MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, October 24, 2011

SAMBAL UDANG PLANTA




ASSALAMUALAIKUM wbt

DAH masak? Dah mamam? Wah... makan lauk apa hari ini? Saya belum makan lagi, malas rasanya nak turun bawah cari makanan tapi tak apa, dalam bilik pejabat saya nipun macam-macam ada, tak kebuluran punya kalau tak turun beli nasi campur pun, hihi.

Minta maaf ya sebab tayang lauk yang dah habis, biasalah kalau duduk rumah memang tak berapa sempat nak post cerita. Sambal udang ni saya masak pada hari Sabtu lepas, pertama kali saya menumis sambal menggunakan planta, sajalah nak menghabiskan stok planta ni, karang simpan lama-lama tengik pula. Punyalah banyak sampai saya boleh buat kek lapis lagi semalam, tengok sini. Dan hasilnya menumis dengan planta ni kami menikmati sambal udang yang sungguh nyummy. Bertahun tinggal dengan orang yang suka makan sambal udang ni, memang dah tak perlu sukat-sukat lagi. Orang kata, lain orang lain cara masak sambal udang nikan. Teringin jugaklah nak letak resepi kat sini, manalah tau Si Yaya tu besok-besok nak masak sambal sendirikan.. takpun, adik saya yang jauh di perantauan tu.. huhu...

Sambal Udang Planta
Resepi : Alam Sari
Bahan-bahan:
  • 2 1/2 sb planta
  • 1 batang serai (ketuk dan simpul)
  • 1/2 " halia hiris kasar
  • 1 mangkuk cili, bawang dikisar (saya memang ada stok kisar siap - tengok sini)
  • 1 sk garam
  • 1 sk serbuk belacan maggi
  • 1 sk pes asam jawa adabi
  • 3 sb gula
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • 12 ekor udang besar dibersihkan dan dibuang urat hitam (kalau sederhana gandakan jumlahnya)
Cara-cara:
  1. Panaskan planta dan masukkan serai dan halia, tumis sekejap.
  2. Masukkan cili dan bawang kisar, tumis sehingga garing dan meletup-letup. Guna api sederhana.
  3. Kecilkan api, masukkan udang. (Potong hujung kepala udang dan hujung ekor, kepalanya tu yg bagi manis rasa kat sambal).
  4. Jangan kacau udang dalam sambal, terus letak atas udang tersebut garam, serbuk belacan, asam jawa dan gula. Biar sekejap jer kemudian barulah digaul bersama-sama semuanya sehingga sebati.
  5. Masukkan bawang yang dipotong bulat. Bila bawang layu maknanya udang pun dah masak, bolehlah dimatikan api.
Udang beli kat Pekan Ayer Baloi... berbaloi-baloi!!!

18 comments:

  1. as-salam
    Wow!!beasarnye udang tu..sedap sambal udang ni mkn dgn nasi lemak..

    ReplyDelete
  2. Salam Sari,
    Besar mata saya tengok udang... sebesar tapak tangan! Hu, murah ke?
    Sedapnya masuk dalam sambal udang atau Mee Udang.... ;))

    ReplyDelete
  3. waaa...besornya udanggg!! gilor arr tgk sambal merah menyala tu..nyum2...

    ReplyDelete
  4. yummy! menyelerakan tengok ni..nak cuba la!

    ReplyDelete
  5. Hmmm...besarnya udang...yum yum...!!

    ReplyDelete
  6. wahh.. besarnyer udang!!!! sedapnyer! tun kalau dpt udang mmg nk buat sambal.. byk2 resepi udang, sambal udang laa yg plg sedap!

    ReplyDelete
  7. besrnya udang...memang berbaloi

    ReplyDelete
  8. Salam, Ady, saya setuju lagi sedap kalau mkn dgn nasi lemak, kan... nyum3

    ReplyDelete
  9. Indahhouse, boleh tahanlah harga udang tu tapi taklah semahal kat JB ni, puas hati kalau masak sndiri, kalu kat kedai dah berganda-ganda membayar.. huhu. Sy tak pernah lagi masak mee udang, nak try juga nanti

    ReplyDelete
  10. Cida, eh! janganlah gila tengok sambal merah, hihi

    ReplyDelete
  11. Nur si Cikgu Ribena, a'ah, kalau dpt ribena sejuk2 lagi sedappp!!

    ReplyDelete
  12. Tun Telani, selera Tun samalah dgn ER, yang sambal tu paling sedap.. hehe

    ReplyDelete
  13. Salam Kak..Mak aiiiii..besarnya udang..puas makan ni

    ReplyDelete
  14. Sue @ Nenie, memang puas, dua ekor dah kenyang.. hehe

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RETREAT DI MERSING - HARI KEDUA

Assalamualaikum... WALAUPUN Sk jangkakan yang SK mungkin tidak tidur semalaman seperti yang Sk alami semasa mengikuti Kursus Induks...