MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, April 25, 2012

SIAKAP KUKUS SIAKAP GORENG

ASSALAMUALAIKUM...

SETIAP kali ER membeli ikan siakap, Yaya pasti akan bertanya, "Bonda nak masak apa siakap tu?"

"Masak stim la.. apa lagi.." huhu

"Alaaaaa.. bosan la, bonda masaklah 'Sweet Sour' pulak."

"Sayang minyaklah Yaya, nak goreng siakap tu kena guna minyak banyak." Kedekut Jimat minyak, hehe..

ER selalunya menyokong, "Nanti kita makan kat kedai jer kalau nak makan 'Sweet Sour'."

"Kat kedai tak sedap macam bonda masak," jawapan jujur tu tau ;p.

Oleh sebab permintaan tu dah berulang-ulang dan kami pun dah lama tak pergi makan luar sebab saya rajin masak sekarang untuk order "Siakap Sweet Sour' jadi semasa pergi ke Pasar Borong minggu lepas, untuk memuaskan hati semua pihak, kami telah membeli dua ekor ikan siakap. (Selalu beli sekor jer..).

"Ini mahu siang macammana?" Tanya tukang siang ikan.

"Satu potong butterfly, satu ..................," arah saya. Apa dot-dot tu? Syhhhhh, itu rahsia saya, nanti saya buka... hiks.

Baiklah, ini ialah Siakap Kukus Siam, resepi paling mendapat tempat dalam keluarga saya sekarang. Pernah satu kali tu sampai tiga hari berturut-turut saya masak Kukus Siam ni. Sekali pandang memang tak menarik langsung, kan. Maklumlah, persembahan tu memang hancur tapi rasa dia mantap. Hari tu ada seorang teman bertanya resepi Siakap Kukus yang sedap lalu saya memberikan resepi ini yang belum pernah dimasukkan ke blog ini lagi. Licin katanya, cuma masam sedikit. Ohhh, saya lupa nak bagitahu dia supaya adjust sendiri rasa masam tu, huhu.
segagah-gagah siakap akhirnya kecundang jua...
 Mula-mula saya makan masakan kukus Siam ni di Restoran Sayam, Stulang Laut. Warga JB dan Singapura pasti tak asing lagi dengan nama Sayam ni, kan. Bila balik rumah, saya cuba-cubalah masak sendiri.  Kembang kempis hidung saya bila ER kata, rasanya sama macam kat Sayam tu. Teruslah esoknya ER beli lagi siakap, lusa beli lagi, hirup kuah sampai licin tau. Lepas tu tak buat lagi sebab kali ketiga tu ER lehlah pulak tercekik tulang. Masa tu susah betul nak dapat siakap yang besar, terpaksa beli yang kecil. Lepas tu ER kata, nanti kalau jumpa siakap yang besar baru beli lagi sebab takut tercekik tulang lagi... huhu.

Resepi Siakap Kukus Siam
Seekor ikan siakap sederhana besar
~ dibersihkan dan dipotong butterfly (ala-ala nak terbang gitu)
~ perap sebentar dengan sedikit sos ikan, kicap cair dan serbuk lada sulah.
~ letakkan dalam pinggan besi bujur dan dikukus selama 10 minit.


Sementara itu sediakan kuahnya :
1 mug besar air
2 ulas bawang putih diketuk
1/2 labu bawang besar dibelah-belah
1 batang serai (diketuk dan dipotong tiga)
1/2 inci halia (hiris)
sedikit lengkuas - hiris (tak ada tak apa)
3 4 biji cili padi diketuk
1 sk garam
2 sb gula
1 1/2 hingga 2 senduk air limau nipis
2 helai daun limau purut
2 tangkai akar ketumbar


~ Didihkan air, bila mendidih, campakkan masukkan semua bahan-bahan lain. Biar mendidih terus, rasa tahap kesesuaian masam, manis, masin dengan tekak sendiri ikut citarasa, tutupkan api.


~ Keluarkan pinggan ikan dari pengukus. Toskan sedikit air yang keluar dari ikan (tak perlu tos semua). Curah perlahan-lahan kuah tadi (jangan lupa tapis jadi taklah banyak sampahnya). Taburkan daun ketumbar.

