MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Friday, January 20, 2012

HARI INI YAYA 11 TAHUN

terima kasih sahabat saya KE Lukis Lukis.
Cantikkan??
Errr... KE, ni hadiahkan... free kan... erkkk!!
Siapa yang berminat untuk di'sketch'kan fotonya boleh add KE Lukis Lukis di FB ya..
search KE Lukis Lukis... memang terbaikk!!

saya terharuuuu..

ASSALAMUALAIKUM wbt

ALHAMDULILLAH, masa berlalu begitu pantas. Rasanya baru sahaja saya post-kan entri ulangtahun Yaya yang ke 10, hari ini usia Yaya menginjak lagi ke satu angka, tapi masih nombor binary, 11 (hehe.. ada yang lupa apa tu nombor binary???)

Yaya dilahirkan pada tarikh cantik 20.01.2001 (20012001). Saya masih ingat lagi perbualan dengan seorang photografer di Berita Harian/ Harian Metro kira-kira 11 tahun dulu, Abang Yahya Zain. Kini beliau bertugas di Kuala Lumpur tak silap, lama tak mendengar khabar Pak Ya.. hehe.

"Kau bila due ek?"

"22 Januari."

"22... ooo.. tak lama lagilah tu."

"A'a... tapi kalau boleh kita nak 20 Januari, urmmmm..."

"Hah! Kenapa?"

"Abg Yaye tengok nombor ni," Saya mencatat di kertas tarikh 20.01.2001 sambil menyebut angka 20012001."

"A'ahlahhh.. cantik... cantik.... betul.. betul.. betul...", tengok tu, Upin Ipin belum ada pun dah ada istilah betul betul betul, tu tauuuuu... hihihi.

Seminggu sebelum tarikh jangkaan bersalin saya telah siap-siap memohon cuti. Masa ni saya bertugas di tempat lain, bukan tempat yang sekarang ni. Belum ada pengalaman, takutlah pulak kalau tersakit sorang-sorang dalam makmal, hihi. Setelah seminggu bercuti, masih belum ada tanda-tanda nak bersalin. Sakit-sakit langsung tak ada. Saya tetap gagah tapi masa tu dah tinggal berpindah ke rumah ibu, sebab rumah lama kat Tingkat 5 masa tu. Nanti payah pulak nak turun tangga kan, lif tak ada. Jadi, pada petang hari 19 Januari tu, saya bercakap dalam hati... Tak ada harapanlah aku nak beranak tarikh 2001 ni... :-(. Ish! Tak boleh jadi, nak jugak bersalin esok, hehehe.

Saya terus mencapai vakum. Ibu tegur, tak payah. Saya kata kena buat kerja berat sikit biar cepat beranak, haha. Maka dengan gigihnya saya pun mengemas rumah, habis semua habuk dan sawang-sawang disedut. Lepas kemas siap semua, mandi-mandi, rehat-rehat tiba-tiba rasa sakit perut. Jam hampir 5 petang.

"Kenapa, sakit?" tanya ibu.

"A'ah, sikit jer," saya orang jenis tahan sakit sebenarnya.

Lepas tu kakak saya balik kerja, macam biasa singgah sekejap, dia kata mungkin saya dah nak bersalin, dia suruh saya rendam akar kacip Fatimah. Saya pun rendamlah. dalam setengah jam tu saya pun minum. Lepas tu teringinlah nak tengok rupa akar tukan (saya rendam dalam bekas bertutup, pusing lubang kalau nak minum). Sekali saya buka.. mak aihhh! terkejut sampai meremang segala, punyalah kembang akar tu, penuh satu mug, rupanya orang kata, tu memang dah sampailah nak bersalin.

Bila ER balik, dia terus ajak saya ke hospital. Saya yang penakut dengan hospital ni kata, okey lagi. ER ajak, saya kata, okey lagi.. hihi. Sebenarnya takuttttttt, jadi tahankan jer sakit tu. Dialog ni sebijik macam dialog ibu masa nak bersalinkan saya dulu tau, haha. Okey, yang tu nanti saya cerita bila hari lahir saya pulak ya.. huhu... tungguuuu!!

Lama-lama, hari pun malammmm. Sakit yang tadinya datang sejam dua kini dah jadi kerap. Tapi dapat jugaklah saya curi-curi tidur. Bila sakit tu datang, saya bangun jalan-jalan dalam rumah. ER sikit punya sedap tidur, sebelum tu dia cakap, orang ajak gi hospital, tak nak... hehe.

Lepas tu, ibu tegur. Agaknya diapun risau jugak kot.

"Tadi masa vakum rumah, ada sedut sarang-sarang semut ke?"

Huhu.. saya terus terbayang, memang saya sedut segala, habis bawah tikar getah semua diselak. Orang tua cakap jangan sedut semut, nanti sakit perut. Tapi terfikir pulak, orang dulu-duluuuuuuuu ada vakum ke??? Aishhhh!! Pasal tu ke sakit perut bukan pasal nak beranak?? Tapi memang dah sakit sangat ni.. mesti gak kena gi hospital.. huhu. Takut tak takut belakang kira.. hihi. (Itu sebablah saya jarang ambil MC.. takut doktorrrr... kih kih kih).

