CERITA PENDEK YANG PANJANG...

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

ASSALAMUALAIKUM...

BERKALI-KALI saya menekan butang hijau di ‘handphone’ saya tapi sia-sia. Dari bateri dua bar sebab lupa nak ‘charge’ sampai tinggal satu bar. Haiiii.. kakak saya yang seorang ni memang selalu tertinggal ‘handphone’ ishhhh!! Berkali-kali saya tengok jam. ER pun begitu juga. ER hulur duit RM50 pada saya, suruh naik teksi. Saya kata, nanti.. cuba call lagi... tunggu, agaknya dia tertinggal handphone dalam kereta.

Selasa kelmarin, semasa ER datang menjemput saya di pejabat, semasa sedang turun tangga saya tertanya-tanya apabila melihat bonet enjin kereta terbuka. Bila saya sampai ke kereta, rupanya meter suhu kereta naik, kata ER. Tapi dah okey sebab ER tambah air. Menurut ER masa dia buka tutup tangki air tu, airnya dah kering... huhu... duit... duit.

ER menelefon mekanik yang biasa memeriksa kereta kami, namanya Gary. Gary tanya keadaan meter, ER kata dah okey. Gary suruh bawa kereta ke bengkel untuk diperiksa apa yang patut. Gary kata, ‘water pump’ baru tukar, kenapa boleh jadi macam tu jadi kenalah bawa kereta ke bengkel. Sampai di Ungku Mohsin, jalan sesak tidak bergerak. Ada lori tersadai di traffic light melambatkan perjalanan. Sudahnya kami sampai di bengkel hampir 5.30 petang sedangkan sepatutnya kami boleh sampai dalam 15 minit. Lambat 15 minit tapi kami rasa macam lambat satu jam. Nasib baik ‘meter’ tak terus naik dan masih normal setelah ER isi air tadi.

Saya telefon Cik Embun, rupanya Cik Embun masih berkursus di Batu Pahat. Saya telefon pula Angah hendak minta tolong ambilkan Yaya yang pulang dari sekolah agama jam 6.30. Tapi itulah,(rujuk para 1) lebih sepuluh kali talian hujung sana tak berangkat. Malah masuk peti suara dan kredit saya dipotong seminit-seminit... ishhh! Saya telefon pula ibu, ibu kata Angah belum balik. Aish!! Nak minta tolong siapa ya. Saya memang kenal beberapa kawan yang sama-sama mengambil anak dari sekolah yang sama tapi bimbang menyusahkan. Akhirnya saya buat keputusan untuk ambil teksi seperti cadangan ER. ER kata, lepas tu minta teksi tu hantar balik saya dan Yaya ke bengkel. Saya mengangguk dan cepat-cepat tuju ke jalan besar. Tak sampai dua minit, saya dah berada dalam perut teksi.

“Sekolah Agama Uda, ya. Tapi lepas tu boleh tak encik hantar saya balik kat sini?”

“Boleh.. boleh..” lembut sahaja jawapan daripada pakcik teksi tu. Orangnya sekitar akhir 40-an saya rasa.
“Kenapa?” Dia bertanya pula. Saya bagitahu kereta saya rosak dan ada di bengkel. Sekarang kena ambil anak kat sekolah agama dulu.

“Ooo.. sekolah agama yang dekat masjid tu ke?” Antara dengar tak dengar jer suara pakcik ni. Saya keliru sama ada dia bercakap dengan saya atau dengan operator radio teksi yang dari tadi tak henti bercakap.. hehe. Orangnya ramah tapi suara perlahan, saya kena pasang telinga untuk dengar apa dia tanya ;p. Pehhh!! Macam kena interview, tak mahu dituduh sombong saya menjawab sebab soalannya semuanya umum. Rumah kat mana, kerja kat mana... hehehe.

Kemudian...

“Anak keluar sekolah agama pukul berapa?”

“6.30,” pakcik itu melihat jam tangannya sekilas. Dia kelihatan berfikir dan bertanya saya, “Boleh tak kalau saya nak singgah sekejap dekat Petronas, nak hantar barang?”

“Boleh, boleh.. tak apa, lambat lagi. Lagipun jalan jem depan sekolah tu..” Saya tak mengesyakki apa-apa. Kebetulan ada dua Petronas yang akan kami lalui sebelum sampai ke sekolah agama. Satu di sebelah kanan jalan depan sedikit manakala satu lagi di dalam Bandar Baru Uda.

“Err.. Petronas yang kat Uda tu, ke?”

“Bukan.. bukan.. ni yang kat depan tu sikit....”