******************

Maka, makanlah kami dengan penuh berselera... tinggalkan sikit isi ikan tu untuk Si Zonan. Yaya tak join sebab dia kata kenyang makan kenduri di rumah Mak Esah, dia cuma nak makan Siakap Sweet Sour jer, huhu. Mak Esah tu siapa?? Mak Esah tu pemilik syarikat pengangkutan menghantar dan mengambil budak-budak sekolah, insyaAllah, 29 April ni, Mak Esah akan berangkat menunaikan umrah. Mudah-mudahan selamat pergi dan balik ya, Mak Esah. Sempat juga buatkan Mak Esah apam stroberi tapi inti blueberry, hihi. Resepi dari Apam Polka Dot, tengok di sini.
tidak secomel tuan yang membuatnya.. uhukz!

Errrrr... Sari, awak tak kenyang ke makan kat rumah Mak Esah??

"Kenyang juga, tapi saya kena makan juga sebab ER merajuk kalau saya tak makan. Memang lari habislah program diet saya.. huhuhu.
muka orang merajuk.. uwek ;p

Ops! Apa rahsia saya dengan tukang siang ikan tadi???
 
ikan satu lagi tu potong-potong eh.. hik! bila dah potong-potong boleh goreng separuh-separuh dan boleh jimat minyak ;-)... pisang tanduk tu digoreng celup tepung makan ngan sambal kicap.. sedap jugakkan ;p





Bila malam tu, saya tunaikan permintaan Yaya pulak, tapi... tukang masak ni kalau dah over confident macam inilah, kan. Saya lupa nak hiris halia dan cili padi. Lepas tu saya tak gunakan cili kisar :-( Sorry Yaya.
siakap goreng masam manis berposing sakan bersama daun ketumbar yang layu di hujung mekar

ER kata, "Lain ek rasa dia kalau goreng ikan sekor dengan potong-potong?"

"Uuuu.. nak cakap apa sebenarnya tu??? Tak sedap ek??"

"Heeeeeeeeeee...."

Ish! Cemanalah boleh terlupa, kena beli ikan siakap lagi ni... tak puas hati betol.. huhu.

Nasib baik nasi goreng ini sedap, hiks.
nasi goreng seafood.. aduh sedapnya masuk bakul angkat sendiri

P/S Kalau agak-agak malas nak perah limau nipis tu, beli jer yang dah siap perah dalam botol macam ni..

P/S Maaflah.. saya tak pandai sangat buat entry WW ;-))))

27 comments:

ady said...

as-salam
mmg suka ikan kukus macam ni..lauk yg sihat..

Kakzakie said...

Siakap stim memang sedap dan cepat. Kakak ikan kembung pun stim juga sebab boleh siap masak cepat...

ainnoraini said...

skrg ni nk ubah menu kt rumah tu...asyik goreng jer.sesekali msk mcm ni mmg sedapkan..

Mamamya said...

sbnrnya kak yus minggu lps lia dah t'gerak hati nak beli siakap ni tp tu lah mcm x tau plak nak di masak apa...nak masak stim lia x terror..nak masak 3 rasa pun x brp pandai...lagi kan masak masam manis...huhuuuu...tp tgk kat sini mcm nak try lah stim siam ni...lia suka masam2.... :)

Zaliedana said...

Suka mai blog akak nih,coz suka sgt baca cite2 akak ni,hehe..Xper kak janji nasi goreng sdp kan,tuhla sy kalo grg ikn sekor2 rasa cam rugi mnyak gak,sbb pas grng ikn mmg buang mnyak terus,kcuali ayam smpn utk sekali ka 2kli gna lagi..TAPI DA JUGA TERBACA MNYAK MSK MMG XLEH GUNA LBH DARI SEKALI,HUHU..Sy mmg plg byk guna 3kli baru buang,huhu..

aNIe said...

Akak suka siakap kukus...sedappp..!!

CheNamNam said...

wahhh menyelerakan semuanyer..:)
sayer lebih suker stim atau kukus macam tuh jerk..lebih sihat pastu tambah sayuran segar sikit kasik up lagik khasiat nyer...hahahaha dah macam pakar nutrisi plakk...:P

Syira Qahira said...

salam

terliur tengok ikan siakap tu ..

boleh cuba nanti..

HALAMANKU said...

