SEJIBIK MACAM KAT KFC

Seri Kandi Tanah Jauhar
15

ASSALAMUALAIKUM wbt

BEBERAPA pagi ni rasa sejuk sangat kan. Air pun sejuk jer, rasa nak jerit-jerit dalam bilik air menahan kesejukan, hohoho. Rumah saya tak ada 'heater' lah awak... tak mampu nak pasang, hihi. Cuaca kat JB pun sekarang tak menentu hala. Panas teriknya sampai mencucuk kulit, bila sejuknya pulak sampai menggigit tulang. Jadi bila balik kerja tu rasa macam nak demam pulak. Yelah, seharian duduk dalam hawa dingin, tiba-tiba keluar jumpa matahari memancor-mancor. Berkerut-kerut kening menahan panas... haiiiiiii.. ini barulah panas kat dunia, rasa tak terbayang panasnya di akhirat apabila matahari sejengkal sahaja di atas kepala. Cukupkah tiga amalan yang akan dibawa???

Entri saya kali ini adalah siaran iklan tidak berbayar ya.. hehehe. Hari ini saya tolong awak, esok-esok orang lain pulak tolong saya, ya tak Cik Xane Neor?? Begitulah lumrahnya hidup di alam fana cinta (opps!) ni. Tak semestinya pertolongan itu perlukan pembalasan, tetapi insyaAllah akan dibalas Allah swt dalam bentuk yang lain pula. Hari ini kita bagi RM1 kat orang, kita dapat 10 kebaikan dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya duit, betul tak? Mungkin pagi-pagi kita masukkan dalam tabung anak yatim seringgit, lepas tu tiba-tiba jer tengahari bos belanja makan. Petang sikit, kawan ajak ngeteh. Bila malam, encik suami belanja pulak kat kedai tomyam, tu semua rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja yang tak tercapai oleh akal kita ;D

Amacam?? Terliur tak tengok saya punya dinner malam tadi. Hehe, ni pasal dah beberapa hari ER dok tanya bila nak goreng fries ngan ayam bbq mexico frozen yang beliau beli lebih kurang dua minggu lepas. Sebenarnya bukan tak nak goreng dengan segera tapi selalu sangat lupa. Yaya tu asal aje masuk kereta teruslah demand nak makan itu, nak makan ini. Jadi sementara dia sedang menghadapi minggu peperiksaan ni, kita layankan jer tekaknya. Taklah meleleh air liur masa jawab soalan kalau apa yang dihajat tak kesampaian. Fikiran saya pun tak tenang juga kerana Yaya punya graf ni asyik turun naik turun naik jer. Tapi buat-buatlah cool, tak mahulah gelabah sangat. Kita usaha apa yang termampu, berdoa dan bertawakal... mudah-mudahan Allah permudahkan, insyaAllah.

Tak sangka, kan.. kita tak perlu lagi ke KFC (KFC tolong jangan saman saya) semata-mata giankan cheese yang menyaluti wedges tu.. huhu. Saya tak tahulah orang lain, tapi kalau saya, memang tulah yang paling tak boleh miss tiap kali ke KFC. Lupakan pasal ayam tapak kasut segala (staf KFC pun dah tukar uniform sekarang), kadang-kadang tu hajatnya cuma nak makan cheezy wedges) tapi tak tergamak pulak nak order yang tu saja, hehe.. Lepas tu berebutlah tiga beranak, sapa yang nak kunyah ala-ala 44x tu memang alamat dapat dua ketul jerlah, hahaha. Cheese mintak lebih alamat kenalah tambah lagi RM1. Kalau dapat staf yang tak berkira tu memang penuhlah cheese atas wedges, kalau tak.. urmmm...

Lepas ni memang melantak cheese ajelah. Pipi pun dah cop kuat makan cheese, campur pulak dengan mayonis, jadi jangan salahkan orang lain kalau jarum timbang tu dah beransur-ansur bergerak mengikut arah jam.. hohoho. Mana taknya, tak tipu punya.. Halapeno Cheese Powder - disebut Jalapeno (JPC) ni rasanya memang tak ubah macam cheese cheezy tu tau.. tak percaya, cer cuba, memang tak menyesal punya. Seletlah dengan apapun, memang lupa diri tak boleh berhenti, ialah.. dah dapat makan dengan sewenang-wenangnya kan.. hahaha.

