MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Sunday, May 29, 2011

MACARON LAGI




ASSALAMUALAIKUM wbt



TEMPAHAN dari kawan sekerja untuk kudapan anak-anaknya. Kalau diikutkan saya memang tak berani lagi mengambil tempahan macaron tapi tidak sampai hati pula bila kawan ni cakap untuk anak-anaknya. Lalu saya berkata, saya tak berani berjanji, saya akan cuba buat dan kalau jadi saya akan bawa ke pejabat. Alhamdulillah, rezeki Kak Zah dan anak-anak. Cuaca yang tidak menentu semalam membuatkan saya bimbang pada mulanya dan benar seperti jangkaan saya, satu tray tidak menjadi tetapi untuk tray yang seterusnya, ropol skrirtnya kembang tersenyum, hehe. Untuk fillingnya, saya masih menggunakan coklat lepa, tak pandai dan tak belajar lagi membuat yang alaaaaaaahai, namanya pun tak reti nak sebut, kih.. kih.. kih.



Masih ramai yang bertanya saya resepi macaron ini, dan saya kongsikan sekali lagi di sini yang saya intai dari dapur Kak Dzanariah.



ALMOND MACARON


Sumber : Kak Dzanariah




Bahan-bahan:


2 biji telur (L) diambil putihnya sahaja


60 gm gula kastor


80 gm serbuk almond


120 gm gula icing


sedikit esen vanilla




Inti: Ikut citarasa




Cara-cara:




  1. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Pukul lagi sehingga kental dan masukkan sedikit esen vanilla.


  2. Ayakkan gula icing dan serbuk almond. Masukkan sedikit-sedikit ke dalam adunan putih telur dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan sedikit pewarna. Sebaiknya satu adunan satu warna jika menggunakan warna cecair.


  3. Masukkan dalam piping bag dan picitkan ke atas loyang yang dialas baking paper. (Lukis dahulu bulatan bersaiz lebih kurang siling 50sen (atau ikut citarasa) di atas baking paper tersebut). Paipkan adunan sehingga memenuhi bulatan


  4. Pecahkan buih-buih udara menggunakan lidi tajam. Hiaskan jika suka.


  5. Biarkan sehingga 30 minit atau sehingga ia tidak melekat di jari. Bakar 150 darjah selsius selama 25 minit. Tanggalkan dari baking paper bila ianya sejuk dan letakkan inti di antara dua macaron.


Selamat Mencuba

8 comments:

Mas said...

amboiii...rajinnya akak sorang ni memaracon.....
jeless kita..
entah bila mas nak membuatnya..

Sari Yusa Ibrahim said...

Mas, dah janji dengan kawan, cuaca baik semlam, kenalah tunaikan janji... hehe

dZana said...

aduhai sari.. akk pun mcm teringin nk mencuba lagi.. tgh kumpul kekuatan ni..bahan2 dah kumpul lama.. hihihi.. takut failllllllll.. sari punya menjadi n cantik..

Acik Erna said...

assalam sari..
akak masih tak berani mencuba..
tengok terinign..tapi nak cuba takut tak menjadi..

Puan Comei said...

nak ngetes rasa camana leh tak?

larradanish said...

congrat..jadi cun la tu..ini yg buatkan kita bersemangat nak try..harus try ni..hehhe..izinkan nak cedok resepi ye..

Ila said...

tak teringin lagi nak makan macaroon..nape ntah...awak,ade word verificationlah...boleh disable tak..hehehe

Azita Zain said...

Nasib baik tak ada versi 18SX...hehehe

Share It

Anda Sukakan Ini?