MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
Untuk pertanyaan, hubungi Whatsapp Sahaja : 0127799705 atau telefon/ sms 0127844524. PEMBERITAHUAN : Mulai Disember 2014 semua urusan boleh dibuat melalui satu talian sahaja iaitu 0127844524. Harap maklum.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah bubur burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tmj tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, November 30, 2011

SEKEJAP TIMBUL.. LAMAAAAAA.... TENGGELAM

ASSALAMUALAIKUM wbt

MAAFLAH kalau kehadiran saya ini ibarat bulan di musim hujan, sekejap timbul, lama tenggelam. Peribahasa baru, orang kata macam biskut chipsmore (bukan promosi ya), 'Sekejap ada, sekejap takde', hik hik hik. Entah apa yang melanda, tak ada angin tak ada ribut, saya sebenarnya mengalami masalah untuk menghapdatekan entri. Semalam, saya dapat panggilan telefon dari Cik Oeya.... "awak, kenapaaaaaaa lama tak ada entri?? Sibuk ke???" Jawapan saya, sibuk tu memanglah sibuk, bila kat rumahlah. Tapi di pejabat ni pun macam-macam masalah sebenarnya yang tak sempat saya terangkan pada Oeya. Sebenarnya PC saya tidak boleh pergi ke Yahoo dan apa-apa link, blog dan sebagainya. Yang pelik bin ajaib, facebook boleh pula dibuka. Sebagai penyelesaiannya saya mengangkut lappy yang berat macam nak mampuih ni.. hahaha. Sebenarnya taklah berat sangat pun tapi memandangkan bilik pejabat saya di Tingkat 4 (tak ada lif ya), jadi amatlah berat hati untuk dipikul, hehehe. Tapi, ada juga masalah yang timbul. Blog saya tak dapat dibuka.. katanya done but with error... APA KEHE???!! Mujurlah saya masih boleh sign in dan create a New Post tapi saya tak dapatlah melihatnya di blog. Sedih tau...

Jadi, banyaklah entri yang cuma tinggal draft sahaja tak sempat dipublishkan kerana kerja-kerja mengedit yang belum selesai. InsyaAllah, sebarang masalah teknikal akan diselesaikan sebelum 2011 melabuhkan tirai.

Wassalam.


Friday, November 18, 2011

NAMA SAYA S

ASSALAMUALAIKUM wbt

SEJAK sekolah rendah nama pemberian kedua ibu dan bapa saya adalah antara nama yang paling popular di sekolah. Bukan kerana saya budak paling pandai atau selalu pecah rekod sekolah atau budak paling nakal tetapi kerana kesukaran orang yang mengeja untuk menyebut nama saya. Jadi, kalau nampak bibir cikgu tu macam terjuih-juih nak menyebut nama, saya dah tahu tu tentu nama saya, hahaha. Kalau masuk dalam kursus dan sebagainya pun begitu juga. Pergi klinik pun sama padahal rasanya bukanlah susah, mungkin orang dulu-dulu selalu jumpa nama yang mudah jadi bila jumpa yang pelik sikit mulalah terbelit lidah.. hihi. Tapi sekarang saya tengok dah tak ramai yang susah nak sebut nama saya, mungkin orang sekarang ni dah mahir mengeja.. uhuk!





S Binti Rusli???



Mula-mula saya terpandang nama S ni semasa kempen pilihanraya di sebuah kampus. Ternganga sekejaplah bila terpandang nama si S ni yang merupakan salah seorang calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Saya tengok nama S, lepas tu saya tengok pula nama calon yang lain. Mula saya fikir, mereka letak nama gelaran tapi mustahil pula sebab nama calon mesti ditulis penuh. Saya terus jer mesej seorang pelajar untuk mengetahui tentang kebenaran nama S ni. Masa tu memang tak terfikir nak bertanya terus dengan Unit Akademik.

Betul, puan. Nama dia memang huruf S tu jerlah. Puan 'add'lah dia kat facebook, cari nama Ayang Joy.

Naluri seorang wartawan masih kuat mengalir rupanya (saya pernah bekerja sebagai wartawan sambilan di Harian Metro, Berita Harian dan Majalah Citra tau..). Maka teruslah saya tambah Ayang Joy ni sebagai rakan di facebook. Tak tunggu lama, S menerima permintaan saya.. hihi. S, tulah sebab saya add awak, jangan mara eaaaaaa..




Lama saya mengambil masa untuk bertanya dengan S. Macam serba tak kena jer sehinggalah suatu hari saya menyatakan permintaan saya kepada S untuk menuliskan kisah nama S ni dalam blog saya.. hihi.