Sesiapa yang suka tu, bolehlah order... terbaik wokkkkkkkk!!

Nak order, sms atau call ya, boleh saja.. sape ngurat kena pijak.. saya tak tauuuuu.. hihihi



Klik sini : http://dzanagroups4u.blogspot.com/2011/10/jalapeno-cheese-powder.html

Call/ SMS: 013-4479346/ 019-3091632 ~ Miss Zana

Nota :
  1. Kalau ikut arahan pada peket, bancuh 1 bahagian JCP dengan 2 bahagian air panas. Tapi saya galakkan anda bancuh 1 bahagian JCP dengan 1 bahagian air panas dulu, kacau sebati, lepas tu baru tambah sikit-sikit air mengikut kepekatan disukai. Bancuhan mungkin akan berketul-ketul, jadi bolehlah guna sebarang mesin pengisar, jangan guna mesin rumput sudah.. hihi..
  2. Saya nak senang kerja, bancuh semua sekali arung, hehe. 1 peket JCP mengandungi berat 200gm ( banyaknya hampir satu mangkuk container taufufa). Mula-mula saya tuang dulu satu mangkuk air panas (mangkuk taufufa), kacau2, masuk mixer maulinex... tretttttttttttt... lepas tu tambah air lagi sikit-sikit (lebih kurang 1/3 mangkuk), lepas tu masuk dalam botol piping tu. Lebihnya simpan dalam peti ais dan ia memang tak keras, maknanya boleh digunakan terus bila nak makan.. ;))
Tags

Post a Comment

15Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Akak nak la cheese tu, rupanya mcm ni la yg selalu kita mkn kat kfc ye? Akak selalu berebut dgn anak cheese wedges sampaikan hubby kata baik buat sendiri. Tp xtau nak dptkan cheese tu kat mana..

    ReplyDelete
  2. sedapnye..rase same ye..
    intan dah amik no phone..nnt klu intan nak intan order..

    ReplyDelete
  3. Kak Sari,sy kalo singgah blog akak,xsah kalo xsenyum sengih baca cite akak,kali nih sengih sbb xnak yaya melelih air liur jwb soklan peksa,hihi..Cheese powder nih sy pernah order kat kak ummi kat fb duluDah kat setaun kut,time tuh CMG N kak nor duk promote..Mmg best n sedap sama sebiji kan..

    ReplyDelete
  4. haa.. kene mintak royalti nih ;p
    kak sari, hasben tun mmg hantu betol ngan cheese wedges nih. sama laa mcm akak, kdg2 tu gi kfc semata2 sbb nk beli cheesy wedges, tp dh gi tu mcm serba salah la pulak nk order cheese wedges, beli la jugak ayam nyer.. pastu dh beli cheesy wedges ni (size besar ye, pastu ada pulak satu yg kecik set dgn burger tu kan), tun lak yg serba salah nk makan sbb hasben tun suka sgt mkn. hihi..

    ReplyDelete
  5. sari kak ita nak tanya berapa harganya..sedappppppppppppp tu..

    ReplyDelete
  6. nasib baik kita tak berapa sgt dgn cheese nih, tapi nampak memang sedap wei! teringin gak nak merasa nihh.

    ReplyDelete
  7. kalau bancuh semua pastu simpan dalam esbox ble tahan berapa hari?

    ReplyDelete
  8. Zaliedana, tulah, sama sebijik rasanya, orang kata makan ngan wedges simplot lagi sama sebij cam kfc

    ReplyDelete
  9. Tun Telani, laaaaa.. kenapa lak Tun serba salah nak makan, bedal jer.. haha

    ReplyDelete
  10. AnitaDiana, cer SMS no ni, tanya terus dengan tuannya sebab dia kata harga kena bisik2.. hehe 019-3091632 - Zana

    ReplyDelete
  11. bujal X, nanti akak buat eksperiment dulu ya.Pasai org lain bancuh sikit2, akak yg malas, bancuh jer sekali arung. Lagi 7 hari akak jawab kat blog Bujal.

    ReplyDelete
  12. Lama sungguh tak gi KFC heheh..

    Dap nyerrr..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!