sambung cerita... SINI ADA HANTU... huhu

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
ASSALAMUALAIKUM wbt

MARI baca sambungan kisah saya semalam... ngeh.. ngeh.. ngeh..

Saya telah ditugaskan untuk menjejak hantu kancil merah itu (tak ingat nama sebenar) bersama seorang wartawan lelaki yang biarlah saya sebut namanya di sini sebagai HH sahaja. HH ni masa tu tak silap saya baru sahaja bertukar ke JB, jadi memandangkan isterinya ditinggalkan di KL jadi beliau menggunakan motor sebagai pengangkutan utama. Adoi! nilah yang lemah, pasal kena bonceng pulak. Disebabkan tugas, saya boncenglah jugak motor si HH ni dan kami mulalah merayau di sekitar Tampoi dan Kempas tak tahu sebenarnya mana nak dituju. Saya ada juga membayang-bayangkan kalaulah tiba-tiba ada kancil merah di belakang saya, mana mau larikkk.. si HH ni dah tentulah jantan dan yang dimahukan cik hantu itu orang perempuan yang masih dara... huk.. huk.. huk. Kalau saya sembunyi belakang HH tu pun tentu cik hantu tu boleh nampak saya sebab fizikal saya lebih tinggi dari HH... hehehe.

Sebenarnya saya punya mata ni ada masalah sikit. Sangat sensitif apabila terdedah kepada angin yang kuat ataupun habuk. Jadi bila naik motor, pakai pulak helmet yang tak ada pelindung muka, mata saya mulalah pedih dan panas. Terkejam-kejam jugaklah, satu sebab takut naik motor, saya pegang si HH ni sipi-sipi jer, takut terbongkang ke belakang... kah.. kah.. kah, yang kedua sebab mata pedih menahan angin. Hampir 10 minit, tu pun rasa macam dah satu jam, HH menunjukkan satu warung yang terpacak di tepi jalan di pinggir satu kampung. Saya tak ingat lokasi tapi rasanya di sekitar Kempas. HH mencadangkan kami singgah di warung itu. Saya terus setuju, tekak pun dah haus dan kering penangan naik motor.

Sebaik kami sampai semua yang ada di warung menoleh. Taklah ramai, warung tu pun ala-ala warung Pak Jabit dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tu ha. Dua, tiga orang baru bangun dari meja dan berlalu. Saya dan HH terus duduk di meja yang baru kosong itu sebab meja tu paling hampir dengan jalan. Kalau duduk dalam-dalam nanti tak terasa pula angin sepoi-sepoi.

Seorang wanita lingkungan usia pertengahan 30-an datang mengutip gelas sambil tersenyum ramah kepada kami sambil bertanyakan minuman yang kami mahu. Saya tak ingatlah minta air apa, tapi rasa-rasanya si HH tu minum air warna merah, sirap kot. Kakak yang saya fikir mungkin tuan punya warung itu berlalu ke dalam. Tak sampai lima minit dia keluar meletakkan minuman di depan kami. Sebelum sempat dia berlalu HH cepat-cepat memanggil.

"Kak... kak...."

Kakak itu menoleh. Dia baru sahaja nak mengemas di meja yang berdekatan dengan meja kami duduk. Dia berdiri di depan meja kami menunggu soalan yang keluar dari mulut HH. Saya hanya tersenyum memandang kakak itu yang sekejap memandang saya sekejap memandang HH tapi bibirnya tetap ramah mengukir senyum.

"Akak ada tak dengar cerita yang pelik-pelik kat sini, pasal hantu yang naik kancil merah tu?"

Hilang senyuman dari bibir kakak tu. Dia mengundur perlahan-lahan sehingga saya naik hairan. Apabila telah jauh sedikit dia menggoyang-goyangkan tangannya seperti ingin menyatakan supaya HH jangan berkata apa-apa lagi. Kali ini saya pula memanggil.

"Kak, sinilah..."

Kakak itu tidak mengendahkan kami. Dia terus mengutip gelas dan pinggan dan berlalu ke belakang. Saya dan HH pandang memandang... kenapa ya???

Lama juga kami menunggu kakak itu keluar. Tidak lama kemudian dia keluar dengan wajah yang agak ketakutan. Saya melambai. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah kami.

"Kak, marilah duduk sini, kenapa macam takut jer ni?"

Kakak itu menarik bangku kayu itu dan duduk. Kami terus bertanyakan kakak tu tentang hantu tersebut dan kenapa dia macam takut sangat. Rupa-rupanya dia menyangka saya hantu kancil merah yang datang menyamar... huwa.. huwa... huwa.... mahu marahkah tak mahu marah.... grrrrr!

"Laaaaaaa... saya oranglah kak, takkanlah hantu datang siang-siang buta macam ni?" Hohoho.. buruk sangatkah mukaku ini???

"Takdelah, bila adik tanya jer pasal tu, akak terus takut sebab memang dah kecoh pasal ni kat sini. Pulak tu akak tengok mata adik merah jer, tu yang akak ingat... "

"Mata saya ni senstitif kak, kena angin kuat tadi, tu yang jadi merahhhh..." lah.. kesian kakak ni.. hahaha. Kesian saya juga kerana disangka hantu di siang hari.

Kakak itu turut memanggil pelanggan-pelanggannya yang rasa-rasa saya mungkin pelanggan tetap di situ. Macam-macam soalan yang kami tanya pada mereka yang saya pun dah tak ingat biji butirnya. tapi saya masih ingat kakak tu menceritakan kawannya punya jiran punya jiran... wallaaaaaaaa... berapa banyak punya dia pakai da... pernah didatangi hantu tersebut. Sudahnya kami pulang ke pejabat dengan membawa fakta kisah hantu tersebut adalah khabar angin semata-mata. Fuhhhh! Selamat, nasib baik tak dapat jejak hantu yang sebenar, kalau tak... makcik fengsannnn!!! Hehehe..

SEKIAN, TERIMA KASIH.
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hehehe..jadi hantu kancil merah plak ek...

    ReplyDelete
  2. hahaha.. sabo je lah.
    ps: cik abang x marah ke naik motor ngn mamat HH tu?? kui kui..

    ReplyDelete
  3. selamat malam kak yus
    ayu baru balik dari kampung..
    kak...........
    mula2 memang seram baca kisah antu nie
    lepas tu gelak....
    sebab siang2 tu!!!
    hahahha

    ReplyDelete
  4. suspenn jeeee..hahaha..tapi mmg kecoh kan dulu..erkk seramm pulak..lagi sedenak ni kalau malam2. malas nak cerita..segann..

    ReplyDelete
  5. assalam yus...best baca citer sini ada hantu dari yus ni...mula2 ingatkan malam...rupanya siang...hihi

    ReplyDelete
  6. laaa....jadi hantu siang la pulaks...ada ker kakakku ayu2 gini di katanya hantu....cisss...:D

    sebenarnya sejak dr sekolah dulu mmg selalu dgr citer hantu mcm2 versi ni kak...paling popular dulu pasal hantu "cindai" katanya klu nyanyi lagu tu nnti hantu tu datang....hantu "isabella" pun ada....apakah???? ngarut je kan....:D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!