Ini adalah jawapan S bila saya nyatakan hajat saya tu..



  • hehehehe... nak wat buku ker?? name saye panjang la.. hehehehe.....

  • saye pun x taw sejarah nape name mcm tu..

  • ayah just bgtaw.. die nak letak name saye SABARINA.. tapi ibu kate panjang sgat.. so,, diorang buang satu huruf belakang tu..

  • jadi SABARIN,

  • SABARI

  • SABAR

  • SABA

  • SAB

  • SA

  • S

  • tu yang dpt name mcm tu..

  • hehehe

  • lgpun ayah kate, kalau name panjang2 pun nnty pangil dgn name pendek jugak..

  • mungkin ade sejarah lain yang saye x taw..

  • saye takut nak tanye... hehehehe



Sepatutnya nama S ni dah boleh masuk dalam Malaysia Books Of Record, betul tak? Kalaupun tak boleh masuk peringkat dunia.. hehe. Apapun.. kata orang apalah ada pada nama, kan. Untuk S, terima kasih kerana sudi memberi kerjasama. S siap bagi gambar lagi, sayannnnnnnng S.

Sebenarnya, ada 5 keping semuanya gambar yang S bagi, tapi line internet tersangatlah menyiputbabikan diri hari ni, nanti bila line clear, saya masukkan gambar-gambar dokumen S yang lain ya..


Wednesday, November 9, 2011

ALLAH LEBIH TAHU

ASSALAMUALAIKUM wbt

SETIAP yang bernyawa pasti akan mati, namun kadangkala kematian itu membuatkan kita terfikir akan hikmah yang Allah sembunyikan yang tidak kita ketahui.

Malam tadi, saya mendapat sms dari seorang sahabat yang membuatkan saya terpana. Tiada siapa yang menduga, pemergian beliau ke tanah suci Mekah, merupakan kali pertama dan terakhir. Bapa sahabat saya telah kembali ke rahmatullah pada 12 Zulhijjah 1432H ketika umat Islam masih meraikan AidilAdha.

Buat sahabatku, redhalah dengan apa yang terjadi. Sedihnya Allahyarham tidak dapat bertemu dengan cahaya mata sulung sahabat saya yang baru melihat dunia pada 2 November lalu. Baca sini.

Al-Fatihah..

Friday, November 4, 2011

LAHIRNYA LITTLE YAYA

Dhiya Elena Binti Mohd Khairul Faizi

ASSALAMUALAIKUM wbt

ADALAH dikisahkan…

Pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.” Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.” Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?” Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.” Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?” Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.”

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.” Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu.”Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran. Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?” Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.

Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Wallahualam.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara:

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu

4) Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

kredit untuk:

https://www.facebook.com/notes/kejuruteraan-insaniah/perbualan-seorang-bayi-sebelum-kelahiran/168468039867318#!/pages/Kejuruteraan-Insaniah/186067101423416

Tahniah buat sahabatku, yang begitu tidak pernah berkira denganku, yang selalu ada di sampingku, kini kau telah bergelar ibu. Jalankanlah tugas yang telah lama kau idam-idamkan ini dengan penuh rasa kasih terhadap anakmu. Paling aku terharu, kerana kamu ingin memanggil anakmu dengan nama yang sama dengan anakku.

Nota : Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran ke 31 buat Siti Rahayu Abdul Rahman blogger CITARASA RINDUAN, kita akan kekal sebagai sahabat.. itulah janjiku di hari lahirmu, insyaAllah.

Thursday, November 3, 2011

UNTUK KESEKIAN KALINYA


ASSALAMUALAIKUM wbt

KENYANGNYA makan nasi berlaukkan Ayam Masak Lemak Cili Api tadi, cuma tak pedas, jadi kuranglah umphnya. Ditambah pula dengan sambal berlado.. aduh, nasib baiklah beli kat kantin, kalau masak sendiri alamat bertambah-tambahlah nasi. Jadi apa yang yang ada dalam polisterin tu, walaupun rasa macam tak cukup terpaksa juga terima ketentuan takdir, banyak tulah rezeki hari ni.. hehe. (silapnya tadi ambil nasi sikit, nak diet kunun-kunun.. muahahaha)



