MEDAN... EPISOD DUA

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

ASSALAMUALAIKUM wbt

Medan... Cukuplah Sekali! (Episod Satu) baca sini ;-))

SAYA mula gelisah, ER apatah lagi. Melingas jer mata tak tahu nak tengok arah mana. Macam nilah kalau berjanji dengan orang yang kita tak kenal, tak tahu rupanya macammana, datang dari arah mana dan bawa kereta apa. Jarum jam semakin hampir ke angka 5 (waktu Medan jam 4). Tiba-tiba datang seorang bapak lingkungan usia awal 50 mungkin, berlari-lari ke arah ER dan bertanya sesuatu, di tangannya menggenggam walkie-talkie. Masa tu saya dan ER kedudukannya agak jauh sedikit, saya lihat ER mengangguk-angguk dan kemudian menoleh dan melambai saya. Kami terus menarik beg masing-masing walaupun dalam hati saya tertanya-tanya betulkah orang ini dari hotel yang kami tempah. Dia hanya memakai t-shirt kolar bulat biasa yang tidak berlogo. Dia membawa kami ke tempat parkir. Kami menunggu di tepi jalan, hati lega bila dia memandu keluar sebuah MPV yang tertulis nama hotel. Sebaik hendak keluar dari persimpangan lapangan terbang, sebuah van berhenti dan seorang lelaki yang agak muda menunjukkan kertas bercetak nama ER. Haru! Entah ke mana dia pergi sudahnya kami diambil oleh pemandu yang lain pula. Haiiiii.. sabarrrr ajelahhh. Dalam mobil, bapak tadi menyarung uniform hotel, panas sangat jadi tadi ga dipakai, katanya. Urmmmm, macam tau-tau pulak apa yang bermain-main di batu jemala saya ni, hihi.

Sepanjang perjalanan saya dapati suasana di Medan tidaklah sesesak kota Bandung yang padat dengan kenderaan. Nampak agak tenang berbanding Bali. Di kiri kanan, banyak juga rumah makan minang dengan trademark bumbung Minangkabau membuatkan perut yang memang lapar semakin rancak bergendang. Akhirnya kami tiba di hotel yang terletak di tengah-tengah Kota Medan. Selepas segala urusan selesai, kami terus keluar mencari tempat menikmati masakan minang dan padang. Sebaik keluar dari kawasan hotel, kami diterjah oleh beberapa kumpulan pemandu beca yang mempelawa kami ke kilang batik. "Ga jauh buk, dekat saja.." saya menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Gila nak pergi kilang batik naik beca, kematu punggung aku (cakap dalam hati jer).

ER memilih sebuah restoran padang berbumbung Minang tak sampai 5 minit berjalan kaki dari hotel. Aduh! Lepaslah segala rindu dendam untuk menikmati nasi padang. Urat Keting, Ayam Kampung Berempah dan Sambel Ijo antara yang wajib dalam hidangan. Yaya tambah lebih dari tiga kali, saya lupa diet.. huhuhu. Makan.. makan.. makan... tak toleh kiri kanan dahhhh...

Yaya dan Cik Embun depan Rumah Makan Minang

ni baru letak lauk separuh.. lepas tu dah tak sempat ambil gambar pun... ;))

Kemudian ER menelefon ejen sewa mobil untuk mengangkut kami berjalan-jalan. Saya hanya mendengar ER berbincang dengan ejen tersebut. Kami awal-awal lagi telah bersetuju tidak pergi ke Danau Toba memandangkan tempoh perjalanan yang panjang. Ejen tersebut yang dikenali dengan nama Bob mencadangkan kami untuk ke Berastagi. Katanya di sana tempatnya sejuk dan tempat tanam-tanaman buah. Walaupun sewa supir dan mobil agak melampau iaitu IDR600.000 kira-kira RM210, ER tidak ada pilihan. Itu belum lagi termasuk wang parkir dan penjaga lalulintas. Saya... ikut sajalahhhh.. Janjinya supir itu akan menjemput kami kira-kira jam 9 waktu Medan esok pagi. Selesai menjelaskan bil kami bergerak menuju ke Pasaraya Yuki tidak jauh dari situ. Waaaa... ada yang nak tahu bilnya berapa ya?? Jangan terkejut, harga makanan di sini agak mahal lebih-lebih lagi kalau makan di restoran. ER membayar IDR300.000, cer kira.. IDR100.000 = RM35.00.. ;))). Mahal gila.. kan... untuk 4 orang makan. Tu pun bukan makan semua lauk, tapi tak apalah sebab datang sinipun nak makan, kannn..

Pasaraya Yuki tiada apa yang menarik. Kami tak mahu lambat-lambat memandangkan hari semakin gelap. Sepanjang berjalan kaki tadi terdapat antara tiga hingga empat penutup longkang yang hilang. Punyalah dalam longkang tu, besar pulak lubang, adoi, tak boleh bayang kalau terjerlus dalam tu. Bagi mengelakkan lalu semula mengelak lubang-lubang tadi, kami menyeberang jalan. tercungap-cungap jugaklah nak sampai ke hotel. Sampai hotel kita rehat sahajalah menikmati malam di Kota Medan. Tak larat nak berjalan dan tak tahu tempat nak dituju. ;)

tunggu episod tiga ya :-))

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah EE ada tgkp gmbr dkt pelamin org minang tu ..ini kat hotel garuda grand plaza kan kalau x silap...paling x menahan bila tgk adalah piano yg ada kat kaunter dorg...fuhh cantik giler,kalau dpt main kan best...

    Rumah mkn minang tu pon Ee ada maskan masa 1st day....pegi Istana Maimon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. EE, kita nak amek gak gbr kat piano tu tapi maluuuuu, hihi

      Delete
  2. Rupanya Cik Embun juga peserta rombongan ya..
    Awak memang suka buat orang ternanti-nanti tawww..
    Tetap juga saya setia utk episod Medan seterusnya ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Embun escort Yaya, haha. Bkn mmbuat trnanti2 tp masa & keadaan tak mngizinkan. Terima ksh ats kesetiaan awk ya, cayang awk mwah2!!

      Delete
  3. punyalah lama nak tunggu episod ke 2 ni... hihi...
    akak tunggu episod ke 3 pulak ye.. jgn lama2 tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, Kak Madiha. Kali ni lama sikit jer. Yg episod ni lama byk, kannn, hik hik

      Delete
  4. Kak Ham, kalu dh ada rezeki insyaAllah, msti smpi jugak nt Kak Ham ke Medan, Aminnn.

    ReplyDelete
  5. Kak Sari,sy tggu episod ke 3 kak,xsabar nak baca n tgk pic,cepat2 update yer kak,kalo malas,suh ajer yaya tlg wat karangan,hihi..

    ReplyDelete
  6. klu kt malaysia oklh harga makan 4org rm35,kt sana kira mahal ek?hehe..

    ReplyDelete
  7. Saya baru balik, makan kat ayam pot tu mahal gak, tapi pn makan cuma 4 org 300 ribu tu lagi mahal. Ada satu tempat yang orang kita ramai tak tahu.. itu agak memuaskan.. tunggu post saya..ada dalam 1 ribu gambar.. saya penat sangat... jalan dari flight turun nak keluar airpot tu lagi sakit jiwa dibuatnya...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!