MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
Untuk pertanyaan, hubungi Whatsapp Sahaja : 0127799705 atau telefon/ sms 0127844524. PEMBERITAHUAN : Mulai Disember 2014 semua urusan boleh dibuat melalui satu talian sahaja iaitu 0127844524. Harap maklum.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah bubur burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tmj tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Friday, January 27, 2012

MEDAN.... Episod 4.. PANASSS!!!



ASSALAMUALAIKUM wbt

Medan 1
Medan 2
Medan 3

ER cakap dengan saya, tak apalah, kesian, mungkin dia susah, tu sebab nak cari duit lebih untuk family. Tambah 100.000 jer. Saya pun bersetuju saja, dengan niat membantu orang lain. Mungkin dia nak cari duit lebih untuk anak-anaknya sekolah. Memang beberapa kali Pak Sufian ada menceritakan tentang keluarganya. Kos sara hidup di Medan tinggi, anak-anak sekolah, isteri tak bekerja, katanya. Jadi setelah berbincang, dia berjanji akan datang mengambil kami semula malamnya apabila kami telah selesai bersiap.

Sampai di bilik hotel, ER menyuruh saya membungkus beberapa jenis buah untuk diberikan kepada keluarga Pak Sufian dan saya membungkus dengan senang hati dan berniat sedekah. Lagipun banyak juga buah yang kami beli, takkan terhabis semuanyakan. Sampai di lobi hotel, ER menelefon Pak Sufian. Pak Sufian kata dia dalam perjalanan. Sebaik sampai, dia kelihatan tergesa-gesa. Menurutnya, dia baru sahaja mengambil isterinya. Eh! Tetiba pulakkan, tadi dia sungguh-sungguh ajak kita tengok lampulah, jalan-jalanlah, pergi Mall- lah, ni kata baru ambil isteri. Saya serahkan plastik buah tu. "Lalu isterinya di mana, pak?" Katanya ditinggalkan dahulu di suatu tempat bersama anaknya yang bongsu.

Sepanjang perjalanan, sentiasa sahaja ada mesej yang masuk ke telefonnya. Sekejap-sekejap isterinya telefon tanya di mana. Aiii.. pandang-memandang saya dan Cik Embun. Dah tau ada janji dengan orang, yang pergi angkut anak isteri bawa berjalan tu kenapa??? Sudahnya perjalanan kami jadi tidak selesa dan terkejar-kejar. Nasib baik semasa di Mall tu kami sempat berurut dengan kerusi-kerusi urut demo yang sedang membuat jualan di situ. Suka betul staf-staf mereka yang saya hulurkan RM1 seorang sebagai cenderahati. Soalan yang paling banyak ditanya tentunya tentang Safee Sali, pemain bola kita yang berada di Indonesia, haiii, nasib baiklah ER tu kaki bola, jadi memang masuklah kalau berborak, hehe.

Berbalik pada Pak Sufian tadi, janjinya mahu tengok lampu, kan?? Huh! Lampu jalan yang ditunjuk buat apa?? Ingatkan ada lampu meletup-letup ke yang hebat sangat nak ditunjuknya. Setakat lampu yang melintang-lintang tu, kat JB ni lagi meletops! Kemudian dia ajak kami makan nasi uduk. Memang dari siang tadi dia asyik menceritakan keenakan nasi uduk yang dinikmati bersama bebek panggang. Disebabkan tak pernah makan bebek, saya dan Cik Embun teringin. Yaya dan ER awal-awal mengangkat bendera putih. Sampai di warung yang dikatakan paling sedap bebeknya tu, kami ditinggalkan. Katanya mahu mengambil isterinya, okey.. kami fikir dia mahu ambil isterinya sekejap dan hantar ke rumah sementara kami makan. Rupa-rupanya..... kwang.. kwang.. kwang....!!