Ramai yang ingat saya berdiet tau, tak tahu.. saya ni kalau makan memang tak ingat dunia, sedar-sedar jer terlebih sudahhhhh!! Macam malam tadi, ada ke patut, di saat jarum panjang jam tegak kat angka 6, jarum pendek dah antara 11 ngan 12, pada masa yang sama dalam hati dok kata, alahhhhhhh.. bukan selalu.. saya doklah mengadap kek karemel ni sorang-sorang??? Yaya dah lena dibuai mimpi entah di negeri mana, ER pula sedang leka ditonton tv (sila faham: tv tengok beliau, bukan beliau tengok tv... ekekeke). Jadi bila takde kawan yang makan sama, kita gelojoh pun tak de orang tegur, hahaha.. nasib baik saya pegang tangan kanan ni kuat-kuat, jangan potong lagi, lepas tu pukul 6 pagi tadi boleh sambung lagi, hihihi.. minta ampun ya wahai cik usus kerana terlanjur menderaimu... huhuhu.

Ramai yang dah buat kek ni, kalerful di sana-sini. Saya pernah buat di sini, di sana, di sinun dan di senan termasuklah yang tak ditayang. Ada masanya okey, banyak juga yang KO. Adakah mungkin encik oven tu sudah merajuk. Tapi KO Ko pun tetap sedap juga disuap ke mulut. Terima kasih untuk kengkawan yang tak jemu menempah dengan saya. Yang bila saya kata, rejectlah karemelnya, aku tak jadi jual, pun tetap paksa nak juga, saya minta halal ya. Juga untuk tuan punya resepi yang asal, Kak Munirah (boleh tengok di sini) semoga ia kan kekal membawa hasanah yang berterusan, Aamiiiinnnn Ya Rabbal Alamin. Kali ini saya tak menggabungkannya dengan kek alunan kasih, dah lama bertukar ke versi yang original.. cepat siap, hehe. Sebab saya rajin, saya taip balik resepinya di sini ya ;D


Kek Karemel
Resepi : Munira Baharum

saiz loyang sesuai 7x7

Bahan A:
2 sb gula pasir
* tabur gula pasir dalam loyang dan masak atas api perlahan sehingga perang. Pusing-pusingkan loyang supaya gula rata (jangan terbalikkan pulak, muahahaha). Ketepikan.

Bahan B:
Lapisan Atas:
  • 1/2 tin susu cair
  • 70 gm gula castor (saya letak 3 sb)
  • 1/2 st esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
  1. Campurkan gula castor dan susu cair, kacau hingga gula hancur (jangan kuat sangat)
  2. Campur kuning telur dan esen vanilla, kacau perlahan.
  3. Campurkan kedua-dua no 1 dan 2. Kacau perlahan sehingga sebati (jangan berbuih)
  4. Tuang bahan A dalam loyang yang ada gula hangus tadi.
Lapisan Kek Span:
Bahan C:
  • 140 gm tepung gandum*
  • 1 st baking powder* (guna sudu kecil kfc) - ayak bersama *
  • 3 biji kuning telur
  • 70 gm gula castor (saya letak 3 sb)
  • 135 ml air biasa
  • 45 ml minyak masak
  • 3 sb susu pekat manis (saya tambah.. memang ramai yang tambah bahan ni, hehe)
  • Tiga warna berlainan (kalau nak letak perisa pun boleh)
Bahan D/ Meringue:
  • 6 biji putih telur (buang tali pusatnya)
  • 70 gm gula castor (saya letak 3 sb)
  • 1 st (kfc) krim of tartar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi hingga berbuih.
  2. Masukkan gula dan krim of tartar
  3. Pukul sampai bertanduk (diterbalikkan mangkuk bahan tak jatuh). Ketepikan.
  4. Masa ini dah boleh panaskan oven 170 darjah selsius.
  5. Campurkan kuning telur, gula castor, air, minyak dan susu pekat. Pukul kelajuan tinggi sehingga sebati.
  6. Kurangkan kelajuan, masukkan tepung, pukul sebati. Matikan mixer.
  7. Campurkan setengah bahagian meringue ke dalam adunan, kaup balik guna spatula sehingga agak sebati perlahan.
  8. Campurkan kesemua baki meringue. Kaup balik sehingga sebati semuanya, bahagikan kepada tiga bahagian (nak bahagi tujuh pun bolehhhh.. hihi). Letakkan warna atau perisa disukai.
  9. Sudukan ketiga-tiga bahagian adunan berwarna ke atas bahan B (dalam loyang tadi) sehingga habis. Mulakan tiga sudu... beberapa kali, dua sudu beberapa kali, akhir-akhirnya satu sudu.
  10. Bakar menggunakan kaedah steam bath. (Letak loyang kek dalam satu lagi loyang besar.
  11. Gunakan rak yang paling bawah semasa membakar jika menggunakan api atas bawah.

