IKAN BAWAL & TUDUNG BAWAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
17
ASSALAMUALAIKUM...

SAYA masih ingat lagi suatu ketika dulu betapa kami (saya dan kakak) mempertikaikan mengapakah tudung bawal dipanggil tudung bawal. Pada mulanya saya fikir, agaknya kerana untuk memakai tudung bawal ia perlu dilipat menjadi bentuk segitiga dan akan menyerupai bentuk ikan bawal.. cuba tengok imej di bawah.
imej diedit dari google
Macam bentuk ikan bawal, kan??? Logik tak? Kalau kita buka pulak lipatan tudung bawal tu, bentuknya pun seakan-akan ikan bawal. Cuba bayangkan. Peh! Punya rajin buat kajian, macam tak ada kerja jerkan.

Jadi kiranya kesimpulannya macam itulah tudung bawal mendapat nama. Tapi, semasa berbual-bual dengan seorang peniaga tudung yang berasal dari Kelantan, peniaga tudung itu memberitahu sebenarnya nama sebenar bagi tudung bawal adalah tudung vol (tu dia yang sebut). Ejaan sebenarnya adalah VOILE dan oleh sebab susah sangat nak sebut VOILE, lama-kelamaan ia disebut BAWAL. Huh! Jauh beno bunyinya kan...

Apa itu voile? Voile sebenarnya adalah sejenis kain kasa. Haaaa... ni satu lagi, namanya sahaja kasa, tapi kain kasa ini  merupakan sejenis fabrik yang nipis dan lembut yang berasal dari kapas, sutera atau rayon. Sekarang ini terdapat pelbagai jenis voile atau kain bawal antaranya Bawal Jepun, Bawal Korea dan juga  Bawal Siam. Bawal Jepun mempunyai kualiti  lebih baik dan ia lebih popular walaupun harganya agak mahal. Sebab itulah ada tudung bawal yang boleh mencecah sehingga ratusan ringgit bergantung kepada gred bawal dan juga gred batu permata serta 'design'nya yang diikat di tepian tudung. Kain bawal yang baik tidak akan berbulu apabila kerap dicuci. Kalau di Malaysia, bawal Jepun biasanya dikenali sebagai Tudung Bawal Asli dan biasa disebut Bawal No 1 manakala Bawal Korea dikenali sebagai Bawal No 2. Ada juga tudung Bawal China yang turut popular kerana harganya lebih rendah walaupun kurang bermutu.

Semasa baru berjinak-jinak dengan tudung bawal lebih kurang 10 tahun dulu, jarang sekali saya membeli tudung bawal yang mahal. Asal bertudung sudah.. hihi. Dan rupa-rupanya inilah yang dikata, 'alah membeli menang memakai'. Tudung bawal tidak berkualiti yang tidak berbatu atau batunya kurang mewah biasanya tidak akan jatuh di bahu apabila dipakai. Keras kejung sahaja dan paling benci bila macam keropok sahaja bentuknya di kepala. Saya teringat masa tu macam-macam petua diajar supaya tudung bawal cantik dipakai. Ada yang suruh oles dengan lilin sebelum digosok, ada pulak yang letak plastik keras... hihi. Kalau duduk bawah lampu kalimantan atau cahaya matahari memang nampak memancar-mancar dari bawah tudung. Sebenarnya mengoles dengan lilin boleh mengotorkan kain tudung yang mahal. Paling bagus sebenarnya ialah dengan menyembur cecair pelicin baju pada bahagian tengah tudung bawal sebelum digosok, nescaya akan kekallah bentuknya sampai solat zohor, insyaAllah. Lepas tu, kalau pakai balik pun bentuknya masih cantik terletak. Dan satu lagi, selepas menggosok tudung bawal, ia hendaklah digantung dengan menyepit pada bahagian tudung di lipatan dalam. Biarkan ia tergantung macam tu, nanti bila nak pakai, ia akan cantik terletak di bahu. Errr... macam dah tak berapa relevan pulakkan petua ni sebab semua orang dah pakai tudung segera... hihi. Saya??? Satu-satunya tudung bawal saya yang batunya masih terikat elok adalah yang saya beli dengan harga RM35 di Kota Tinggi. Bukan sahaja batunya masih cantik berkilat dan terikat, tudungnya pun tidak berbulu.Walaupun masa saya beli tu, saya kurang teliti sama ada ia bawal No 2 atau No 1, maklumlah masa tu asal murah dan cantik, saya beli. Pada saya tudung yang harganya lebih mahal dari baju memang saya tak akan beli. Rasa macam tidak berbaloi.
saya suka tengok kawan saya yang pakai tudung warna kuning kehijauan tu. Apapun jenis tudung yang dia pakai ,mesti cantik terletak di kepala dia walaupun tanpa tengok cermin. Dari kiri, Nazalia, Suzana... hujung kanan, Suhaila. Saya pakai tudung bawal berharga RM40 beli di pasar malam Taman Dahlia. Rasa tak berbaloi sebab lepas beberapa kali pakai batu permatanya dah tunggang langgang... huhu.
Pulak kini, muncul macam-macam jenis tudung. Kadang nak tengok pun takut, nak pakai apatah lagi. Bertingkat-tingkat, beropol-ropol. Saya hampir tergelak bila tengok ada orang pakai tudung dah macam singa.. sebab apa? Sebab keliling lehernya ada ropol macam pattern kain langsir yang popular tahun 90-an. Hihihi.. ... hehehe ;p. Saya tak faham kenapa pencipta tudung mereka tudung yang begitu. Kalau untuk budak kecil mungkin comel, tapi kalau untuk mak budak... alahai...