Sebelum tu dia memberitahu sesuatu kepada pemilik warung. Dia kemudian menyuruh pemilik warung itu mengambil pesanan. ER meminta nasi putih dan ayam panggang, begitu juga Yaya. Saya dan Cik Embun meminta nasi uduk. Disebabkan pertama kali mencuba makan bebek panggang, kami cuma minta satu sahaja bebek untuk dikongsi. Semasa menunggu pesanan, memang agak ramai pelanggan, ternyatalah tempat ini memang agak terkenal kerana katanya murah dan sedap.

Agak lama juga, pesanan kami pun sampai. Pelayan warung meletakkan dua pinggan nasi putih dan tiga pinggan nasi uduk. Rupanya nasi uduk tu seperti nasi lemak. Lepas tu dia menghantar dua keping ayam panggang untuk ER dan Yaya dan meletakkan dua pinggan yang dikatakannya bebek. Saya dan Cik Embun terlopong melihat bebek itu yang mana salah satu darinya merupakan bahagian paha yang cuma selebar dua jari, satu pinggan lagi saiznya agak besar, mungkin bahagian dada. Cik Embun kata," Nanti dulu.. nanti dulu... kita pilih yang paling besar," tamakkan, hahaha. Maka, kami pun makan. Oooo, agak liat rupanya daging bebek ni, nasib baik tak tanggal gigi, kih kih kih. Ayam panggangnya boleh tahan sedap. Nasi Uduk dan bebek?? Bolehlahhhh...

Sedang leka menikmati makan malam, Pak Sufian memarkir kereta. Pintu sebelah pemandu terbuka. Terperanjat juga bila saya tengok seorang wanita lingkungan akhir 30an turut dari kereta. Dalam hati, aiiiii.. bawa bini ngan anak sekali???? Urmmmm...

Kalau awak-awak semua, apa nak buat?? Buat tak tahu atau buat bodoh??? Huhuhu...

ER yang duduk di hujung sekali mempelawa wanita tersebut duduk bersama kami. Orangnya sederhana, tak berapa ramping, memimpin seorang kanak-kanak anggaran 4 tahun. Dia senyum malu-malu dan duduk di hadapan saya dan Cik Embun. Saya tersenyum dan menyapa, mengajak makan. Anaknya comel, mata bulat macam Hindustan, kulit putih dan mulutnya ramah meminta bebek... hahahaha. Pak Sufian melihat hidangan di atas meja. Tiba-tiba dia kelihatan agak marah, "dadanya mana?? dadanya mana???" sambil mengangkat tangan dan kening kepada pelayan warung. Ooooo, rupanya dada yang besar tu dia punyaaaaaaaaaaa.... adeiiii!! Kami menyambung makan, anaknya tak sudah-sudah meminta bebek. Pak Sufian bertambah-tambah nasi. Saya diam saja, dalam hati timbul seribu satu pertanyaan.

Selepas makan, kami terus balik ke hotel. Saya cuba ikhlaskan hati sehabis mungkin. Sampai di bilik, saya bertanya dengan ER, apa perasaan dia? ER kata, "tak apalah.. kesian." "Oooo, tak apalah kalau rasa macam tu," kata saya. "Kenapa?" ER tanya. Saya kata, "tak rasa ke macam dia ambil kesempatan?" "Tak tahulah..." "Oklah, tak apalah kalau macam tu, kita niat sedekahlah.";))))

Maaf, kami memang tak ambil gambar masa makan malam tu sebab macam tak teruja je :-(

24 comments:

  1. minta-minta terus kan :) tapi takpe lah, anggap je sedekah..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Monas2petronas, kalu sedekah pun dh rasa mcm tak diterima sbb dok canang kat blog. Nasib baik bkn duit akk yg belanja ;-)

      Delete
  2. aslmkum sari.. lum abis kisah di medan... hihihi.. klau saya yg mmg tak sabo ni.. entahlah... tentulah menimbun2 dosa saya kan..kerna lambat nk redha... hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dzana, mngenangkn kita di tmpat org, kalu kat tmpat sy tatawlah apa nsb dia, urmmm

