LAKSA SARAWAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
14

ASSALAMUALAIKUM wbt

TAYANGAN Laksa Sarawak yang telah selamat dijalankan projeknya malam tadi. Taklah susah membuatnya kerana saya menggunakan rempah laksa sarawak yang diberikan sahabat di FB Kak Lizlotengku sayang. Itulah gunanya kita bersahabat di alam maya nikan, bila saya keluarkan gambar Laksa Sarawak yang saya beli kat Fb, terus sahaja Kak Liz mengepos rempah Laksa Sarawak ni. Malam tadi baru dapat membuatnya sebab dah berapa minggu cari udang besar tapi yang ada jual kat pasar cucu-cucu udang jer. Kelmarin, saya paksa juga ER beli walaupun udangnya taklah besar mana, mahal pulak tu. Kalau mahal tapi besar barulah puas hatikan... urmmm.. takperlah, yg penting msti ada udang, baru betul punya laksa sarawak. Jom semak bahan-bahannya... (Apasal hari ni ayat saya skema jer ekkkk???)


Laksa Sarawak
(sumber : Kak Lizloteng dan telah diderhakakan oleh saya sebab saya tak rebus ayam dan udang sekali.. )

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (Saya guna tiga keping bahagian isi ayam jer - direbus dan dicarik-carik isinya - ketepikan)
1/2 kg udang (lagi besar lagi sedap, kalau nak lebih pun boleh)
air secukupnya untuk merebus udang dan ayam (lebih kurang 2/3 periuk sederhana besar)
1 peket rempah Laksa Sarawak (saya dapat cap burung bayan tapi orang kata Hj Manan punya sedap)
1 batang serai (diketuk)
Garam secukupnya

Cara-cara:
~ Rebuskan udang (dengan kulit dan kepalanya sekali) dalam periuk sederhana besar. Masukkan serai sekali.
~ Tutupkan api, keluarkan udang, ambil kulit dan kepalanya, kisarkan bersama sedikit air rebusan. (sila tunggu agak sejuk dahulu kalau tak mahu pengisar anda rosak... hehe). Ketepikan isi udang.
~ Panaskan semula air rebusan, tapis bahan yang dikisar, masukkan semula dalam periuk. Boleh campurkan air rebusan ayam jika suka (saya tak campur). Masukkan serai.
~ Bila sudah mendidih, kecilkan api. Bancuh rempah Laksa Sarawak dengan sedikit air rebusan tadi dalam mangkuk, tuang perlahan-lahan ke dalam periuk. Gunakan api kecil. Kacau rata, kacau selalu sehingga agak mendidih, masukkan 1/2 kotak santan kotak (saya guna santan M&S). Kacau selalu sehingga mendidih, dan boleh dihidangkan bersama bahan-bahan lain di bawah.

Sementara itu sediakan bahan-bahan sampingan:
4 biji telur digoreng dadar nipis dan dihiris kecil
bihun dicelur lembut
taugeh dicelur sekejap (saya gunakan sayur kubis yang dihiris halus pasal malas nak gi kedai.. hik2!)

Sambal belacan:
5 tangkai cili kering, dicuci bersih dan dipotong kecil untuk keluarkan bijinya
1/2" belacan
3 biji limau kasturi
~ Goreng tanpa minyak cili kering dan belacan kemudian tumbuk sehingga lumat
~ Perahkan jus limau kasturi


Hidangkan bersama bihun sup, isi ayam, isi udang, telur dadar, taugeh dan sambal belacan.

Kepada HaSue, saya mengharapkan komen anda... terima kasih... ;-)

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. alahaiii :) terliurnyee.

    air liur laju mencecah ke lantai . :)

    ReplyDelete
  2. salam sari..xpernah mkn laksa sarawak nih!...laksa yg lain tue dah lar mkn...nk kena carik gak nih!nampak sedapnyaaaaaaaaaa...

    ReplyDelete
  3. kaaak...atie tgh mengidam laksa sarawak nih!!! 2la rempah laksa yg selalu atie guna..ayyoooo meleleh2 dah ni hehe

    ReplyDelete
  4. fuhhhh...smpi m'limpah2 kuahnya...lia pun penah buat laksa sarawak ni kak...adik lia yg belikan rempahnya kat sana...tp nampaknya x sama brand dgn akak punya....tp rasanya mungkin sama jer....

    masa lia msk en.suami kata "masak maggi ker??" cetttt...penat2 kita masak laksa sarawak dia kata masak maggi plak..:D huhuhu...dia kata baunya mcm maggi...

    mmg sedap lah laksa sarawak nih....x muak wlu guna santan...kat dalam esbok ada 2 peket lagi tu simpan utk bulan ramadhan nnti.....;D

    ReplyDelete
  5. saya suka sgt laksa sarawak tapi so far cuma pernah makan kat sikret resepi n giant shah alam je. tak tau la rasanya ori ke tak. tapi mmg sedap la~

    ReplyDelete
  6. akak..nak sepinggan laksa tu..
    sedappnya tengok...

    ReplyDelete
  7. assalam sari..ada rempah laksa serawak yang dah siap ye..tak pernah akak tau tu..kalau tidak boleh cuba jugak buat..nampak sedap tu..

    ReplyDelete
  8. Cik Fai, nanti mop lantai tu ya.. hik2

    Kak Azatie, mmg sedap, kak.. lain dr yg lain..

    Atie, kalu mengidam baik cepat2 buat..

    Lia, huh! blehkah disamakn dgn maggi... hihihi

    ReplyDelete
  9. gB, akak tak pnah mkn laksa sarawak kat laksa shake tu, tapi org mmg kata sedap.. isk! teringinlah pulak..

    Mas, ada lagi ni, mehla..

    Kak Erna, ada kak, sy pun baru taw, ni kwn bagi...

    ReplyDelete
  10. Salam ziarah dan ukhwah,
    Terbau bau laksa sarawak sampai ke Penang

    ReplyDelete
  11. salam sari..

    nmpaknya akak ketinggalan lagi dlm bab masak memasak ni...dah lama teringin nak wat laksa serawak ni..sari mendahuluinya.....besttttt..

    ReplyDelete
  12. haa.. tu diaa.. laksa sarawak dr johor.. awat x ckp awal2 nk mkn laksa sarawak, tun pun blh tlg pos rempah dia.. eh japp, sejak duk bintulu ni x gi usha lg rempah laksa sarawak ni. kt miri selalu beli n buat.. nnti tun gi usha2 kt kedai. hihi

    ReplyDelete
  13. Watie, terima kasih, salam kenal..

    Kaknor 64, terlanjur dah ada rempahnya, tu dtg aura nak mmbuatnya.. hihi

    Haaaaaaa... tu dia, Tun dah sampai, takper, nt Tun htr akak msk lagi, sapa2 dr Srwk, nak pos sini, mmg dialu2kan.. hehe

    ReplyDelete
  14. kak yusa..sori ya ampun..baru ni nak ngomen nih.
    kalo nengok ghupa laksa akak tu mmg dah cun sangat yg penting udang harus ada..kalo takde udang mmg rasa smthing missing jer kak..
    pastu sayur yg nak diletak dlam laksa ni x terhad..sy suka ltk cendawan yg itam tu..cndwn telinga kera ke apa namanya..hehe..
    pastu sambal belacan tu ada org guna cili giling,tp sy suka guna cilimerah+cilipadi..ngan belacan perah limau kasturii...adoiii
    terliurnyaa..terliurnyaaa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!