SEJIBIK MACAM KAT KFC


ASSALAMUALAIKUM wbt

BEBERAPA pagi ni rasa sejuk sangat kan. Air pun sejuk jer, rasa nak jerit-jerit dalam bilik air menahan kesejukan, hohoho. Rumah saya tak ada 'heater' lah awak... tak mampu nak pasang, hihi. Cuaca kat JB pun sekarang tak menentu hala. Panas teriknya sampai mencucuk kulit, bila sejuknya pulak sampai menggigit tulang. Jadi bila balik kerja tu rasa macam nak demam pulak. Yelah, seharian duduk dalam hawa dingin, tiba-tiba keluar jumpa matahari memancor-mancor. Berkerut-kerut kening menahan panas... haiiiiiii.. ini barulah panas kat dunia, rasa tak terbayang panasnya di akhirat apabila matahari sejengkal sahaja di atas kepala. Cukupkah tiga amalan yang akan dibawa???

Entri saya kali ini adalah siaran iklan tidak berbayar ya.. hehehe. Hari ini saya tolong awak, esok-esok orang lain pulak tolong saya, ya tak Cik Xane Neor?? Begitulah lumrahnya hidup di alam fana cinta (opps!) ni. Tak semestinya pertolongan itu perlukan pembalasan, tetapi insyaAllah akan dibalas Allah swt dalam bentuk yang lain pula. Hari ini kita bagi RM1 kat orang, kita dapat 10 kebaikan dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya duit, betul tak? Mungkin pagi-pagi kita masukkan dalam tabung anak yatim seringgit, lepas tu tiba-tiba jer tengahari bos belanja makan. Petang sikit, kawan ajak ngeteh. Bila malam, encik suami belanja pulak kat kedai tomyam, tu semua rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja yang tak tercapai oleh akal kita ;D

Amacam?? Terliur tak tengok saya punya dinner malam tadi. Hehe, ni pasal dah beberapa hari ER dok tanya bila nak goreng fries ngan ayam bbq mexico frozen yang beliau beli lebih kurang dua minggu lepas. Sebenarnya bukan tak nak goreng dengan segera tapi selalu sangat lupa. Yaya tu asal aje masuk kereta teruslah demand nak makan itu, nak makan ini. Jadi sementara dia sedang menghadapi minggu peperiksaan ni, kita layankan jer tekaknya. Taklah meleleh air liur masa jawab soalan kalau apa yang dihajat tak kesampaian. Fikiran saya pun tak tenang juga kerana Yaya punya graf ni asyik turun naik turun naik jer. Tapi buat-buatlah cool, tak mahulah gelabah sangat. Kita usaha apa yang termampu, berdoa dan bertawakal... mudah-mudahan Allah permudahkan, insyaAllah.

Tak sangka, kan.. kita tak perlu lagi ke KFC (KFC tolong jangan saman saya) semata-mata giankan cheese yang menyaluti wedges tu.. huhu. Saya tak tahulah orang lain, tapi kalau saya, memang tulah yang paling tak boleh miss tiap kali ke KFC. Lupakan pasal ayam tapak kasut segala (staf KFC pun dah tukar uniform sekarang), kadang-kadang tu hajatnya cuma nak makan cheezy wedges) tapi tak tergamak pulak nak order yang tu saja, hehe.. Lepas tu berebutlah tiga beranak, sapa yang nak kunyah ala-ala 44x tu memang alamat dapat dua ketul jerlah, hahaha. Cheese mintak lebih alamat kenalah tambah lagi RM1. Kalau dapat staf yang tak berkira tu memang penuhlah cheese atas wedges, kalau tak.. urmmm...

Lepas ni memang melantak cheese ajelah. Pipi pun dah cop kuat makan cheese, campur pulak dengan mayonis, jadi jangan salahkan orang lain kalau jarum timbang tu dah beransur-ansur bergerak mengikut arah jam.. hohoho. Mana taknya, tak tipu punya.. Halapeno Cheese Powder - disebut Jalapeno (JPC) ni rasanya memang tak ubah macam cheese cheezy tu tau.. tak percaya, cer cuba, memang tak menyesal punya. Seletlah dengan apapun, memang lupa diri tak boleh berhenti, ialah.. dah dapat makan dengan sewenang-wenangnya kan.. hahaha.

Sesiapa yang suka tu, bolehlah order... terbaik wokkkkkkkk!!