      Delete
  3. Alahai tak tahu nak kata apa, tapi tu le org kat sana memang suka mengambil kesempatan, selagi boleh dia akan kenakan org. Hehehe komen berdasarkan kepada pengalaman. Kalau ke sana kena ada org yang kita kenal dan percaya, kalau tak faham2 je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sam, yg sy tahu, org2 di sini mmg suka ambil ksempatan. Mcm tak ada perasaan kannn. Kak Sam msti dah kena jugakan, katanya komen dr pngalaman, hehe

      Delete
  4. Xpe la dik...anggap je sedekah amal jariah....next episod...chekidauuuttttttt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah, kak Ham, sedekah tu sedekah, kena pahat di blog sbgi lipatan sejarah, hihi

      Delete
  5. sari...walaupun hot dgn perbutannya..tp anggap ja satu sedekah...pasti lain kali lbh berhati2 jika ke tempat org,kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kam, kalu dah berada kat tmpat org, kita ni dah jadi cam mentimun, digelek kita kena, menggelek pun kita kena :-(

      Delete
  6. kalau tun pun dh hot dlm ati.. tp xkan nk tunjuk kan.. huhu.. mcm2 jenis org kt dunia ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun, rambut pun dah tak sama hitam, inikan pula manusia yg byk ragam, kann

      Delete
  7. sabor jelah kan sari... takpelah bak kata kwn2 yg lain anggap jelah sedekah... tp kemana rasa segan silu dia ye.. kalau betul dia susah pun tak usahlah ambil kesempatan dngan bwk anak bini sekali.. kalau setakat dia sorang tu oklah lagi.. hihi.. aduhaiii manusia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tu, kak Ratna. Lepas tu asyik nak tambah itu, tambah ini, sabooo aje kita.

      Delete
  8. Ayu doakan kak yus takkan berjumpa lagi dengan pak sufian..

    mmg ambil kesempatan..
    kalau ayu y jumpa dia time tu akan beranggapan mcm kak yus..

    tapi, kalau duduk dan fikir balik, mereka mmg ambil kesempatan...

    menciiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu, tulah, bila fikir2 balik, meluap jugak rasa marah, sbb tu entri ni lama baru dipost, mgkin entri ini akn didelete dlm sehari dua lagi

      Delete
  9. Assalam kak,da episod seterusnya xhehe..Kalo sy pon,cam akak,msti marah gak,hb sy lak,mesti cam ER,Org laki mmg xbape kisah sgt kak,kita org pompuan jer mmg suka ambik bab n xpuas hati..Yerla,kalo dah angkut ank bini,haru juga kan..Tapi niat sedekah jerla kan,dapat juga pahala..Tapi kalo sedekah tapi xbape ikhlas kak,hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, zaliedana, mmg mcm dah tak ikhlas dah, hihi. Pahala makin kuranggggg, huhu

      Delete
  10. hmmmm....haru. panas. hangin.

    tetibe teringat scene dalam sinetron. rupanya wujud ek org macam tu kat sana?

    ReplyDelete
  11. gadisBunga, haaa, yg dlm sinetron tu, mmg betul2 realiti. ;-)

    ReplyDelete
  12. salam kak yus...
    ala..mas terlepas cerita kat medan ni..
    menarik untuk dibaca...
    kena start dari awal la..he3

    macam2 ragam manusia ni kan..
    sabo jerk baca cerita kali ni..

    ReplyDelete
  13. aduh klu ke indonesia mmg kena ada org yg kita kenal..klu en suami sy mmg jenis lembut hatinya.pantang tengok org ssh, kesian tak bertempat..sy agak tegas juga.bkn apa takut org ambil kesempatan..sbb dah selalu kena.hehe..

    mmg niat sedekah tp hot gak kan..anak bini semua angkut!sabo jer la..

    ReplyDelete
  14. org kita kalau dah terkena, cuma boleh kata, kesian atau dah lah tu...

    ReplyDelete
  15. Orang kat sana memang macam tuh, suka ambil kesempatan untuk kepentingan diri & sewaktu dengannya..dah kene dulu gi Jakarta..malas dah nk pergi sana. So sesiapa yg tak pernah ke Indonesia, berhati hatilah..

    ReplyDelete

komen anda amat dihargai... terima kasih

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?