MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
Untuk pertanyaan, hubungi (call)/ whatsapp : 0127799705 atau sms 0127844524

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, June 22, 2011

MOIST CHOC CAKE HADIAH HARI BAPA


ASSALAMUALAIKUM wbt

SETELAH hampir dua bulan menyimpan set bola sepak ini, akhirnya dapat juga saya realisasikan kek padang bola ini pada hari bapa yang disambut Ahad lepas. Ingat lagi tak kek strawberry yang saya ceritakan di sini semasa hari lahir ER? Sebenarnya saya memang nak hadiahkan ER kek padang bola ini sempena ulangtahun hari lahirnya tetapi terpaksa ditunda kerana ER sibuk hendak makan ikan bakar di sana. Dari minggu ke minggu saya berangan untuk membuat kek itu kerana telah berjanji dengan Yaya dan akhirnya... jeng.. jeng.. jeng.











Untuk ER, terima kasih kerana anda adalah seorang bapa yang baik. Anda sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada Nur Iman Fatiha. Kami menyanyangi anda dan amat menghargai anda. Semoga anda akan terus menjadi bapa yang terbaik dan tidak mudah tergoda dengan anasir-anasir jahat di luar sana, huhuhu..

Tidak susah untuk orang yang malas macam saya membuat kek ini. Tak sampai 20 minit, adunan ini dah siap menyorok di dalam oven. Dan bagi orang yang malas, saya tidak menggunakan buttercream untuk rumput yang menghijau itu sebaliknya saya menggunakan coklat putih yang diwarnakan hijau.. huhuhu. Kerana malas menunggu juga, rumput-rumput itu kelihatan melepek, hahahaha. Apa nak buat, semuanya nak cepat ditambah pula hari Ahad tu saya terlibat dengan pendaftaran pelajar baru. Puas hati juga bila ER tersenyum lebar melihat kek ini. Rasa hilang ralat kerana gagal menyiapkan kek hari jadinya yang lepas. Rasa terbayar hutang hadiah Poh Kong, hahahaha.

Jom, saya kongsikan resepinya di sini dari teman fb saya yang rancak dengan kek coklatnya dan betul kata Mastura Yasak, kek ini lebih sedap di dalam acuan bengkang. Nyummyyyyyyyy!!

Moist Choc Cake
Bahan A
2 biji telur (B)
1 cawan gula (saya kurangkan sedikit)

Bahan B (diayak bersama)
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 st soda bikarbonat
1 st serbuk penaik

Bahan C
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
3 sb susu pekat manis

Bahan D (kacau rata)
1/2 cawan air sejuk
1 st esen vanilla
1 st garam halus

Cara-caranya:
  1. Bahan A dipukul sehingga kembang pada kelajuan tinggi.
  2. Dengan kelajuan sederhana, masukkan bahan-bahan C sambil terus memukul sehingga sebati.
  3. Berhentikan mesin pemukul, masukkan bahan B yang telah di ayak. Masukkan sedikit-sedikit dan gaul dengan spatula sehingga sebati.
  4. Masukkan bahan D yang telah dikacau rata.
  5. Tuangkan dalam loyang yang sesuai atau boleh juga dimasukkan ke dalam cupliner atau paper cup. Bakar 45 minit pada suhu 170 darjah celcius (loyang) atau 20 minit (kek cawan). Cucuk di tengahnya dengan lidi bagi menguji kek telah masak.
Saya sengaja menggunakan loyang 4 segi yang panjang supaya nampak seperti padang bola dan sengaja dibuat tidak tinggi supaya mascot-mascot itu tidaklah nampak tertenggek.. hehehe.

Hiasan:
Set bola sepak
250 gm coklat masakan putih
65 gm mentega
Pewarna hijau

Cairkan coklat masakan bersama mentega secara double boiler. Biarkan suam dan masukkan pewarna, kacau rata. Biarkan ia sejuk dan likat sebelum dimasukkan ke dalam piping beg yang dipasang nozle berlubang banyak. Picitkan di atas kek sehingga membentuk rumput. Letakkan set padang bola.

p/s: Saya nak cepat, jadi adunan tu tak cukup likat, jangan tiru macam saya tau.. hehehe.

7 comments:

  1. waaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..!!! sgt..sgt sgt suke tgk kek tuh..mesti nyum..nyumm..nyummiiiiii..;)
    minggu ni intan nak buat..tq ye sbb syer.. ;)

    ReplyDelete
  2. kak yus,uii malas2 pon kek cantik kak,tadi igt buttercream rumput tuh,hehe..Kak set memancing da x,kalo da nak juga beli,hikhik,btw,mmg xpernah nmpk g juai set bola tuh..

    ReplyDelete
  3. assalam sari..pandainya sari buat
    ..patut suka sangat anak beranak tu mengadap kek..

    ReplyDelete
  4. cantikla.. rumput tu pon cantik..

    ReplyDelete
  5. boleh try resepi ni akak.. sedaplah tgk...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?