MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, February 27, 2011

YAYA OH YAYA 3

ASSALAMUALAIKUM wbt

LAJU jer ER mencari kertas latihan yang didakwa Yaya berada dalam beg kuning itu. Saya turut mencari. Yaya yang dah tak boleh senyum pun sama-sama menyelak buku-buku latihan yang ada dalam beg tu. Sebenarnya di tika dan saat ini semua orang dah tak boleh senyum. Rancangan ER nak membawa kami makan malam di Gelang Patah malam itu nampaknya telah tergendala dengan apa yang berlaku hari itu. Hati saya sebenarnya dapat menjangka yang Yaya meletakkan kertas itu di tempat lain tetapi kesibukan di rumah dan suasana yang agak kelam kabut menelefon ke sana sini tadi telah menghalang saya dari mencarinya di dalam beg sekolah Yaya.

"Dah, baliklah dulu, memang tak ada dalam beg ni," saya terus mengangkat beg kuning itu. ER mendengus. Kami meninggalkan taska dengan hati yang sebal. Bukan tak kasihan dengan Yaya, tapi geram dengan kelakuannya yang selalu cuai dan pelupa. Rasa nak jotos-jotos jer tapi saya sabarkan sebab kalau saya jotos dia nanti lagi teruk dia kena dengan ER, jadi saya kena cool walaupun dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

ER dah kehilangan selera untuk makan. Cadangnya tadi selepas mengambil beg kuning itu kami akan terus ke Gelang Patah tapi bila yang dikejar tak dapat, maka yang dikendong pun berciciranlah.. huk3, relevankah peribahasa itu dengan cerita saya ni? Kih.. kih.. kih.. Lalu kami pun mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan mencari dalam beg sekolah Yaya.

Sampai di rumah, saya terus menyelongkar setiap poket beg sekolahnya sambil Yaya menyelak dan mencari dalam buku-buku Bahasa Inggerisnya yang lain. Haish! Tak ada.. marah oooo... tak boleh tahan punya marah. Yaya berkali-kali mendakwa dia dah simpan latihan yang ditulisnya dalam buku. Cuma masalahnya buku teks Yaya memang disimpan oleh gurunya jadi adakah kemungkinan latihan yang ditulisnya itu sebenarnya berada dalam buku teks itu???

Entah bagaimana tiba-tiba saya tengok Yaya mengambil buku penulisan Bahasa Malaysia bersaiz besar yang diletakkan di atas katil semasa dia mengeluarkan semua buku dari beg sekolahnya tadi. Dan...

"Ha... dah jumpa!" Saya lega dan Yaya mestinya bertambah-tambah lega. ER masih angin sebab latihan itu disimpan di buku latihan subjek lain. Hai... Yaya... Yaya... isk.. isk.. isk. Malam itu saya goreng jer spaghetti bodo2 dengan taugeh dan sos char kuey teow otaku. Memang hampeh sebab dah dekat jam 10. Berapa banyak masa yang terbuang di jalan kerana jarak rumah kami dan sekolah Yaya memakan masa setengah jam. Itu belum lagi masa yang terbuang mencari buku latihan dan adegan yang tidak ingin anda lihat tu... hihihi.

Esoknya, selepas menghantar Yaya ke sekolah, kami berdua berbincang. Sebenarnya dalam hal ini saya lebih rasioanal memandangkan Yaya baru sahaja melangkah ke tahun 4. Dulu-dulu wahai suamiku, mak kita duduk di rumah. Dunia kita hanya pergi dan balik sekolah. Tak perlu singgah taska, tak perlu menyiapkan buku latihan yang bertimbun-timbun. Cuba ingatkan kembali bagaimana kita dulu semasa darjah 4. Kita bukannya terus dewasa seperti hari ini. Kita bukannya terus pandai mengurus diri seperti sekarang. Kita meniti perjalanan yang panjang untuk berada di tahap yang kita kecapi hari ini.

Nota: Setiap kali balik kampung mertua, mak mesti buka cerita kisah ER yang selalu kena kejar dengan mak kat padang bola sebab tak pergi sekolah tapi dok asyik main bola... kah... kah.. kah...

4 comments:

  1. betul tu..sari...
    anak2 sekarang kecik2 dah berdikari...kecik2 dah kene tinggal...pas tu duduk kat taska...

    kadang2 rase kesian tapi nak buat mcm manekan...

    ReplyDelete
  2. Ainnoraini, kalau diikutkan sebenarnya anak2 skrg lagi matang dari kita.. kecik2 dah berdikari, semuanya kena uruskan sendiri, kita pagi2 htr taska, lepas tu pandai2;lah dia nak gi sek nt mcmn, adush! sedih betullah..

    ReplyDelete
  3. zaman sekarang ngan zaman kita dulu amat berbeza kan kak...

    ReplyDelete
  4. memang berbeza Mas, kesian tengok budak2 skrg cepat dewasa

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

BIHUN GORENG NOXXA

Assalamualaikum... BIHUN Goreng Noxxa Sempena ada periuk noxxa..  Kah kah kah. Punyalah semangat memasak sejak ada periuk noxxa ni kan,  ...