AKU SEEKOR KUCING JANTAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

ASSALAMUALAIKUM wbt.

.......

AKU menghampiri lelaki yang sedang duduk di tembok pejalan kaki di Perhentian Bas Jalan Wong Ah Fook. Aku tak tahu mengapa lelaki ini lebih suka duduk di tembok itu daripada duduk di bangku seakan besi paip yang disediakan di perhentian bas itu. Aku mengiau-ngiau sambil cuba bermanja dengannya. Langsung tiada respons darinya. Entah apa nasibku hari ini, perutku masih berkeroncong. Tiada siapa yang sudi menghulurkan secebis roti pun pada aku hari ini. Kucing jalanan seperti aku akan mengunyah apa sahaja yang dihulur asalkan perutku berisi. Kadang-kadang aku memberanikan diri pergi ke restoran nasi beriyani yang berhampiran tetapi seleraku mati apabila dihulurkan tulang-tulang ayam yang tak berisi. Aku sengaja menyeringai menayangkan gigi-gigiku yang halus ini dengan harapan mereka memahami. Aku masih kecil untuk menggigit tulang yang saiznya lebih besar dari mulutku ini.

Orang yang lalu-lalang tidak ku hiraukan. Aku lebih gemar menyapa mereka yang berada di perhentian bas itu. Kebanyakan mereka tidak menghiraukan aku. Hari semakin gelap, mereka pergi dan datang pula yang lain. Aku menghampiri seorang lelaki yang sedang bercakap seorang diri (di telefon). Aku memberanikan diri menggeselkan badan sambil mengiau manja. Tiba-tiba ku rasa tubuhku melayang. Aku tiba-tiba berada dalam pelukan seorang budak perempuan. Dia memeluk dan mengusap kepalaku. Di sampingnya kelihatan seorang yang lebih dewasa yang sedang tersenyum sambil mengangguk-ngangguk. Mereka bercakap sesuatu dalam bahasa yang tidak ku fahami.

Tiba-tiba aku berada di tempat yang paling asing yang tak pernah ku bayangkan seumur hidup. Aku rasa sejuk tapi selesa. Dalam ketakutan aku membayangkan aku telah diculik. Ketakutan ketika kehilangan ibuku di perhentian bas itu, kini seperti berulang kembali. Padahal sebelum ini aku sudah terlalu biasa berseekoran di bawah lampu neon atau bersesak-sesak dalam hiruk-pikuk manusia. Aku mengerekot. Budak perempuan itu mengusap-ngusap kepalaku. Aku rasa malu. Aku teringat betapa tadi dia membelek punggungku sambil memberitahu aku betina kepada perempuan yang mungkin ibunya tadi. Kalau ikutkan hati nak sahaja ku cakar mulutnya, pandai sahaja dia menukar jantinaku. Rasa hendak ku pekik kepada seluruh dunia dan memberitahu AKU KUCING JANTAN tapi apakan daya, aku hanya seekor kucing yang pemalu… Meowwwwwwww..

Sepanjang perjalanan kedua beranak ini memberi pelbagai panggilan nama untukku. Aku jadi bingung kerana tidak biasa dipanggil begitu.

“Jessica..”

“Jessica….”

Mereka memanggil aku. Aku rasa nak tergelak. Firasatku (kucing pun ada firasat laa) menyatakan bahawa itu adalah gelaran untuk kucing betina. Aku mengiau-ngiau tanda protes tapi mereka semakin galak memanggil aku Jessica.

“Eh, dia nyahutla… dia suka nama Jessica…” kata budak perempuan itu. Aku rasa seperti nak masuk semula dalam perut ibuku . Ah! Tidak… aku takut aku betul-betul jadi lembut jika terus-terusan dipanggil Jessica. Arghhhh!!!

Nota Untuk Pengikut Siri Medan :

Siri Medan telah dihentikan, episode yang terjadi seterusnya anda faham-fahamkan sendirilahhh.. huhu.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. meowwwwwwwwwwww...mana dia anak kucing tadi. mak kucing dia telepon, kata dia outstation. elok sgt dok asrama sat!

    ReplyDelete
  2. Anak2 saya sibuk sangat nak bela kucing... Tak tau. Bela ke tidak nii.. Ank kucingnya dah ada siap berjanji dgn kawannya tu nk kan anak kucing tuuu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!