MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Friday, October 21, 2011

INI BUKAN LUCAH!


ASSALAMUALAIKUM wbt

EH! APA ni?? Pagi-pagi Jumaat ni nak cakap pasal benda lucah ker? Urmmmm..

Ini kisah Yaya malam tadi, alkisahnya begini, kan sekarang musim periksa, jadi petang ini Yaya, InsyaAllah akan menghadapi kertas Ibadat, kertas akhir peperiksaan sekolah agama. Walaupun Yaya ni umurnya dah sepuluh tahun, tapi sekolah agama lambat setahun jadi kiranya dia sekarang darjah tiga di sekolah agama.. aiiiiiii.. meleweh-lewehlah pulak tukang cerita ni, ramai yang nak tahu apa cerita lucahnya ek.. hihi.

Jadi seperti biasa, Yaya ni kenalah baca kitab, Yaya baca kitab dalam bilik. ER tengok TV, saya?? Urm, duduk-duk sambil layan tab kat ruang tamu. Lepas tu, Yaya datang bawa buku ibadat.

"Bonda, dah habis baca," sambil mengunjukkan kitab Ibadat kepada saya. Saya menyambut kitab tersebut dan bertanya, "faham tak? Dah habis baca semua?" Yaya kata, dia faham dan dah habis baca.

"Okey, bonda soal Yaya," jeng jeng jeng.

Punyalah lama dah bertahun kan kita ni habis sekolah agama, jadi saya belek-belek kitab tu. Oh, darjah tiga ni bermula dengan hadas. Saya tanyalah dia, apa itu hadas? Dia pun jawab, okey, adalah juga yang agak lari jadi saya betulkan semula mengikut nota dalam kitab definisi hadas yang lengkap.

"Okey, hadas ada berapa jenis?"

"Dua."

"Apa?"

"Hadas besar dengan hadas kecil."

"Apa tu hadas besar?"

"Datang haid, keluar air mani, istihadah.."

"Aik, mana ada istihadah..??" Jadi saya nak terangkan tentang istihadah ni..

Dia kata, "Ops! (Sambil angkat tangan) silap-silap. Wiladah. Istihadah tu darah penyakit.. hehe."

Saya geleng-geleng kepala..

Lepas tu saya tanya pula tentang hadas kecil. Okey, dia boleh jawab. Selak-selak kitab, jumpa satu jadual, enam perkara menyebabkan wajib mandi. (Nanti saya scan jadual dari kitab tu dan update eh). Jadual tu terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian bagi lelaki dan perempuan, satu lagi bagi perempuan. Alamak!! Salah satu perkara tersebut adalah kwang kwang kwang... tauuuuuuuuukannnnnnnnn???

"Okey, sebutkan perkara yang mewajibkan mandi?"

"Datang haid, nifas, keluar air mani..."

"Lagi?"

"Datang haid, nifas, keluar air mani..." sambil fikir mata ke atas.

"Lagi?"

"Datang haid, nifas, keluar air mani..."

Lepas tu, Yaya menarik kitab pada tangan saya dan menunjukkan satu perkataan, "ini".

"Ini apa dia tulis?" (tahan senyum)

"Bersetubuh, bersetubuh tu apa bonda?"

Tarik nafas sekejap.

"Bersetubuh tu, lelaki dengan perempuan kahwin, macam bonda ngan babah, dapatlah muka Yaya ni haaaaaaaaaa!" sambil menolak hidung Yaya... huhu.

Yaya herot-herot muka sambil geleng-geleng kepala, "tak fahammm."

Erkkkkkk!!

"Tak faham tak apa, nanti lama Yaya faham," huhuhuhu

30 comments:

  1. hehehe....susah kan nk jawab...tp budak2 sekarang ni..kita kena jawab lurus gitu ajer...

    ReplyDelete
  2. Sy berdebar2 memikirkan suatu hari nanti anak2 akan bertanya soalan2 sedemikian rupa..

    ReplyDelete
  3. Penoreh Getah, memang susah. Kadang2 dalam drama yg kes2 mengandung sebelum kahwin tu pun dia tanya, dioarang tak kawen, cemana boleh mengandung? Budak sekolah boleh mengandung ke?? huhu.. payah!

    ReplyDelete
  4. Zefa NorAsmara, sy dulu macam tu jugak, skrg dah kena hadapi kenyataan.. urmm..

    ReplyDelete
  5. salam adinda kusss...
    kak ilah tergelak tang mama kata"""..dapatlah muka Yaya ni haaaaaaaaaa!" sambil menolak hidung Yaya... huhu.
    mmg susah nak terang tapi kena terang sari...supaya depa fhm kak ada 4 pompuan doooiiii bygkan nak terang setiap seorg...

