MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, February 8, 2011

LEMPENG BAWANG & CERITA CERITI

ASSALAMUALAIKUM wbt


LAMA nian tak menjenguk ke sini, bukan sengaja bukan terlupa tetapi keterbatasan masa dan keadaan memaksa saya melupakan seketika dunia blogger. Seperti yang saya nyatakan dalam terbitan sebelum ini saya akan pulang ke kampung suami di Kuala Ketil, Kedah. Angkara pencuri kabel line internet di rumah sana terganggu manakala broadband tidak dapat digunakan langsung. Kalau nak dapatkan signal yang elok kenalah keluar ke pekan lebih kurang 2 kilometer tetapi malas pulak nak keluar semata-mata untuk berblogging, lagipun banyak lagi aktiviti yang lebih penting... apa tu?? Makanlah... apalagi.. hehehe.

Okey, sarapan apa pagi ini. Yang kat sini bukan sarapan saya pagi ini tetapi santapan tengahari semalam. Ya, sehingga semalam saya masih bercuti mengalahkan kaum cina yang menyambut Tahun Baru Cina... kih.. kih... kih. Kepada mereka yang baru pulang dari kampung pada Sabtu dan Ahad lepas harap-harap dah hilanglah siksa dan letihnya duduk dalam kereta ya. Kalau yang tidak pulang ke kampung tentu anda mendengar dari kawan-kawan atau menonton berita dan laporan trafik tentang betapa sesaknya lebuhraya dua hari itu. Saya rasa pada cuti sekolah dan Aidilfitri pun tak sesesak ini maklumlah satu Malaysia beraya. Mungkin kalau hari raya puasa cuma orang Melayu sahaja yang pulang ke kampung tetapi pada Tahun Baru Cina semua kaum sibuk juga pulang menziarahi ibu bapa di kampung halaman sempena cuti panjang. Bayangkan tempoh dari Kuala Ketil ke Kuala Lumpur menjangkau 10 jam (tolak berhenti makan satu jam = 9 jam) dan dari Melaka ke Johor Bahru menempuh perjalanan 4 jam, berganda-ganda masa terbuang di jalanraya. Oh! Tidakkkkkkkk...

Balik cerita pasal lempeng bawang tu, entah kenapa tiba-tiba teringat pulak lempeng bawang di blog Mamafami dan Cik Mat. Apalagi, saya pun melempenglah juga, kebetulan ada sambal tumis udang yang dimasak minggu lepas... fuh! Dah seminggu duk dalam peti ais pun boleh ku balun lagi... hahaha. Tapi saya rasalah lempeng bawang atau segala jenis lempeng pun lebih enak jika dicicah dengan sambal tumis ikan bilis. Kalau sebelah-sebelah Johor ni pulak kalau ada gulai asam pedas semalam lagi sedap... hehehe. Nak buat lempeng bawang ni sama jer macam buat lempeng biasa cuma tambahkan bawang yang dipotong dadu. Harum aromanya bila dilempeng di atas kuali. Siapa nak tengok resepi asal bolehlah ronda-ronda di sini dan di sini ya.


p/s: Terima kasih atas ucapan-ucapan dan doa kalian... semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah swt... Amin.

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...