MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Thursday, November 3, 2011

UNTUK KESEKIAN KALINYA


ASSALAMUALAIKUM wbt

KENYANGNYA makan nasi berlaukkan Ayam Masak Lemak Cili Api tadi, cuma tak pedas, jadi kuranglah umphnya. Ditambah pula dengan sambal berlado.. aduh, nasib baiklah beli kat kantin, kalau masak sendiri alamat bertambah-tambahlah nasi. Jadi apa yang yang ada dalam polisterin tu, walaupun rasa macam tak cukup terpaksa juga terima ketentuan takdir, banyak tulah rezeki hari ni.. hehe. (silapnya tadi ambil nasi sikit, nak diet kunun-kunun.. muahahaha)



Ramai yang ingat saya berdiet tau, tak tahu.. saya ni kalau makan memang tak ingat dunia, sedar-sedar jer terlebih sudahhhhh!! Macam malam tadi, ada ke patut, di saat jarum panjang jam tegak kat angka 6, jarum pendek dah antara 11 ngan 12, pada masa yang sama dalam hati dok kata, alahhhhhhh.. bukan selalu.. saya doklah mengadap kek karemel ni sorang-sorang??? Yaya dah lena dibuai mimpi entah di negeri mana, ER pula sedang leka ditonton tv (sila faham: tv tengok beliau, bukan beliau tengok tv... ekekeke). Jadi bila takde kawan yang makan sama, kita gelojoh pun tak de orang tegur, hahaha.. nasib baik saya pegang tangan kanan ni kuat-kuat, jangan potong lagi, lepas tu pukul 6 pagi tadi boleh sambung lagi, hihihi.. minta ampun ya wahai cik usus kerana terlanjur menderaimu... huhuhu.

Ramai yang dah buat kek ni, kalerful di sana-sini. Saya pernah buat di sini, di sana, di sinun dan di senan termasuklah yang tak ditayang. Ada masanya okey, banyak juga yang KO. Adakah mungkin encik oven tu sudah merajuk. Tapi KO Ko pun tetap sedap juga disuap ke mulut. Terima kasih untuk kengkawan yang tak jemu menempah dengan saya. Yang bila saya kata, rejectlah karemelnya, aku tak jadi jual, pun tetap paksa nak juga, saya minta halal ya. Juga untuk tuan punya resepi yang asal, Kak Munirah (boleh tengok di sini) semoga ia kan kekal membawa hasanah yang berterusan, Aamiiiinnnn Ya Rabbal Alamin. Kali ini saya tak menggabungkannya dengan kek alunan kasih, dah lama bertukar ke versi yang original.. cepat siap, hehe. Sebab saya rajin, saya taip balik resepinya di sini ya ;D


Kek Karemel
Resepi : Munira Baharum

saiz loyang sesuai 7x7

Bahan A:
2 sb gula pasir
* tabur gula pasir dalam loyang dan masak atas api perlahan sehingga perang. Pusing-pusingkan loyang supaya gula rata (jangan terbalikkan pulak, muahahaha). Ketepikan.

Bahan B:
Lapisan Atas:
  • 1/2 tin susu cair
  • 70 gm gula castor (saya letak 3 sb)
  • 1/2 st esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
  1. Campurkan gula castor dan susu cair, kacau hingga gula hancur (jangan kuat sangat)
  2. Campur kuning telur dan esen vanilla, kacau perlahan.
  3. Campurkan kedua-dua no 1 dan 2. Kacau perlahan sehingga sebati (jangan berbuih)
  4. Tuang bahan A dalam loyang yang ada gula hangus tadi.
Lapisan Kek Span:
Bahan C:
  • 140 gm tepung gandum*
  • 1 st baking powder* (guna sudu kecil kfc) - ayak bersama *
  • 3 biji kuning telur
  • 70 gm gula castor (saya letak 3 sb)
  • 135 ml air biasa
  • 45 ml minyak masak
  • 3 sb susu pekat manis (saya tambah.. memang ramai yang tambah bahan ni, hehe)
  • Tiga warna berlainan (kalau nak letak perisa pun boleh)
Bahan D/ Meringue:
  • 6 biji putih telur (buang tali pusatnya)
  • 70 gm gula castor (saya letak 3 sb)
  • 1 st (kfc) krim of tartar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi hingga berbuih.
  2. Masukkan gula dan krim of tartar
  3. Pukul sampai bertanduk (diterbalikkan mangkuk bahan tak jatuh). Ketepikan.
  4. Masa ini dah boleh panaskan oven 170 darjah selsius.
  5. Campurkan kuning telur, gula castor, air, minyak dan susu pekat. Pukul kelajuan tinggi sehingga sebati.
  6. Kurangkan kelajuan, masukkan tepung, pukul sebati. Matikan mixer.
  7. Campurkan setengah bahagian meringue ke dalam adunan, kaup balik guna spatula sehingga agak sebati perlahan.
  8. Campurkan kesemua baki meringue. Kaup balik sehingga sebati semuanya, bahagikan kepada tiga bahagian (nak bahagi tujuh pun bolehhhh.. hihi). Letakkan warna atau perisa disukai.
  9. Sudukan ketiga-tiga bahagian adunan berwarna ke atas bahan B (dalam loyang tadi) sehingga habis. Mulakan tiga sudu... beberapa kali, dua sudu beberapa kali, akhir-akhirnya satu sudu.
  10. Bakar menggunakan kaedah steam bath. (Letak loyang kek dalam satu lagi loyang besar.
  11. Gunakan rak yang paling bawah semasa membakar jika menggunakan api atas bawah.

