MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, May 9, 2011

TIGA GENERASI

ASSALAMUALAIKUM wbt

MASIH belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua pembaca yang bergelar ibu. Mesti ramai yang meraikannya semalam, kan. Walaupun ada pendapat yang mengatakan meraikan hari ibu ini seperti terikut-ikut budaya barat tetapi bagi saya pula yang penting sekali adalah niat kita. Mungkin ada yang berkata, hari-hari sebenarnya hari ibu. Kalau begitu, apakah lagi yang istimewanya ya? Apa yang nak kita buat setiap hari jika asyik meraikan hari ibu? Itulah sebabnya perlu ada satu hari yang istimewa untuk meraikan ibu kita selain dari menyambut hari ulangtahun ibu. Di sinilah terletaknya istimewa seorang ibu itu. Dan tahun ini saya masih bertuah kerana dapat meraikannya bersama tiga generasi. Walaupun pada mulanya terdapat beberapa halangan namun demi ibu yang tersayang semua halangan itu berjaya juga saya tempuhi. Untuk ibu yang melahirkan saya 36 tahun lalu, saya doakan semoga ibu sentiasa dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik serta berbahagia dan gembira selalu... mwahhhhhhhhhhhhhhhh!!

pelik ya gambar ni nampak kabus.. hahaha.. gara-gara berbarbeque dalam rumah, habis satu rumah berasap.. huhuhu..

2 comments:

  1. salam
    semoga makcik terus diberi kesihatan yg baik...sentiasa berbahagia disamping anak cucu

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Ibu Sari... seronok bila semua dpt berkumpul beramai2 adik beradik serta ipar duai menyambut Hari Ibu...

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...