MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Tuesday, April 10, 2012

NOSTALGIA PENGEMIS MUDA

ASSALAMUALAIKUM...

SEMASA Datuk Sheila Majid muncul dalam persembahan Anugerah Bintang Popular kelmarin, Yaya bertanya saya...

"Bonda, bonda minat ke dengan Sheila Majid ni?"
"Minat juga.."
"Oh.. patutlah bonda tau lagu ni, umur dia berapa bonda? Dia dah tuakan???" Kwang.. kwang.. kwang....
"Entah, nak dekat 50 kot... huhuhu.." Maaf Datuk, saya malas nak layan pertanyaan Yaya tu, manalah saya nak ingat umur artis-artis ini.

Oh, ya! Sheila Majid adalah antara artis yang pernah saya interview semasa sidang akhbar untuk konsertnya di JB lebih kurang 14 tahun lalu semasa saya masih bertugas sebagai wartawan sambilan di Berita Harian & Harian Metro. Sayangnya saya lupa nak minta gambar saya yang dirakamkan oleh Brother Kenneth Wong, memang tak ada buktilah saya pernah interview beliau ;p

Saya mencongak-congak, umur saya sekarang 37, saya pasti umur Datuk Sheila sekitar 47 tahun (saya tak google umur sebenar beliau semasa menulis entry ini) maafkan saya, kalau nak tahu silalah google sendiri.. hiks.

Berbalik kepada tajuk 'Nostalgia Pengemis Muda' tu, sebenarnya semasa Yaya sibuk bertanya tentang Sheila Majid tu, saya menceritakan kepada Yaya tentang nostalgia zaman sekolah rendah saya. Yaya ketawa berdekah-dekah bila saya ceritakan aktiviti kami di waktu rehat 30 minit sebelah pagi dan sebelum bermula sesi sekolah agama yang menumpang di sekolah kebangsaan, kami ramai-ramai (biasanya budak-budak perempuan jer) akan berkumpul di belakang bangunan sekolah membuat persembahan pentas di atas tong jamban. (sekolah baru-baru sekarang masih ada lagi tak tong jamban ni ek). Dan lagu apa yang paling top ketika saya di darjah empat selain lagu nyanyian Sheila Majid, Pengemis Muda.

Peh! Siap dengan gaya-gaya sekali, masing-masing nak naik atas pentas tong jamban (tak tahulah anda panggil apa) bagi meluahkan bakat yang terpendam. Walaupun banyak sekali cerita-cerita misteri di bangunan belakang yang banyak pokok pisang tu namun tu semua tak mematahkan semangat kami. Dekat belakang tu tak ada siapa nak kacau, masa setengah jam digunakan dengan sebaik-baiknya. Setiap orang diberi peluang sama rata menunjukkan bakat masing-masing konon suara sedaplah... hahaha.

perhatikan gambarajah lakaran pentas persembahan.. hehehe


Pengaruh lagu Pengemis Muda ni bukan setakat itu jer siap potong rambut macam Sheila Majid lagi tau. Ingat lagi tak gaya rambut Sheila Majid tu? Kalau tak ingat boleh layan video ni :-)


Tapi.. selepas Sheila Majid mula semakin popular dan mula suka berkemban, minat saya terhadap beliau mula meredum. Apapun saya masih lagi meminati lagu-lagu beliau termasuklah 'Antara Anyir dan Jakarta' dan 'Gerimis Semalam'. Siapa tak tahu lagu gerimis semalam boleh klik video kat bawah ni :-)


Haaa... lepas tu kalau dah bosan nyanyi kitorang main tarian peluk tiang pulak, pernah main tak??? Hihi

Mehlah layan gambar sekolah lama saya tu....

tengok... macam dalam filem Bukit Kepong, kan.. hihi. Ni bangunan kelas saya yang mula-mula sekali masa saya masuk sekolah ni. Seingat saya bangunan ini diruntuhkan semasa saya darjah 5. Disebabkan lantai bangunan ni dibuat dari papan dan ada yang dah jarang, maka memang selalulah pensel tergolek jatuh kat bawah bangunan tu. Dan saya masih ingat lagi di tangga tulah seorang kawan saya duduk termenung kerana tengah syok kemam duit syiling 20 sen, bolehlah pulak duit tu terlekat kat lelangit dia... adush!

ini pula lencana sekolah,motto sekolah saya  USAHA MAJU JAYA




Sekian, terima kasih.

UPDATE : TETIBA TERINGAT NAMA SEBENAR BAGI TONG JAMBAN DALAM ENTRY NI IALAH TANGKI SEPTIK.... huhuhu

29 comments:

zulfikar hazri said...

hik hik, dah mcam baca blog sendiri pulak bila baca entry Akak ni, best rupanya baca cerita nostalgia kan?

Anna Qawina said...

Aslmkm kak Yus...
Kikikii...gelak jugak ni, mmg masing2 ada nostalgia zaman sklh kn..kalo akk ats tong jam*** tu, kami lak dlm gelung culvert anak sungai tepi sklh..melalak lagu Ella yg masa tu tgh femes..kikiii...
Suka lakaran akak tu..hii

ijayuji said...

