TAUHU GORENG TEMASIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
2



ASSALAMUALAIKUM wbt

MAAFLAH, pandai-pandai jerkan tukar nama.. huhu. Sepatutnya resepi ni bertajuk Tauhu Goreng Singapura dihiasi pula oleh timun, taugeh atau sengkuang tapi dah malam-malam, malas Puan Sari nak mencari timun, taugeh segala tu, jadi gunalah apa yang ada.. hehe. Janji, memang teringin bebenau nak makan tauhu dengan sos kacang ala-ala Temasik, dah macam mengidam pulak, kui kui!!

Kali ni saya terjah blog Kak Yatie manis. Kalau nak tahu, sos kacang ini memang sangat mudah dan tak perlu dimasak tapi saya dengan rajinnya memasak juga.. alah, gula melaka tu kan berketul-ketul, jadi saya didihkan bersama sedikit air, lebih kurang 1/2 cawan sehingga larut. Terima kasih juga kepada Hana dan CMG yang terlebih dahulu berkongsi resepi ini.

Kalau nak tengok bagaimana rupa sebenar Tauhu Goreng Singapura ni bolehlah singgah di blog Kak Yatie, Hana dan CMG. Di sini saya cuma kongsikan cara menyediakan sos kacang yang sangat sedap dan mudah ini.

TAUHU GORENG SINGAPURA @ TEMASIK
Sumber : Sinar Kehidupanku
6 keping tauhu (digoreng garing dan dipotong 4)

SOS KACANG
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 - 6 biji cili padi
  • 200 g kacang tanah
  • 3 - 4 camca besar gula melaka
  • 3 camca besar kicap pekat
  • 1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng kacang secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu.
CARA ALAM SARI:
  1. Bawang putih dipecahkan dan digoreng bersama kacang tanah. Apabila bawang putih bertukar warna agak kecoklatan (jangan sampai garing sangat nanti kacang hangus), angkat kacang dan toskan minyaknya. Sejukkan sebentar kemudian kisar separuh halus dan separuh agak kasar (lepas kisar boleh campur keduanya)
  2. Gula melaka dididihkan bersama 1/2 cawan air. Tapiskan.
  3. Tumbuk lumat cili padi dan masukkan kicap pekat.
  4. Masukkan sedikit air gula melaka tadi. Tambahkan kacang tanah yang dikisar. Kacau dan tuang lagi air gula sampai mencapai kepekatan yang diingini.
  5. Masukkan cuka dan tambahkan air masak jika perlu.
  6. Sedia dihidang bersama tauhu goreng tadi.
Nota: Ini adalah resepi tertunda ;p
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Oh! ok! ok!

    Suka tauhu heheh.. tak kesahlah Temasik ker.. mana ker..
    Eh! Sebut Temasik ingat 'Tok Selampit.. Datuk budiman..' hik3

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!