MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Saturday, March 17, 2012

RENDANG AYAM KELANTAN

ASSALAMUALAIKUM...

DIALOG PAGI SEMALAM

SAYA : Ba..., malam ni kita nak masak apa?
ER : Ayam ada lagi tak?
SAYA : Ada
ER : Buat sambal tumislah..
SAYA : Urmmmm..

BILA saja Kak Fauziah Abd Samad postkan di fb yang beliau nak masak Rendang Ayam Kelantan saya sungguh teruja sebab ingin mencari kelainan dalam masakan ayam. Tambahan pula Kak Jee kata rendang ini tidak menggunakan kerisik dan lengkuas, dua bahan yang tak wujud dalam peti ais semalam, hehehe. Petang tu, Kak Suhella dah postkan gambar rendang ayamnya, saya pun semaklah senarai bahan.. hallaaaamak.. macam tak lengkap pula sebab menurut Kak Jee rendang ini menggunakan sepenuhnya lada hidup. Lada hidup dalm peti adalah dua tangkai, cili padi memang banyak, daun kunyit pun tak ada. Nak ke kedai, agak kurang rajinlah. Tapi keinginan yang tak dapat ditahan saya nekad meneruskan misi dengan menderhaka resepi. Sepatah kata Kak Jee, kita yang buat diakan, hehehe.

Rendang Ayam Kelantan Versi Kak Jee
Sumber : Dapur Kak Jee
Resepi Teratak Mama

Bahan2nya:

1 ekor ayam kira 1.5 kg
15 biji bawang merah kecik or about 5 biji bawang besar yg tak besar sgt.
4 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari. (tgklah ibu jari sapa. kalo ibu jari king kong, buhlah suku inci jer)
10 biji cili merah (tapi kjee tambah about 5 biji cili api and maybe 5 biji cili kering utk pedas. resipi ori hanya cili merah)
2 helai daun kunyit diracik halus cam bunga rampai.
3 helai daun limau purut
2 batang serai
2 cawan pati santan
garam
sedikit gula

Cara2nya:
potong le ayam tu sesuka hati kita. blend semua bahan2 tadi. tumis sampai garing semua kecuali daun kunyit dan daun limau purut. jangan lupa serai ketuk2kan. masukkan ayam. gaul sampai sebati ngan rempah dan biarkan ia sampai keluar air ayam. make sure air ayam mesti keluar kalo tak mak kata tak sedap. in other words, kecutkan ayam tu. lepas air ayam keluar, masukkan santan, daun limau purut, garam dan sikit jer gula tau. terus masak sampai ikut suka. kalo suka berkuah, masak sampai ayam empok cukup. kalau nak kering lama ler sikit. tapi memang sedap kalau ada kuah sikit.


Rendang Ayam Kelantan Yang Diderhakakan Alam Sari
(Hidangan 3 0rang)
1/2 ekor ayam dipotong kecil
2 senduk cili kering giling bersama bawang (tengok sini)
1/3 senduk minyak masak
1" halia ditumbuk halus
1 batang serai diketuk dan disimpul
2 tangkai cili merah hidup (tumbuk halus)
5 tangkai cili padi (tumbuk halus)
5 helai daun limau purut
1/2 kotak santan
2 sk garam
1 sb gula
sekeping asam gelugor

Cara2nya:
Panaskan minyak dalam kuali, Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk halus serta serai, tumiskan sekali cili kering yang dah digiling bersama bawang sehingga garing. Masukkan garam (saya suka masuk garam awal) dan asam gelugor. Masukkan ayam, kecilkan api (paling kecil). Masukkan gula, gaul sebentar, renehkan ayam sehingga empuk, masukkan santan dan daun limau purut. Masak hingga mencapai kekeringan diingini.

Bila ER nak makan, eh, ni masak rendang.. tapi dia makan laju.. kira okeylah tukan.. hehehe.

19 comments:

  1. As'salam rendang ayam kelantan sari lg npk best lah, akk suka yg bekuah mcm ni basah2..
    ank akk pun kata smlm.. mama kuah lg byk lg best....ingat nnt nak buat lagi cos bhn2 nya sempoi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sheila, sy pun rasa nak buat lagi, memang sempoi, kannn

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. assalam sari..derhaka pun tak pe..janji sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik Erna, janji cukup asam garamnya, hehe

      Delete
  4. wah2.. pantas nyer, baru nmpk kak sheila tayang rendang kelantan dia. dh lama x makan buat rendang, kalau mkn ngan pulut kuning sedap nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Telani, pantas sebab benda dah ada, hihi

      Delete
  5. As Salam Sari...
    derhaka pun derhaka lah janji tak ada komplem dari cik abe sudah lah hehehe nmpk selera plak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Hawa, kalau takde komplen maknanya boleh buat selalu, hihi

      Delete
  6. weewiiittt.. nak rendnag sikit kak. colek ngan roti.. yuhuu bestnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. IzahDaut, akak colet ngan roti kat tepi2 kuali, hehehe.Sodapppp!!

      Delete
  7. Kalau laju makannya tu mestilah sedap... rendang kalau ada cili padi memang sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anie, sedap, kak. Walaupun bahan2nya simple, sayang daun kunyit tak ada pulak :-(

      Delete
  8. wahhhhhhhhhhhh
    walau tak cukup bahan.. menjadi lah..

    tak guna kerisik rupanya..
    ayu nak try lahhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu, trylah, tak yah susah2 buat kerisik tapi sedap

      Delete
  9. Kak, kalau tukar pada itik, rasa2 ok tak eks...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Mat, eh. Betullah, kalu itik mesti sedap lagi, cer CM buat, nt panggil aka dtg ya, hehe

      Delete
  10. Uuuiii.. nampak sedap.. kalaulah di padankan dengan nasi serai.. wahhh! ;-)

    ReplyDelete
  11. kak Yus..ni bawak nasi ni, nak 2 ketul, kaut kuah tu lebih ya..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...