HARI LAHIR TAK BERMAKNA TANPA KAMU SEMUA

Seri Kandi Tanah Jauhar
20

ASSALAMUALAIKUM...

LOMPAT SI KATAK LOMPAT,
LOMPAT TINGGI-TINGGI,
APA PUAN SARI DAPAT,
HADIAH HARI JADI?

MAIN LARI-LARI,
JANGAN LANGGAR DURI,
TAHUN INI DAPAT LCD,
YANG KENA BAYAR DENGAN DUIT SENDIRI... HUHUHU...

APA NAK BUAT.. nasib badannnnnnnnnnn... hiks

Lappy pemberian ER selepas beliau mendapat lappy pemberian majikannya, mula meragam sejak dua tiga bulan lepas. Nak kata tak cukup power, mungkin juga kerana saya bukanlah orang yang arif tentang masalah dalaman komputer ini. Tup-tup, Jumaat lepas, ia bernyawa-nyawa ikan. Skrinnya putih bercahaya begitu sahaja, kena masuk ward. Rupanya menurut kata yang pakar, LCDnya perlu diganti. Memikirkan saya akan terlibat dengan bengkel membangunkan kertas kerja bagi kursus baru esok, maka saya pejam mata, saya kata, TUKAR.. dan itulah hadiah hari jadi saya tahun ini yang ditaja oleh diri sendiri. Eh, kadang-kadang kita kena juga menghadiahkan sesuatu untuk diri kita tau, lagipun hadiah hari jadi ber'cop' Poh Kong tahun lepas tempoh tamatnya ada empat tahun lagi, kui kui. Maknanya tahun ini tak boleh minta hadiah,, 2016 nanti baru boleh dapat hadiah yang mintak-mintaklah dari Poh Kong juga ;p

Habis tu, tak ada makan-makan ke???

Adaaaaaaaa.... Alhamdulillah, ER membawa saya nun jauh ke Kong Kong (bunyi macam King Kong ek), Masai bagi meraikan hari lahir saya pada petang sehari lebih awal dari tarikh lahir saya kerana saya mempunyai agenda lain pada tarikh yang sebenar. Tahun ini saya menyambut perayaan berganda, semua sedia maklum Hari Ibu tahun ini jatuh pada 13 Mei, mungkin masih ada yang tak pasti tarikh sebenar Hari Ibu adalah pada hari Ahad, minggu kedua dalam bulan Mei setiap tahun. Bermakna sambutan tahun ini akan menjadikan saya orang yang sibuk kerana perlu membuat persiapan untuk meraikan ibu yang tersayang. Jadi tahun ini Birthday Girl tak bolehlah nak mengada-ngada duduk bersandar, kena bergerak pantas tu.. huhu.

Jadi... jom kita ke Kong Kong dulu...
pergi Kong Kong makan Siput Gong Gong

siput gong gong rebus.. hari jadi saya tapi kenapa ER yang makan lebih.. tak aci!!

minta sos untuk siput gong-gong diberinya sambal belacan.. ahakz!
lagi sedap dari siput sedut.... favourite kami anak beranak
Balik dari Kong Kong sambung pulak projek Cake In Jar... masyukkkkkkkkkk!!

botol atas terbalik.. tak perasan.. hiks
buat kek kukus untuk ibu... resepinya akan menyusul kemudian.. cepat, senang & sedap!
gigih membuat ini juga untuk budak-budak dan mak bapak budak... kena buat banyak sebab bapak budak paling suka makan ni.. tengah-tengah pagi buta bangun cari benda ini.. resepinya menyusul kemudian ya..
manis manis buah


sila perhati daun pudina itu betul-betul...

perhati lagi daun pudina itu betul-betul
tak payah bagitahu.. semua dah tengok daun pudina itukan, berikan kesimpulan anda... ;p

pesanan dari CIK EMBUN.. lepas makan berus gigi... hihihi

sebelum makan ambil gambar dulu...
yang berjaya dikumpulkan semalam... tak cukup korum ni...

dorang ni semalam ponteng... hehe family my lovely Along

comelkan saya??? duduk paling kiri.. hihi..


Akhir kalam, di kesempatan ini saya ingin menzahirkan ribuan terima kasih sayang yang tak terhingga yang tak terucap dengan kata-kata atas ucapan-ucapan dan doa dari para sahabat. Ratusan ucapan yang saya terima membuat saya begitu terharu. Suhaily, aku suka hadiah dari kau, wangiiiii.. Ayu, suara Ayu nyanyi tu, sedap.. mesti Ayu selalu nyanyi kat bawah khemah orang kahwin, kan.. ahakz!
ibu... ibu... engkaulah ratu hatikuuuuuu...
Ibu, terima kasih kerana melahirkanku ke dunia ini, menyusu dan menyuapkan makanan ke mulutku. Air tangan ibu tak terbanding dengan segala masakan chef  di hotel-hotel ternama. Apabila abah pergi, ibu menjadi pengganti membesarkan kami dengan tulang empat keratmu yang tidak ku terbalas sehingga kini. Abah, terima kasih kerana menyekolahkanku, berguna ilmu sehingga ku dewasa. Kalau abah masih ada, ku pasti abah akan berbangga dengan anak-anakmu bah. Jalan dekat Pantai Lido tu dah besar, masih ku ingat abah selalu bawa kami mandi di situ.. rindunya dengan abah.