Salam kak Sari...mmmm dua2 suker Siakap stim suker yang 3rasapun sedap.. tgk bahan2 pun sedap tu.. kak patutulah masakan akak kemas jek tak banyak sampah rupanyer akak tapis dulu.. idea yg bagus.. senang nak makan.. akak.. terliur hu hu hu

Winnie said...

aduyai kak....entry ini bikin air liur ku tak henti2 keluar..hihi..asik dok telan air liur je nih..
tp seriously..nasi goreng seafood tu mmg nmpk menyelerakan..
wallahh..
p/s: kene carik siakap gak ni..

Qasey Honey said...

lauk diet ni...sedap...tp lum penah masak sdri lg ikan siakap stim tu...biase oder aje...heheeh...lauk2 lain tgk semua myelerakan jugak tu...

ijayuji said...

Salam kak yusssssssss!!!!!! orang siam dah dtgggggggggg :D kita sukeeeeeeeeeeee sgt dgn ikan kukus masakan org thai mmg tersedapppppp! ehehe.. eh? restoren sayam dah pernah pergi sedap2 masakan kat situ, biasa order ikan kukus pastu ikan bakar, mcm2 lauk jugak dulu selalu beli kat situ kalau masak akakaka... tggl turun bwh terus nmpk restoren tuuu, mmg heavennn betulll masa ddk jb dulu hihihi.... nostalgianyer tempat tu ntah bila dpt pergi huhu.. nanti kalau kita balik jb akak bwk kita g mkn kat situ eak ^________^ buat muka tak malu :D

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam.. huaaaaa sedapnya!!! nak mintak sikit malu hehee.. tumpang tengok aje boleh kan kan... sedap! kecur dah ni

THE LEKAT LEKIT STORY said...

plg suka siakap masak Stim.. tgk pun dh stim.. kekekeke

Nuwairani Ismail said...

kita baru je makan ikan stim minggu lepas. tapi bukan siakap la sebab mahal! guna ikan putih je...sedap kan?

ogyep yummy mellow said...

Cute-mute si apam strawberi tu...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam sari..nampak sedap ikan kukus tu.nanti blh la k.atie try lak..hihi
Heran jap k.atie tgk air limau nipis tu..ada jual ker?siam mari...:D

gadisBunga said...

sungguh banyak gambo makanan di sini *sambil telan liur je sebab harini takleh makannnn~

hazila said...

Salam ziarah kembali.
Saya pun selalu guna jus limau yg dalam botol tu. Senang nak guna.

zila 4ever said...

salam sari
masak dua ekor baru puas hati kan..he hhee kita pun sama beli jus limau yg segera jew senang keja..:)

Chempaka Aziz said...

salam Sari.

dtg sini makan ikan siakap kukus.yumy...yumy.biasa oder kat kdai menu ni.selalu mintak kukus asam boi.buat sndri,sdri mkn..emmm kureng pulak rasanya.tp bila BERBAYAR tu rasa sdp pulak..hihi...

~ yus ~ said...

suka siakap stim sedap...

masuk sini boleh gugur iman saya nak diet...huhu

mamawana said...

Assalamualaikum

Sedap sedap belaka..siakap stim...ikan sweet sour..goreng pisang..aiyooo Like Like

mamawana said...

Assalamualaikum

Sedap sedap belaka..siakap stim...ikan sweet sour..goreng pisang..aiyooo Like Like

Yana Shaiful said...

Sedapnya siakap stim..yana suka sgt tp en.hubby pulak kureng msk stim.. suka yg goreng gorengan jer..klu bt stim dia mkn slow jer tp klu sweet sour..xckp sekor dia mkn hihiii

Mama Hawa/Mama Nani said...

As Salam Sari..
hehehe mcm sama jer cerita ...
tak sudah2 ngan ikan stim bkn ngan bapak bdk ... anak2 pun sama suka sgt ngan ikan stim tak mcm Yaya yg suka sweet n sour..hehehe
blh try lah resipi dari Sari pulak..
psst..kat sana ikan siakap mahal tak??

quinnie said...

sari...teringin kita nak cuba ikan ala2 terbang tu...kekekek...dah lama betul tak makan ikan kukus..huhuhu

Share It

Anda Sukakan Ini?