MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja. Saya tidak lagi akan menjawab pertanyaan melalui email. Sebarang soalan boleh dibuat melalui panggilan/sms : 0127844524 atau Whatsapp Sahaja : 0127799705. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah bubur burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tmj tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Tuesday, October 18, 2011

TERPESONA


ASSALAMUALAIKUM wbt

SENYUM...
tak perlu kata apa-apa, sebab semua mereka dah kata. Bukan ikut cakap mereka, tapi memang betul apa mereka kata. Nak tahu apa yang mereka kata???

SEDAPPPPPPPPPPPPPPPPPPP GILERRRRRRRRRRRRRRR!!

Hihihi.. inilah satu-satunya kek yang paling menjimatkan bil sebab:
  1. Tak perlu guna oven
  2. Guna sekejap jer dapur gas
  3. Penggunaan mesin pengadun yang amat minima
Apa yang perlu anda buat cuma pergi kedai dan beli biskut merry coklat, cream cheese, susu segar... gula??? Kat rumah mesti dah ada gula, kannn.. hik hik.

Mula-mula hari tu saya nampak Zalieda yang dok tayang kek ni. Bila tengok ada perkataan cheese tu, macam tak berapa nak bacalah resepinya sebab dahlah nampaknya berlapis-lapis, jadi dah bayangkan mesti susah. Memang tak sempat lagi nak belek resepi Zalieda ni. Bila dah lapang sikit, barulah baca resepi tu. Mak aihhhhh!! Cenggitu jer ke membuatnya. Sebelah tangan, sebelah mata jer ni.. hehe. Tak payah mecah telur, mengayak tepung dan menimbang segala bagai. Haaaaaaa, minggu lepas hingga semalam jer dah berapa ramai yang tayang kek memasing, kan. Jadi, saya dengan bangganya mengumumkan, saya pun dah buat... rugilah kalau tak buat, senangggg sangat. Buat malam, pagi dah boleh makan, senang, kannn..

Di sini saya panjangkan lagi resepi asal dari orang bujang ni... (eh! Betul ya, bujang.. hehe). Terima kasih, ya Ryo kerana sudi berkongsi ramai-ramai resepi yang best ni.. terbaekkkkkklahhh!!

Kek Lapis Cheese Persona
Resepi : Ryo Azhar
Sumber : Zaliedana

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (saya sama dengan Ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan (tak perlu mendidih)
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura) -
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :

  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan
  4. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar, padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu.. masukk an dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

25 comments:

  1. amboi..sedapnye nampak...kite aje tak cuba laghi..akak baru tukar rumah baru ker..jenuh gak la masuk sini td..dok ketuk sana ketuk sini..baru dapat cari...maklumler..awak tak pandai sangat it nih :))

    ReplyDelete
  2. saya pun dah cuba... (ececehhhh....nak interprame jugak...) lia pun 1st time nampak kat blog kak nor bila tgk p'kataan 'kek lapis' tu terus rasa... 'alahhh..aku x leh buat la nih...." sbb mmg x penah buat kek lapis...pastu bila kak azlita tayang kat blog dia baru perasan laaa...ini ke kek yg kat blog kak nor aritu....senang rupanya....hadoiiii......rugi x buat awal2..... :)

    ReplyDelete
  3. Kak Sari,ai tadi nakngomen,jenuh juga lah duk gogek2,almaklumlah xpandai,hihi,akhirnya dpt juga ngomen..Sy ritu pon igt ssh wat kek nih,bila baca resepi n cara2 tuh,mak ai senangnyer,hihi..Mmg akan ada siaran ulangan,sbb best nih..

    ReplyDelete
  4. nampak sungguh menyelerakan...kena cuba ni

    ReplyDelete
  5. Kak sari, saya orang baru kat sini.nampak sedap kek tu.Serius memang terpesona.Saya takde mixer, kalau guna blender atau kacau ngan tangan jer boleh tak?

    ReplyDelete
  6. SENYUM JUGAK :-D
    sebab malam tadi dah dpt merasa kesedapannya.. hehe.. hari ni pun bekal juga ke ofis & bagi kawan2 rasa... yer... tak perlu kata apa2 sebab dok leka menikmati kesedapanya... hmmmmm.....

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap la pulak.. Kena cuba nih..

    ReplyDelete
  8. macam senang...hehehehehe bila kekdah kak zu nak buat nih...ok kena try jugak

    ReplyDelete
  9. amboi2x.... dia dh mai dh kat dapur Sari... hehehe ni mama pun dh nk siap2 bahan2 insyallah lps jln2 nih akan masuk 'opis' :)

    ReplyDelete
  10. Uuuiiihhh.. menghias rumah sajaaa.. tantekkk.. tantekkk.. shukerrr.. shukerrr.. yang penting nak komen senang.. heheh..

    Nape tak post semalammm.. Ni nak suruh kita gi Jusco lagi ler ni.. cream cheese je takde.. awak niiiii.. eh! eh! betul nak buat ker ni?! ye! ye! Orr! kui3 :D

    ReplyDelete
  11. Chikadakbiru, yg dok ketuk2 tadi, komelah ya, maaflah, awak tgh betulkan pintu, hihi. Kome kena cuba kuih ni, awak mkn smpi tak ingat dunia nih!

    ReplyDelete
  12. Mamamya, takperlah nak enterframe, tak kena saman punya, hihi. Betul, kalu buat awal2 mesti untung dpt mkn lebih, kannnn.

    ReplyDelete
  13. Zaliedana, rasa2 bila leh buat siaran ulangan yek? Hihi

    ReplyDelete
  14. Ila, wajib cuba sebab sgt sedap, anak Ila mesti sukaaaa!!

    ReplyDelete
  15. Zuliana, marilah jadi makmum, rapatkan saf ya, hihi. Zu, kalu takde mixer, guna senduk kayu, pukul smpi gebu, ok.

    ReplyDelete
  16. Madiha, betulkan, senyum jer, tak perlu kata apa2 ;-)

    ReplyDelete
  17. Zuwaidah, apa kekdah pun kena try, hehe

    ReplyDelete
  18. Oh Oeya, Jusco tu sepelaung jer, gilah dgn segera, Adam msti suka ;-)

    ReplyDelete
  19. hehe saya pon baru je buat entri pasal kek ni...ada jodoh la kita kak sari..hik hik hik

    ReplyDelete
  20. 'sepelaung' ?! Dekat sangat eaaa?!!
    Ampunnn Cikgu..

    ReplyDelete
  21. Sitiezahim, wah!! Berjodoh kita ni, saling menyuap kudapan yang sama ;-). Sedapkan Sitiezahim..

    ReplyDelete
  22. Oh Oeya, betullah, sepelaung, jalan kaki pun sampai, tapi penatlahhh, hihi ;p

    ReplyDelete
  23. mcm senang je...nk cuba buatlah....

    ReplyDelete

komen anda amat dihargai... terima kasih

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?