Saya terus kejut ER, "B, B... jom kita gi hospital, " masa tu rasa-rasanya pukul 5 kot.

ER yang mamai-mamai membuka mata dan berkata.... "Tunggu hari cerah boleh tak?" Kwang kwang kwang.... Uwaaaaaaaaaaaa....

Hampir jam 6 pagi kami pun bergerak ke hospital (nasib baik tak betul-betul tunggu hari cerah). Sampai di hospital kenalah melalui proses seperti orang lain jugakkan walaupun sakit-sakit. (sebenarnya pelik setiap kali tengok drama atau filem adegan orang nak bersalin dan dikejarkan ke hospital, mesti baring sambil hempas-hempas kepala.. aku rilekkkkkk jer.. boleh jalan lagi padahal perut rasa nak terbarai dah, hahahaha). Lepas tu, misi pun suruh saya duduk atas wheel chair untuk dibawa ke wad. Hahaha.. senyum meleret-leret duduk atas wheel chair. Berkali-kali tanya, kena duduk ke, tak duduk tak boleh??? hihi..

Kagum betul misi tu dengan saya. Lepas salam-salam ER ngan ibu, misi tu tepuk-tepuk bahu saya. Dia kata saya kuat semangat, insyaAllah, tak apa-apa. Dia suruh ER dengan ibu balik dulu. Nanti tengahari baru datang. lepas babai.. babai.. saya pun masuk lif... huhu.. adakah itu pertemuan terakhir.. oh! Tidakkkk...

Bila dah masuk wad bersalin tu, prosesnya tak payah ceritalah kan. Dalam keadaan sakit-sakit tu, saya boleh tidur lagi, hihi. Sakit, jaga, hilang sakit, tidur... krooohhhh.. hak hak hak. Kemudian, adalah seorang doktor ni datang, dia pun periksalah gitu-gini, tengok jam.. dia kata, "Awak lambat lagi ni, kurang-kurang pukul 5 nanti baru bersalin," saya dongak tengok jam atas kepala. Baru pukul 11 pagi. Aduiiiiiiii!! Nak tunggu kul 5, matilah akuuuu tahan sakit.

Tiba-tiba datanglah misi yang bernama Ramlah. Dia periksalah kan kat situ... tut! Eh! Awak dah nak bersalin ni... kui kui. Saya terkejut, biar betul. Tadi kata pukul 5. Masa tu tiba-tiba sakit perut kan, jadi kalau dah sakit perut sangat.. kita terteranlah. Jadi dia kata, teran.

"Alaaaa.. misi, saya lupa macam mana saya teran tadi... "

"Heiiii.. cepat, awak nak suruh anak awak mati???"

"Hah!" Dengar perkataan mati, saya pun....

Dan.... menguaklah seorang budak ni. Misi bernama Ramlah tu menyambut seorang-seorang sebab memang dalam jangkaan saya belum nak bersalin lagi. Dia tunjukkan baby tu... "Ha, tengok sini anak awak perempuan ke lelaki?" Saya besarkan mata, nampak macam lelaki pun ada, macam perempuan pun ada, mamai sebab ngantuk, hihi. Bila dah besar... amboiiiii, tembam sungguh budaknya.. hihi.


Sekarang dia dah pandai tolong saya basuh kain (mesin yang basuh), sidai kain, lipat kain, masak, cuci pinggan, kemas dapur, kemas rumah... paling banyak tolong tengok tv, hihi. Tapi pasal kerja sekolah dia memang rajin, nombor satu. Jadi kadang-kadang dia dah tak sempat nak tolong buat semua kerja, terpaksalah saya yang buat semua tu... huhu. Semalam, saya betul-betul tak sempat nak buatkan kek untuk dia, jadi kena keluarkan modal besar sikit belikan kek togel di Secret Recipe sebab hajatnya tahun ni nak potong kek dengan kawan-kawan di sekolah barunya termasuklah kawan yang sama menyambut hari lahir hari ini yang bernama Farah.

Alhamdulillah, sejak ditempatkan di sekolah baru ni, sifat kepimpinan Yaya semakin terserlah, tentulah diwarisi dari bondanya kan, ehem.. ehem! Yaya kini memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Persatuan Tunas Puteri dan Bendahari Kelab Alam Sekitar. Mana tahu, esok-esok Yaya boleh jadi Menteri Alam sekitar, Aminnnnn. Selain tu, Yaya juga dilantik guru sebagai Penolong Ketua Kelas dan sebagai pengawas di sekolah agama. Sebagai ibu saya bukan nak menunjuk-nunjuk tetapi ibu mana yang tidak berbangga apabila anak yang dilahirkan dulu kini sudah menunjukkan ciri-ciri pemimpin yang disegani dan dipercayai. Bila kita dilantik, bermakna orang percaya dengan kita jadi pandai-pandailah kita memikul amanah, itulah pesan saya kepada Yaya.