Nak order, sms atau call ya, boleh saja.. sape ngurat kena pijak.. saya tak tauuuuu.. hihihi



Klik sini : http://dzanagroups4u.blogspot.com/2011/10/jalapeno-cheese-powder.html

Call/ SMS: 013-4479346/ 019-3091632 ~ Miss Zana

Nota :
  1. Kalau ikut arahan pada peket, bancuh 1 bahagian JCP dengan 2 bahagian air panas. Tapi saya galakkan anda bancuh 1 bahagian JCP dengan 1 bahagian air panas dulu, kacau sebati, lepas tu baru tambah sikit-sikit air mengikut kepekatan disukai. Bancuhan mungkin akan berketul-ketul, jadi bolehlah guna sebarang mesin pengisar, jangan guna mesin rumput sudah.. hihi..
  2. Saya nak senang kerja, bancuh semua sekali arung, hehe. 1 peket JCP mengandungi berat 200gm ( banyaknya hampir satu mangkuk container taufufa). Mula-mula saya tuang dulu satu mangkuk air panas (mangkuk taufufa), kacau2, masuk mixer maulinex... tretttttttttttt... lepas tu tambah air lagi sikit-sikit (lebih kurang 1/3 mangkuk), lepas tu masuk dalam botol piping tu. Lebihnya simpan dalam peti ais dan ia memang tak keras, maknanya boleh digunakan terus bila nak makan.. ;))

Wednesday, November 2, 2011

SPAGHETTI OLIO


ASSALAMUALAIKUM wbt

RAMAI ke peminat pasta di sini? Bagi kami sekeluarga menikmati pasta atau spaghetti adalah wajib sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Stok sos prego pun sentiasa ada begitu juga dengan spaghetti dan daging cincang. Sebab bila dah tak ada idea nak masak apa, inilah yang paling mudah, betul tak? Ialah, kita ni dahlah bekerja. Takkanlah setiap hari nak beli makanan di luar, kadang-kadang dah bosan juga sebab kami ni memang tak banyak pilihan tempat makan di luar sebab susah nak memenuhi citarasa ER. ER ni cerewet sikit bab makan di luar, bukan pakai tuju jer kedai makan tambahan kedai tomyam yang bersepah-sepah tu, memanglah banyak tapi sedapnya belum tau. Daripada mendengar dia mengomel, baiklah kita masak sendiri sebab yang tu sedap tak sedap ER layan jer. Kalau dia makan banyak tu memang betullah sedap, kalau tak habis tu, faham-faham ajerlah.. hehe. Tapi ER ni jarang pulak makan tak habis, maknanya sedaplah ek, hihi.

Inspirasi memasak kali ini datangnya dari Dapur Tak Bersempadan tu. Sekali-sekala nak juga ubah selera dengan resepi orang lain, kan. Tapi tulah, nak meniru tapi tak cukup syarat, istilah blogger masak-masak, katanya derhaka.. minta ampun ya PCM ;p. Apapun tetap sedap dan.. licinnnnnnnnnnnnn..


Spaghetti Olio
Adaptasi Dari Olio Tuna Pedas PCM
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti
1 tin tuna, ditoskan (saya guna daging cincang)
1/3 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau, kuning) didadu - tak ada
1 biji bawang besar, cincang
3 ulas bawang putih, cincang halus
10 biji cili padi, cincang halus (tak letak)
2 helai bay leaf (tak ada)
4 kuntum cendawan butang segar, hiris
12 biji buah zaitun hitam, belah 2 setipa satu (tak ada)
1 camca teh Mix Italian Herbs (boleh beli kat pasaraya)
Serbuk lada hitam secukupnya
Minyak zaitun secukupnya
Garam dan sedikit gula
Herba Basil segar sebagai hiasan (saya tabur daun parsley kering)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Spaghetti direbus hingga lembut dalam air mendidih bergaram, toskan dan gaul dengan minyak zaitun, ketepikan. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, bay leaf dan juga cili padi cincang tadi hingga harum, tambah italian herbs dan cendawan, masak sekejap.
  2. Masukkan tuna dan traffic light capsicum, gaul rata. Tambah sedikit garam dan gula. Kacau dan masuk spaghetti, sederhanakan api dan gaul rata2. Masuk buah zaitun tadi dan gaul lagi. Akhir sekali tambah serbuk lada hitam, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hias dengan herba basil segar sebelum dihidangkan segera...
Nota: Sebab saya gunakan daging cincang, jadi saya masukkan daging apabila bahan tumis dah berbau harum, masak sehingga daging cincang cukup masak, baru masukkan bahan-bahan lain.

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?