Yang pasti saya masih kurang selesa membelek harga tudung yang mengalahkan harga kain yang belum jadi baju. Bagi saya yang buta benang dan jarum ni, memang seratus kali fikir nak beli. Akhirnya saya senyum saja dengan si penjual tudung. Alasannya nanti, nak pusing-pusing dulu. Lepas tu sanggup lalu jalan lain tak mahu lalu balik depan kedai tu. ;p   Sebab itu sekarang saya lebih suka menggayakan selendang atau pashmina sebab harga selendang sepuluh kali jauh lebih murah dari tudung 'awning' yang dibuat dari kain lycra mahupun tudung bawal No 1 atau No 2. Sebab itulah saya rasa remaja sekarang lebih suka pakai selendang atau popular dipanggil shawl kerana walaupun macam kata Encik Zulfikar Hazri, pakai tudung bawal itu lebih comel berbanding shawl tapi modal beli shawl lebih comel dari beli tudung bawal, hehe.
blog yang wajib singgah... http://zulfikarhazri.blogspot.com/. Dari entry Zulfikar inilah tetiba muncul idea untuk entry saya ini ;-)))

Errr... tahu tak sampai sekarang saya pelat betul nak sebut perkataan lycra tu, hihihi.

Notakaki: Ada yang tanya... Mana cerita Ikan Bawal?? Tunggu saya masak kari ikan bawal dulu ya ;-)))))

P/S Kalau kita tukar nama tudung bawal ke tudung 'pomfret' boleh tak??

antara tudung awning dan 'shawl'... jiwa rasa muda bila pakai shawl tau.. ;p

Post a Comment

17Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. pakai shawl mmg lagi nampak muda, tudung awning tu mudah cepat, senang sarung je..

    apa pun masih suka tudung bawal juga sekali sekala, simple tp tetap cantik kan.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya tudung awning memudahkan nak pakai tu je. Kalau kena pada raut muka pun cantik juga. Sama juga tudung bawal kalau kena anak bongsu kakak yg pakai tak sampai 1 jam dah serabai-toge... kalau awning kan tak bergerak, senanglah...

    Shawl sebab anak dara yg ramai guna tu yg nampak muda kot hihi...

    ReplyDelete
  3. cntik betul walau pakai tudung jenis apapun.. suka2!

    ReplyDelete
  4. muka saya tak mesra tudung express.

    jadi shawl dan bawal sahaja jadi pilihan. :)

    ReplyDelete
  5. Kak zu memang tak expert pakai tudung shawl, bawal atau yg sewaktu dgnnya. Tapi hati sangat teringin,membelinya pun bagai nak rak. La ni pun suka pakai tudung syria jenis express..senang main sarung je.

    ReplyDelete
  6. apa2 pon..bawal ttp dihati..lya lbh byk pakai bawal./.sesekali pkai shawl..tdung jnis ariani..paling jarang..ada 2-3 j kot

    ReplyDelete
  7. hoh! okey dah paham dah kenapa tudung bawal. voile rupanya, bahasa perancis. hahahaha


    ok thanks kak!..

    puas hati betul...


    tapi tudung awning tu tudung ekin kan kan kan?

    ReplyDelete
  8. kak.. ayu main sarung jer.
    hahah

    tapi, ayu ada tudung bawal y harganya rm 100 keatas..

    eikkk

    ReplyDelete
  9. Yus, shawl tu tudung yg panjang tu eh. Nak pakai kena belit2 kat kepala.. Alamakkk.. ai tak retilah lagi yus nak belit2 ni. Kang terbelit leher ai..hehehe.. Tunggu anak2 tecik dah besor, baru boleh nak lilit2 ni.

    Gambar atas tu yg ber 3 dgn hubby Yus tu, sebelah Yus tu sape? Yaya ke? Besar lah pulak dlm gambar tu. Cam budak sekolah menengah jer..

    ReplyDelete
  10. kecik2 dulu pakai tudung bawal gak..skang da takde tudung bawal da...

    rajinnya kakak buat kajian yeee..hehehe

    ReplyDelete
  11. baru tau salah silah tudung bawal ni..kekeke..jauh nar nama asalnya..kekekek

    tudung bawal saya jadik khazanah negara je skang ni..tersimpan rapi..kekekke

    ReplyDelete
  12. Salam Sari..zaman k.atie pakai tudung bawal dh berlalu...mmg susah nk bentukkan.Kdg2 klu nk g manan2 kelam kabut pakai mmg sengit bengit jdnya..
    Skrg suka pakai tudung awning...cepat & mudah...sesuai diwajah :D

    ReplyDelete
  13. salam singgah n follow blog awak.
    jemput ke blog sy di afasz.blogspot.com

    tudung bawal sy dah tk pakai. tp rindu plak kat tudug tu >_<

    sy pakai shawl

    ReplyDelete
  14. sy x suka tudung yg sarat x kira corak atau aksesori batu bata sebab sy rasa pelik org kecik mcm sy pakai.tudung bawal ni kalau pakai ntah napa nampak muka org lbh muda pulak pd pandangan mata saya

    ReplyDelete
  15. shda kekal bertudung bawal..dulu ada jgk pakai shawls tapi kejap je la...tudung sarung tu jarng sekali memakai nya..huhuhu..

    shda letak pengeras easy on ke apa ntah nama nya xmau bg kelepek peot tudung bila di bentuk

    ReplyDelete
  16. tudung bawal sy dah tk pakai. tp rindu plak kat tudug tu >_<

    ReplyDelete
  17. kelakar comparison tu, tudung bawal dgn gambar ikan bawal, memang serupa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!