan kucai tu, tetiba jer saya teringatkan sos char kuey tiaw yang ER beli di Tanjung Dawai, masa balik kampung hari tu. Bila lagi nak mencuba, jadi saya beli sekali kuey tiaw untuk dipraktikkan sos tersebut.

Hasilnya memang tidak menghampakan tetapi kerana saya tidak menggoreng sepinggan-sepinggan kuey tiaw seperti sepatutnya, mungkin terkurang sukatan air, jadi char kuey tiaw ni tak berkuah, cuma lembab-lembab sahaja. Tapi sos ini memang boleh dipercayai. Kalau anda hendak membuat char kuey tiaw sendiri dan perlukan sos segera, silalah cari jenama Otaku ini, ya. Kalau ikutkan, di label botol cuma perlu gunakan sos ini sahaja, tapi saya tambah sikit bawang putih dan sos cili. mengikut selera saya.

Char Kuey Tiaw
Bahan-bahan:
  • 200 gm kuey tiaw
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 6 ekor udang besar
  • 2 sb sos cili
  • 12 sb sos char kuey tiaw otaku
  • 2 3/4 cwn air (boleh kurangkan sedikit)
  • 1 cwn taugeh
  • 1/2 cwn kucai
  • 2 biji telur dipukul sedikit
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sebentar, masukkan udang. Tunggu sekejap hingga udang masak.
  2. Masukkan sos cili, gaul sebentar dan masukkan sos char kuey tiaw.
  3. Tambahkan air, biar mendidih.
  4. Masukkan kuey tiaw, taugeh dan kucai. Gaul sebentar dan matikan api.
  5. Masukkan telur dan gaul cepat-cepat. Hidangkan panas bersama cili hiris yang dicampur kicap cair atau cili jeruk.
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. as salam sari..teringin pulak nak buat buat..kat mana nak beli sos tu ye.

    ReplyDelete
  2. salam kak yus...
    koewtiaw peberet no1 mas..sedappnya..
    klu akak nak char koewtiaw tu basah, letak air banyak...sebab nanti bila dah letak kat pinggan dalam seminit dua jer koewtiaw tu meresap kuah tu...

    ReplyDelete
  3. Kak Erna, kalau kat sebelah2 utara ada, kat tmpat lain saya tak jumpa pulak.

    Mas, tulah, lain kali kena letak air byk, kena bljr lagi ni.. hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!