Dan satu lagi, kalau dulu, setiap kali makan, saya kena habiskan makanan Yaya (biasalah, mak tolong habiskan makanan anak, sayang makanan terbuang, hehe) tapi sekarang ni Yaya pulak tukang perabih makanan saya. Alhamdulillahhhhh... ;))).

Hari ini, saya pohonkan kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah, Lindungilah Nur Iman Fatiha Binti Mohd Rizar dari segala kejahatan dan hasutan syaitan, dari niat buruk manusia, dari hasad dengki dan dari segala kemalangan dan kecelakaan serta penyakit yang merbahaya. Lorongkanlah dia berbuat kebaikan, terangkanlah hatinya, lapangkanlah dadanya, bukakanlah ikatan lidahnya dan permudahkanlah urusannya, panjangkan usianya dengan kesihatan yang baik, jadikannya anak yang solehah yang sentiasa berbuat baik kepada orang lain serta kedua ibubapanya, Ya Allah... Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alaminnn.

Fakta:
*Nombor Binari adalah sistem nombor perduaan yang menggunakan angka 0 dan 1 sahaja. Ia ditandakan dengan andasar dua (2)
*Abang Yahya merupakan pengapit ER ketika majlis persandingan kami dan beliau juga merupakan salah seorang saksi di pihak lelaki
*Nama gelaran Yaya diambil dari nama Abang Yahya (buang huruf H supaya tak nampak macam nama lelaki, hehe...)
* Fakta yang ketiga tu sebenarnya auta... hehehe.. jangan mareeeeeee... nanti kena jual.. lelong! lelong!

22 comments:

  1. Selamat hari lahir Yaya.. semoga Yaya cemerlang di dunia dan akhirat.. amin.. :D

    ReplyDelete
  2. slm kak..
    wahhh..bestnye ank2 dah bsr kan..relex sikit..hehehe
    selamat hari lahir utk YAYA..dont noty2 ye,, ;) dgr ckp ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Intan_blur, mmg seronok, bleh rileks sikit, hihi

      Delete
  3. selamat ulangtahun Nur Iman Fatiha Binti Mohd Rizar...semoga kamu sentiasa dilindungi dengan rahmat-Nya dan sentiasa membahagiakan ayah bonda


    kak.tetiba aku rasa nak beranak lg hahaha kena usaha lebih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn, thx, Lelord. Hehehe, cepat2lah proses, kih kih kih

      Delete
  4. Hepi bday Yaya aka Nur Iman Fatiha binti Mohd Rizar......

    antie mengaminkan doa bonda yaya...amin..

    Yaya....mintak bonda bday present tau ......otw balik Penang suruh bonda stop kat kl....sopping kat kl..

    lariikkkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx, k.Ham. Shopping kat KL??? Fengsannnnn! Ni pun dah berabis, hihi

      Delete
  5. Hepi birhtday yaya, moga akan terus menjadi anak yang sentiasa mengembirakan hati ibu.

    ReplyDelete
  6. lain anak,lain sakit nak bersalin,kan...masa sakit tu..mcm tobat dah tak mau pregnant...tp bila tgk muka anak..hilang segala sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kam, betul tu. Terus terlupa rasa sakit tu mcm mn

      Delete
  7. Amin, Amin, Amin Ya Allah.

    Allah selamatkan kamu..
    Allah selamatkan kamu..
    Allah selamatkan Nur Iman Fatiha..
    Allah selamatkan kamu..

    Happy birthday anakanda ku Yaya ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx, Mama Oeya. Allah Selamatkan Kamu Juga, Aminnnn.

      Delete
  8. alhamdulillah dah besar dah anak dara akak.happy birthday buat yaya semoga menjadi anak yg soleh dan bahagia dunia akhirat..amin:)

    ReplyDelete
  9. Happy Birthday Yaya, moga menjadi anak yg solehah yg berjaya di dunia dan di akhirat. Aminn...makin comellah anak dara Yusa ni..manis je senyumannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn, thx, Kak Yatie. Makin bam2 kakk, hihi

      Delete
  10. Selamat harijadi Yaya....memang bertuah dapat tarikh lahir yg sangat cantik tu. Nanti kalau nak kawin, cantik juga no tu utk duit hantaran....kan...kan..kan...! Apapun, semoga Yaya akan terus menjadi anak solehah..dimurahkan rezeki dan sejahtera hingga ke hujung nyawa.

    ReplyDelete
  11. hepi belated yaya (Nur Iman Fatiha binti Mohd.Rizar) maaf yer lambat wish besday utk yaya...

    semoga menjadi anak yg bijak n cemerlang di dunia akhirat & menjadi anak kebanggan ayahanda dan bonda..amin.

    ReplyDelete
  12. selamat hari lahir untuk yaya (terlewat wish)... semoga menjadi anak solehah. akak baca dari mula sampai habis tergelak2 dan dapat bayangkan...
    tang memang tahan sakittu teringat diri sendiri... tapi kadang2 bahayakan dirikan....

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?