“Oh, okey..” Bila dah lepas traffic light masuk ke BBU, barulah saya ingat ada satu Petronas besar yang baru dibuka di kawasan Damansara Aliff. Saya fikir, Petronas yang itulah. Tak apalah, walaupun sebenarnya itu bermakna meter teksi saya akan bertambah dan saya perlu membayar lebih sebab ia dah jauh dari sekolah Yaya dan kami kena masuk ikut persimpangan Jalan Padi Emas yang sibuk petang-petang begini kalau nak ke sekolah Yaya tu.

Pakcik teksi memberi signal kiri. Saya nampak signboard tinggi Petronas jaraknya lebih kurang 200 meter lagi. Pakcik teksi berhenti di hadapan bangunan yang sedang dibina. Ada satu tiang di situ, saya tak pasti tiang lampu atau tiang telefon. Di depan tiang ada satu pelantar untuk orang melepak agaknya dan ada seorang lelaki Bangladesh duduk di pelantar itu. Lelaki itu bangun bila pakcik teksi berhenti di situ. Saya berdebar-debar. Dia membuka pintu hadapan teksi dan dalam masa yang sama pakcik teksi turun dari teksi. Kemudian saya terdengar dia bercakap dalam pelat Bangladesh kepada pakcik teksi itu.

“Abang, boleh masuk dalam tak?”

Berderau darah saya. Pakcik teksi teragak-agak bertanya, “Masuk dalam ke? Dalam mana?”

“Masuk dalamlah hantar, saya buka pagar.”

Adoilaaaaaaa... saya pucat tengok pagar zink setinggi lori tanah di depan mata saya. Langsung tak nampak apa yang ada dalam pagar kecuali sebuah bangunan tinggi yang belum siap. Lelaki Bangladesh tadi berlari-lari ke arah pagar dan membuka pintunya. Pakcik teksi memandu perlahan masuk ke dalam. Lutut saya menggigil. Saya terbayang ER, Yaya, ibu, adik-beradik.. kawan-kawan... hutang-hutang... ohhhhh!! Adakah ini hari terakhir saya? Adakah kereta rosak jadi penyebab untuk nyawa saya berakhir di sini. Lembaran demi lembaran akhbar yang memaparkan kes jenayah bagai dicampak satu persatu depan mata saya. Saya keluarkan handphone dari beg. Bateri tinggal satu bar. Saya tekan nombor telefon ER siap-siap... apa-apa kemungkinan saya akan tekan walaupun masa tu saya berada antara hidup dan mati... huhuhu....

Pakcik teksi masuk ke satu lorong yang ada sebuah rumah kotai. Ada dua lelaki barangkali Indonesia duduk di hadapan rumah yang dibina dari papan nipis. Seorang perempuan yang sedang berkemban dengan kain batik turut berada di situ. Saya tak mahu serkap jarang, anggap sahaja perempuan itu isteri kepada salah seorang lelaki Indonesia itu. Di kiri saya ada sebatang pokok. Berdiri di tepi pokok dua lelaki Bangladesh salah seorangnya sedang memegang handphone dan bercakap sesuatu sambil matanya melingas melihat saya dalam teksi. Seramnya saya masa tu. Kawannya di sebelahnya sedang mencangkung agaknya penat berdiri. Ya, saya prihatin semua perkara tu. Saya tengok muka mereka betul-betul supaya senang kalau nak buat kawad cam jika ada apa-apa kemungkinan sama ada :

1.      Pakcik itu berpakat dengan pekerja-pekerja kontrak bangunan ini untuk menculik penumpang yang mana pakcik ni sebenarnya menyamar sebagai pemandu teksi

2.      Pakcik itu sebenarnya ditipu untuk menghantar barang dan mereka-mereka ni nak samun pakcik tu.

3.      Saya akan di..... OH ! TIDAKKKKKKK!!

Lelaki Bangladesh yang mula-mula saya jumpa tadi datang lagi membuka pintu kereta. “Abang, masuk dalam lagi, sana...” sambil menunjuk ke satu arah.

“Sana mana?” terpinga-pinga pakcik teksi itu. Masa ini saya dah 90% pasti mereka-mereka ni nak samun pakcik ni... lepas tu... saya... saya nak lari mana??? Huhuhu.. Saya tengok sekeliling.. bangunan ni dah siap banyak juga... aku nak lari masuk mana ya.. dahlah aku ni penakut. Nanti kalau kena menyorok sampai malam mampuslah aku.

Pakcik teksi tu mengundur dan mengekori lelaki Bangladesh tadi. Dia berjalan sambil menunjuk-nunjuk ke hadapan. Teksi diberhentikan di depan sebuah warung papan lapis. Ada beberapa buah meja dan bangku macam bangku kantin sekolah dan ada ramai Bangla sedang duduk rehat-rehat di situ. Semuanya menoleh ke arah kami dan ada yang berdiri. Mata semua besar bila tengok ada perempuan dalam kereta. Saya dari tadi tak putus baca ayatul Qursi. Dari tadi, dari masa nampak perempuan berkemban depan rumah tadi...

