PUDING ROTI GULUNG BLUEBERRY BERSOS KASTARD

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
ASSALAMUALAIKUM wbt


PAGI-PAGI ni saya nak tayang Puding Roti Gulung Blueberry nih! Gara-gara terpikat dengan Puding Roti Gulung dari rumah Kak Ummi Kuantan tulah. Bagus betul idea Kak Ummi tau, ialah, selalu kita main carik-carik roti tu, kan. Kali ni kita sapu-sapu jem dan gulung dan hasilnya, wallaaaaaa... sekali hadap jer tau. Saya buat puding ni semasa buka puasa ramai-ramai bersama ibu dan adik-beradik (tak cukup korum sebenarnya masa tu). Dah lama juga buat puding ni, tapi masih lagi dalam bulan puasa, kiranya belum berlapuk lagi tau. Saya masih lagi gunakan resepi Puding Roti Sos Vanilla yang saya pernah buat dulu di sini tapi cedok idea Kak Ummi menggulung roti tu selepas disapu jem. Terima kasih, Kak Ummi atas idea yang bernas ini. Tak sempat nak cerita panjang, jom semak resepinya ya... :-)

Puding Roti Gulung Blueberry Bersos Kastard (panjangnya tajukkkkk)
Sumber : Alam Sari
Idea : Kak Ummi Kuantan
Bahan-bahan ( 1 happy family )

* Bahan A
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti (gardenia/high 5)
* jem blueberry secukupnya

* Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 s/b tepung jagung
* 1 ktk (kecil) kismis hitam*(optional)

* Bahan C-kuah
* 1 tin susu cair
* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula

* parutan keju (optional)

Cara-cara

1. Sapukan setiap kepingan roti dengan jem blueberry, gulungkan dan susun dalam loyang. Tuangkan susu dalam loyang dan rendam selama setengah jam. (Saya rendam sekejap jer sambil sediakan bahan B)
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam. Jirus-jirus sedikit supaya agak sebati.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak (Saya bakar 1 jam bagi garing sikit.. hehe. Selepas 40 minit membakar saya parutkan keju cheddar di atasnya). Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais.
4. Kacau rata bahan sos vanilla (C) dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
5. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang.

Mabeles tau!!!

Siapa nak tengok resepi Puding Roti Gulung Kak Ummi boleh tengok di sini.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. As Salam.
    Selamat pagiii cayanggg hi3 gedikkss!
    Nak wat la.. bahan semua ade ni.. kalau buat lepas buka, sahur makan..?!! ahh! bedal je lah kan..!

    ReplyDelete
  2. kak yus..
    sedapnya tengok roti tu...
    yummy...

    ReplyDelete
  3. Oeya, boleh jer nak bedal time bila2 pun, kul 2 pagi pun best gak! hehe

    Mas, sedap Mas, kalu Mas buat, pejam mata jer, hihi

    ReplyDelete
  4. Salam Sari....dah mengukis ke blm? Byk x buat kukis...eh tengok pavlova tu...terliurnya...x aci, x aci..kang ada batal pose duk renung lama2..hehe

    ReplyDelete
  5. Kak Ummi, ngukis bila yek?? Lps raya kot, hehehe

    ReplyDelete
  6. http://ohoeya858.blogspot.com/2011/08/puding-roti-gulung-blueberry-bersos.html

    waaaaaa..

    ReplyDelete
  7. ehem..datang sini jenguk umah baru.. :p

    ReplyDelete
  8. Aku telah menghasilkannya sayanggg kui3..

    http://ohoeya858.blogspot.com/2011/09/puding-roti-gulung-blackcurrent.html

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!