Salam kak yus!! wakakakaka... ni ketawa sbb gmbr yg main peluk2 tiang kikiki... paling sukeeeee main peluk2 tiang dulu2 tak kiralah sekolah rendah ke sekolah menengah ke kalau dah tak de kerja masa abis rehat tu main lagi hihihi.. kat sekolah agama pun sama :D psssst>> kita minat lagu sheila majid yg lagenda tuu :D itu ajerr kot :D

izahdaut said...

hahaha... tong jamban kan.. kiki main tiang tu lagi nostalgia tu kak yus. adeh la.... klako lak tengok gambor tu

izahdaut said...

hahaha... tong jamban kan.. kiki main tiang tu lagi nostalgia tu kak yus. adeh la.... klako lak tengok gambor tu

Kakzakie said...

La.. kita satu kampung kisahnya. Kakak dari kg baru penerok tau. Berdepan dgn Kukup golf Resort...

Sekolah yg sedang dibuat sekarang tu sekolah rambah ke rimba terjun eh. Kakak selalu balik kg nampak ada sekolah baru dibina belum siap lagi.

Nostalgia dulu memang indah dan kakak rasa Sheila Majid lebih dari 47 tahun rasanya..

Watierman said...

Assalam...ermmmmm Akak ni ha lebih terasa dengan soklan cam gitu..sebaya pulak si Shiela dengan Akak....hrmmm nostalgia..zaman kanak2...adalah memory terindah dalam lipatan hidup ramai orang....kita pasti tersenyum sendirian dengan hanya memikirkannya!!!

Kamsiah said...

masih igt video klip Pengemis Muda...yalah dulu2 mana ada video klip berlambak mcm skrg ,kan...Sheila pun comel sgt masa tu,dgn rambut pendek,badan kecil molek..

ogyep yummy mellow said...

Peluk2 tiang tu memang game favourite budak2 pompuan kat sekolah... ogyep selalu tergelincir masuk longkang...

MulutPayau said...

main peluk2 tiang tu mmng best....

tun_telani said...

muahaahhahha.. adoiiii.. nk tergolek baca nyanyi atas tong jamban tu.. hebat aa sekolah akak, wujud lg sekolah kayu time tu ye..

quinnie said...

hahaaha..memang nostalgia kisah akak ni..hehhehe...saya dulu pun pegi kelas agama byk main dari belajarnye..hehhehe

~~zana@pb~~ said...

Peluk tiang akak tak pandai main, biasanya main sorok2 kat rmh lama bekas cikgu yg dah kosong, tak ingat hantu ke apa dah....
Yg tu tutup jamban kan? Haha....dulu2 mmg tmpt lepak tu....skolah sari mcm skolah akk, kelilingnya n lantai papan, skg dah yilek....sedih.

Pssst....takde twitter ke? Jom la tweet..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

peluk tiang ni sempat zaman sekolah sy tu main.. tp sy x main kot sbb apa x tau la.

Oh Oeya said...

Ekeke :D Belakang jamban sekolah emang tempat paling strategik mase saya sekolah juga :D
I pernah menang tempat KEDUA u.. huhuuu.. bukan lah lagu Datuk Sheila ngeee ;-)
I suka lakaran u hik3 :D

Sari Yusa Ibrahim said...

Zulfikar, tulahkan, tapi mmg baguslah buat segmen nostalgia ni. Sekurang2nya kita tak terlupa kenangan masa silam, kan

Sari Yusa Ibrahim said...

AnnaQawina, lagu Ella femes bila akak dh msuk sek menengah, zmn pi melalak kat tanah lapang, hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Ijayuji, bestkan peluk tiang, tapi akk selalu juga kalah walaupun tgn ni dh cukup panjang, hahaha

Sari Yusa Ibrahim said...

Izahdaut, tulah, kalu jumpa lagi tiang tu rasa nak try buat tarian tiang pulak, hahaha

Sari Yusa Ibrahim said...

Kakzakie, alkisahnyakan. Sy ni sek & mmbesar di Rimba Terjun dari djh 3 smpi form 1 jer. Dah lama juga tak lalu SKRT tu, rindu rasanya.

Sari Yusa Ibrahim said...

Kak Watierman, alamak, minta ampun kak, sy tak terniat, kui kui. Zaman kanak2 sy byk kisah suka duka, radanya lebih byk akan terbongkar slepas ini, uhuks!!

Sari Yusa Ibrahim said...

Kak Kam, mmg Sheila comel sgt. Nasib baik ada abg cantik sanggup cari klip video tukan

Sari Yusa Ibrahim said...

Ogyep Yummy Mellow, hahaha. Punyalah smgt tu smpi masuk2 longkang, hihihi

Sari Yusa Ibrahim said...

MulutPayau, bestkan, terjerit2 smpi hilang suara, hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Tun Telani, tulah, merasa juga sekolah kayu, rugi tau sape tak pernah merasa, hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Quinnie, haha. Akak rasa sekolah agama skrg pun mcm tu juga, hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Kak Zana@pb, oooo, tu pun antara permainan sy jugak tu, hihi. Nanti kita tweet Kak Zana

Sari Yusa Ibrahim said...

Si Lekit, tak main? Lekit main police & thief jer kot, hihi

Sari Yusa Ibrahim said...

Oh Oeya, really? Tmpat kedua kira hebat tu! Hihi

Share It

Anda Sukakan Ini?