    ReplyDelete
  6. Kak Ilah, bagi tahu sy mcmmn nak terangkan.. huhu

    ReplyDelete
  7. salam sari..anak pon ada tanya gak..hihi.Tp cakap g tanya ayah..hadoiiiii

    ReplyDelete
  8. Kalau anak saya tanya kat ibunya satu hari nanti, agak-agaknya apalah jawapan paling selamat dan bernas yg saya nak berikan ye hihihi...

    ReplyDelete
  9. Ilmu seks senang nak di ajar dr rumah bersama ayah ibu..tp ragu2 bila di sek yg akan di ajar oleh cikgu kalau anak kita tak faham mcm ni..ermmm kan kan

    ReplyDelete
  10. Oh! Yaya....

    Oh! Bonda.. kikikiki (ketawa sopan sambil tangan tutup mulut)

    Kita lalui situasi yang sama kui3 :D

    ReplyDelete
  11. Assalam kak,owh yaya panggei bonda eks..Akak igt lagi sy time kecik dulu pernah la tanya mak sy,mak bersetubuh tuh apa,mak sy jawab kena p tanya ustazah,hihi..Padahal mmg ustazah nak ajar,saja blk tanya mak,nak tauapa jwpan mak,hihi..Nakal kan..Segan gak kalo nak trng kat ank2 pasai benda nih kan,tapi kita mmg kena terangkan juga kan kak..

    ReplyDelete
  12. hehehe..kena terangkan betul2 tu

    ReplyDelete
  13. Anak dah besar mesti tanya yang bukan-bukankan....hihihi

    follow sini..

    http://hairuliza-anakku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. Kak Azatie, tanya ayah?? Kalu ank lelaki bleh suruh tnya ayah, msti ayah pun blur tak tahu nak jwb apa.. hehe

    ReplyDelete
  15. Zuliana, meh kita minta ilmu dgn Kak Ilah JY ngan Sis Lin, hehe

    ReplyDelete
  16. Sis Lin, anak Sis Lin dah besar2, blehlah kita nak tuntut ilmu ni, cara terbaik mnerangkan pd anak.. kongsilah sikit dlm blog Sis..

    ReplyDelete
  17. Oh Oeya, hahaha.. Adam pun tanya eh.. hihi

    ReplyDelete
  18. Zaliedana, tula, akak rasa ustazah dah terangkan sbnrnya, sajalah tu dia nak tanya ngan maknya, nakal mcm Zaliedana jugak nih.. nak mengenakan mak ya.. huhu

    ReplyDelete
  19. Ila, terangkan betul2 tulah yg susah, haha

    ReplyDelete
  20. Cik Rose, ialah.. dah pandai bertanya macam2, hihi

    ReplyDelete
  21. macam mana yek kalau my anak perempuan pun tanya benda yg sama satu hari nanti....

    ReplyDelete
  22. hihihi.. teringat anak2 akk msa diaorg kecik2 dulu.. akk ajar ank mcm mak akk ajar akk.. hihihi.. baby kuar ikut pusat.. cara paling mudah jwp soalan n terus tak da tanya2 lagi.. hahahaha...

    ReplyDelete
  23. perlunya penjelasan yang baik... ehehe

    ReplyDelete
  24. betul la kak susah utk diterangkan tu ..apapun lelama nanti bila dia dah matang dia akan tau sendiri juga nanti:)

    ReplyDelete
  25. Assallamualaikum Yus..
    Kui..kui..kui.. soalah power tu..hehehe.. Agak2nya kan, kalau di sekolah kalau anak2 kita tanya soalan cam tu pada cikgu dia, apa jawapan yg dia org dapat eh?

    ReplyDelete
  26. Zuwaidah, mcm sy punya jwpn jugaklah kot, hihi

    ReplyDelete
  27. Kak Dzana, hahaha, mak sy pun dulu kata kami keluar ikut pusat, huhu

    ReplyDelete
  28. Gen2merah, akn dijelaskan nt, cuma hari tu mcm terkejut skejap bila disoal, hihi

    ReplyDelete
  29. Nieza, mcm kita jugakkan, bila dah matang, tau sndiri, hihi

    ReplyDelete
  30. Naz, cikgu tersipu2lah kot. Tapi ada mmber kata, sek agama skrg mmg nt cikgu akn explain sejelas2nya, mgkin yaya belum smpi bab tu, urmm

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?