Saya cuba mengingatkan satu zikir yang saya belajar kalau berhadapan dengan musuh tapi saya tak ingat langsung. Jadi ayat Qursi itu yang saya baca ulang-ulang sebagai pelindung. Tiba-tiba saya teringat untuk hantar sms pada ER. Saya cari-cari nombor plat teksi yang selalunya ditampal dalam teksi. Saya taip nombor itu dan hantar ke ER supaya senang dia cari saya kalau saya tak balik, huhuhu.

Saya tak berapa berani nak tengok apa barang yang dihantar kepada lelaki Bangladesh tu. Saya cuma fikir apa nak buat kalau tiba-tiba dua tiga lelaki Bangla datang buka pintu kereta. Nasib baik aku pakai seluar, senanglah nak melawan nanti kalau apa-apa hal. Tapi... boleh ke??? Huhuhu... takutnyaaaaaaaa.... Ya Allah.. lindungilah aku Ya Allah. Aku bermohon kepadamu, jika ada perlakuan ku yang baik, jika aku ada tolong orang, aku doakan kebaikan orang lain maka kau peliharalah aku Ya Allah.. peliharalah aku Ya Allah.. saya rasa nak menangis mohon pada Allah supaya selamatkan saya. Supaya Allah tutupkan hati mereka dari berbuat jahat kepada saya.. macam-macam yang terbayang dalam kepala.

Saya tengok pakcik teksi dah selesai urusan dengan lelaki Bangla tu. Dia hulur duit, banyak juga. Ah, saya tak mahu tuduh-tuduh. Mungkin pakcik tu bawa barang dari jauh jadi bayarannya mahal. Yang penting saya nak cepat-cepat keluar dari tempat ni. Pakcik tadi masuk balik dalam teksi lepas simpan duit dalam wallet. Semua Bangla dalam warung tu macam jakun sangat. Tak putus-putus pandang saya... ke.. saya yang perasan. Saya terus berdoa Ya Allah.. Ya Allah sehingga sampai pintu pagar. Kepala masih lagi membayangkan yang bukan-bukan. Handphone saya berbunyi, Angah telefon. Rupanya handphonenya tertinggal di pejabat. Angah kata, nanti dia datang ambil saya depan sekolah agama. Yang pasti saya rasa lega sangat dan dapat nyawa balik bila keluar dari kawasan pembinaan tu. Syukur sangat-sangat... Alhamdulillah....

P/S Maaf.. coretan kali ni agak panjang, lepas ni kalau naik teksi kalau pakcik tu kata nak singgah mana-mana, memang saya serik, hantar saya dulu lepas tu nak hantar barang dekat mana-mana pun pakcik punya pasal.. huhu.

P/S ER yang datang ambil saya apabila bos bengkel bagi pinjam Hyundai Sonatanya... huhu.. dari tadi tak mahu bagi pinjam.. dan nasib baik Hyundai Service ganti water pump yang baru tanpa kos.

Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. huuii kak seramnyee... Saya pun takut mcm tu.. Nasib baik xde apa2

    ReplyDelete
  2. seram beb! syukur ko tak apa2..aku pernah berani2 tahan teksi tanpa teksi mana..sekali pak cik tu berhenti..dia tanya aku nak g mana..aku cakap nak balik pasir gudang nak naik bas..minta pak cik hntrkan ke bus stand kluang..Rupanya teksi yg aku tahan tu tek permas jaya..last aku tumpang pakcik tu sampai permas pastu sambung naik bas ke masai seterusnyanya ke pasir gudang.Mujur laa pak cik tu jujur dan tak amik kesempatan atas diri aku ni.Zaman sekarang orang tak buat jahat bukan kira kita ni isteri orang ke anak orang semuanya derang balun.Tengok kosmo pagi ni..siapalah wanita malang yg kena bunuh tu.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya kan Yus kita banyak membaca macam-macam kes, ditambah tak pernah naik kenderaan awam, bila ada lain sikit mulalah otak fikir yg -ve aje. Kalau kakak pun takut juga.

    Cuma yg kakak nak gelak tu Yus siap ready bagai nak SMS ER kalau jadi sesuatu.:)

    ReplyDelete
  4. aduyai.. seriau lak..sekarang mcm2 hal kan..mujurla..semuanya ok.. kalo lya xde teman mmg x berani... sbb hati org kt xtau kan..lg2 skarang kat semua dh x selamat.. org y kt nmpk baik.. rupanya.. masyallah.. & org y nmpk jahat.. tp hati baik..

    ReplyDelete
  5. Salam kenal kak...errr....seram btol pengalamaan akak ni...tp peringatan buat saya juga...terima kasih kak...:)

    ReplyDelete
  6. syukur tak jadi apa2. rasa gerun je bila baca pengalaman sari nih...take care ya sis.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!