MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, February 18, 2011

MANDI WAJIB MENUNAIKAN SUNAT???

ASSALAMUALAIKUM wbt

TAK faham sebenarnya kenapa sekarang ni Yaya suka cerita pasal mandi. Mungkin sekarang di sekolah agama dia sedang belajar bab-bab mandi kot... hihihi.

Semalam petang selepas mengambilnya dari taska...

Cuaca di JB semalam panas terik. Panasnya mencucuk-cucuk rasanya ke kulit muka dan Yaya bertanya kepada ER.

"Baba, baba kan selalu kata panas, baba nak hujan tak?"

Seperti biasa, kami akan berpandangan sambil tersenyum dan mengangkat kening dahulu. Ha... ni nak buka topik apa pulak si Yaya ni?

"Nak, macammana," kenalah layan pertanyaan anak, jangan terus kondem jer tau.

"Cikgu kata, kalau nak hujan kita kena mandi sunat dulu..."

"Oooo... Macammana mandi sunat tu??"

"Mandilah, mandi macam biasa, tapi baba kena niatlah."

"Macammana niatnya?"

Macam ni... "Sahaja aku mandi wajib kerana menunaikan sunat kerana Allah Taala," macam yakin jek.

ER terus ketawa besar sambil menggaru-garu kepala.

"Wakakah... yang mana satu ni, sekejap mandi wajib, sekejap mandi sunat.. bonda kena tulis dekat blog lagilah macam ni..." kata ER sambil ketawa terbatuk-batuk, mesti sampai keluar airmata tu.. hahaha (tak nampak airmata pasal pakai spek gelap... hihihi)

kalau hujan turun jangan lupa pakai payung
kredit gambar http://www.okbeb.com/gambar-10-payung-patut-dibeli/

3 comments:

  1. bestkan bila anak dah besar... mcm2 yg dia belajar, dgn kita sama sekali kena belajar jugak.

    btw, my first time dtg 'umah' sari...

    ReplyDelete
  2. salam..seronok dengar anak2 bercakap..tanda dia bijak tu..

    ReplyDelete
  3. comelnya yaya..yang akak paling suka baca blog..walau siapa pun punya blog..bila selalu bercerita ragam anak2..seronok sangat..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SAMBAL TEMPOYAK

Assalamualaikum... Nahhhh.. Sambal Tempoyak. Lepas ni tak perlu susah2 lagi nak menumbuk sambal. Sukacita dimaklumkan, tempah...