Babah... terima kasih belanja bonda lain kali belanja lagi ya. Yaya, terima kasih tolong bonda masukkan filling dalam jar. Terima kasih, Angah yang susah-payah masak nasi arab, Cik Embun masak kambing, Hnyprincess, kau buat apa? Oh, kau tukang buat air... hehe,  terima kasih Abang Jamal kerana tolong jaga mak. Saya sayang semua... muah.. muah.. muahhhhhh!!

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua sahabat yang bergelar ibu, semoga anda sentiasa menjadi idola & memberi inspirasi kepada anak-anak dan menjadi contoh yang terbaik.









Post a Comment

20Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kak yusss....blh x nak kata lia rindu dgn siput gong gong.. (ahahaaa...siput pun di rindu!!) kat melaka x penah jumpa siput gonggong ni..dulu lia selalu beli kat pasar smart pandan...

    errr....daun pudina tu daun yg sama pd setiap gmbr kan..kan...kan....heheheee :)

    nak tunggu resepi kek buah...blh la lia buat ole2 utk jiran sebelah umah mak masa balik cuti minggu depan..:)

    ReplyDelete
  2. Kakak nak wish sekali lagi... Happy birthday.

    Siput tu kakak tak pernah rasa. Macam mana makan dia Yus... sedut juga atau kena pecahkan macam makan ketam hihi... kakak suka shell dia tu cantik...

    ReplyDelete
  3. belum pernah merasa siput gong gong.. tp selalu nampak kak ayu singapore tayang yg dia masak.. hehe..

    Masai tu bandar yang akak selalu pegi time pasar malam masa zaman menunggu keputusan spm dulu.. sempat akak kerja kilang kat pasir gudang.. hehe.. rindu PG & Masai juga... Pantai Lido tak pernah jejak.. almaklum masa dok sana takde pakwe lagi.. kahkahkah..

    apa2pun.. hepi belated besday buat sari & selamat hari ibu juga buat mu dik... kebahagiaan berganda! tahniah!

    ReplyDelete
  4. tambah lg komen.. ketiga2 daun pudina tu adalah daun pudina yang sama kan? hehehe.. & baru 1st time nampak ER pakai suar panjang.. kikiki... jgn maree ye ER...

    ReplyDelete
  5. selamat Hari Lahir kak,moga mendapat rahmat Allah sentiasa..

    ReplyDelete
  6. xpenah nmpk pun siput tu.. jakun je tun nengok. hihi....
    seronok nyer dpt kumpul ramai2. happy belated bday kak sari, dan selamat hari ibu ^^

    ReplyDelete
  7. selain entry ini tersangat best sebab ayu dpt kenal adik beradik kak yus..

    ayu dapat gak lihat kecomelan dirimu semasa zaman ribena lagi...

    hehehehhehe...

    kak... ayu nie bab2 karaoker mmg fail, tapi teringin nak nyanyi lah.. hahhahah

    ReplyDelete
  8. Tk nk tnye psl siput gonggong mahupun kong kong atau kingkong ataupun poh kong.....

    epi besdey mak budak....hehhee

    resepi kek kukuss....kasi laju2 sikit...

    ReplyDelete
  9. Selamat Ulang Tahun kelahiran n Selamat Hari Ibu..
    * Semoga panjang usia
    * Sentiasa diberkati n dirahmati Allah
    * Keluarga Bahagia
    Akak.. nampak masih sweet n muda gitu.. he he he kak menu semua sedap2 erma menunggu resepi kek sedap nmudah tu n kek dlm jar.. kak erma tak pernah wat n jumpa pun kesian tak? tgk cam teringin.. makan kat sini sikit blh? he he he

    ReplyDelete
  10. hepi berzday juga..

    salam kenal dan dofollow sini...

    untung ada yg belanja makan sedap2,...

    ReplyDelete
  11. Sari... HAPPY BIRTHDAY dari akak... mesti mak tu rasa bangga dpt makan kek airtangan anaknya...

    Nampak sedap sgt siput tu... dah lama tak makan2 siput...

    ReplyDelete
  12. happy birthday kak sari! tapi saya tak perasan, ada yg pelik ke kat daun pudina tu? :D

    ReplyDelete
  13. happy birthday sari.. juga selamat hr ibu.. meriahnya acara makan2 tu.. seronok dpt berkumpul camni..

    ReplyDelete
  14. happy birthday kak yus semoga akak happy-happy selalu disamping family tersayang.

    selamat hari ibu juga...sedapnya tgk semua makanan kat atas ni..:)

    ReplyDelete
  15. SAlam.. wahh seronoknya.... selamat hari ibu...:))

    semua masakan di ata tu.. buat mulut ni lama ternganga sambil scrooll down heheeheheh

    ReplyDelete
  16. selamat hari ibu, dan selamat hari jadi kak!

    semua makanan sedap! kek, ketam. briyani kambing!

    promise dapat gaji ni nak makan nasi briyani kambing johor kat sek3 shah alam!!!!!!!

    ReplyDelete
  17. Salam Sari..Happy Birthday.Takpe la dpt gk hadiah besday...dr diri sendiri :D
    selamat hari ibu juga..meriah sungguh bila semua adik berdik brkumpul ya...mak sari pon nampak happy jer :D

    ReplyDelete
  18. rindu bertaut kiambang berseri

    ReplyDelete
  19. tak pernah makan siput tu..baru tau leh makan..heheheh

    macam2 menunya...best betul..:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!