20 comments:

Zaliedana said...

Kak Sari,adoyaiiii sedapnyer kek,akak dah byk kali wat eks..Sy bru aritu jer,igt nak wat sbtu nih wak blk kg,hihi..Erm yaya mkn byk x kek nih..Ke bonda jer duk ngap..

tun_telani said...

sedapnyer kak.. dh bkk kali buat, tun x buat2 pun lagi.. hihi..

zuwaidah said...

Sari....hmmmmmm meleleh air liuq orang di sini....nasib baik dah order dari Kak Ida Bakery di Keramat nak ku bawa pulang ke kampung raya ini, sekali ku order 2 biji kek karamel dan 1 biji kek dam. Mak kita suka!!!

Anna Qawina said...

akak..kita tgh bake kek ni gak..ada tempahan 4 biji..tapi buat 2 biji je kot..ahahaa

Citarasa Rinduan said...

amik ko..
sekali update blog dengan kek yang warnanya mengancam.....................

nak sikittttt
kek hari jadi kan>

hahaha

Mamamya said...

da lama x buat kek...bila tgk akak punya ni tetiba rasa gatai2 nak buat plak utk raya haji...uhuuuu.....daku t'goda!!!

indahhouse said...

Salam kak sari,
kek karamel dan alunan kasih yg menarik. :) rajinnya, kak...

Sis-Lin said...

Sari..sis nak try ni..insyallah malam raya klu jadi..hehehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Zaliedana, bonda dia kut.. hihi. Samalah, akak pun nak buat lagi raya aji ni.. tak puas membedal, hihi

Sari Yusa Ibrahim said...

Tun Telani, Tun asyik buat benda lain jer ni... huhu

Sari Yusa Ibrahim said...

Kak Zuwaidah, berbunga-bungalah hati makcik dpt dua bijik kek karemel.. hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Anna Qawina, lagi dua biji kenapa tak buat?? Hampa lak customer tu nanti.. huhu

Sari Yusa Ibrahim said...

Citarasa Rinduan, oh Puan Ayu, mehlah datang ke mari birthday girl ku

Sari Yusa Ibrahim said...

Mamamya, dah rasa gatal2 tu kena buat, karang melarat pulak gatalnya, hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Indahhouse, kalau tak rajin alamat telan air liur jerlah mengidam, hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Sis Lin, haaa.. jangan tak jadik pulak.. hik hik

nanonano said...

ok hr ni dah belajar bahasa baru, sana, sini, sinun & senan, hihihi :p

Oh Oeya said...

Kalau perlu.. berapa biji harus dijual kek ini.. untuk dapatkan sebiji oven Cikgu?

huk! huk! huk!

Lama sangat saya dok menabung.. belum juga mau cukup.. En Zanussi sabar ya.. tunggu saya ya.. huk! huk!

Saya semakin memberontak mau hasilkan kek seperti ini.. huk! huk! huk!

Sedapnya kek niii.. huk! huk!.. sedapnya kek niii.. waaaaaaaa!!!

nuwairani ismail said...

kek ni memang tak jemu dimakan...tau2 aje...dah habes...aduyai....

cupcakekasih said...

kak jun nak cuba resepi ni...sedap dah warna warni nan memikat.

Share It

Anda Sukakan Ini?