HANGIT DI ALAM SARI

Seri Kandi Tanah Jauhar
11
ASSALAMUALAIKUM...

TERPENING sekejap kepala saya bila semak pencarian terhangat di ALAM SARI ini. Errr... saya tak tahu apa yang dicari oleh dua manusia ini. Untuk makluman saya bukan 'dealer' untuk produk yang anda cari ya.... adeh!
saya memang suka letak gambar besar-besar supaya anda tak perlu besarkan mata untuk tengok gambar ;-) 
Dan saya juga tak ada kucing yang setia. Kucing saya setia cuma bila dia lapar macam nak mati saja. Kalau dia sudah kekenyangan dia langsung tak pedulikan saya walaupun saya panggil dan jerit nama dia macam nak gila. Macam malam kelmarin, semasa dia sedang kelaparan bukan main lagi manjanya dengan saya. Saya dukung, saya peluk, saya terbalikkan pun dia diam saja. Tapi bila dah kenyang cepat-cepat dia lari keluar. Saya panggil, "Zonan... Zonan..." pun dia buat-buat tak dengar. Eiiiiiiiii... nanti kau, sombong dengan bonda ya... jaga!

Subuhnya, masa dia masuk minta makan saya pura-pura buat tak tahu. Saya langsung tak tegur dia. Dia mengiau pun saya tak menyahut. Dia tangkap-tangkap kaki dan gigit manja macam selalu pun saya tak terjerit-jerit mentel. Sudahnya dia buat-buat terbaring lemah di tepi dinding dapur. Pun saya buat tak nampak. Saya terus masuk ke bilik gosok baju. Lepas tu, dia buat-buat terbaring depan pintu bilik. Hiiiiii, saya tahan senyum. Tapi buat-buat leka gosok baju. Kesian.. kesian jugak tapi saya geram sebab dia bukan kucing yang setia.... nak buat macam manakan, dah namanya kucing.. hihi.
kucing yang tak setia

Dan sekarang memang susah nak tengok Zonan ni lekat di rumah. Rumah dibuatnya macam hotel. Minta duit sewa karang baru tahuuuuu.. hihi..

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hihi, minta duit sewa kat kucing?...senyum saya baca...

    biasa bila orang google dan ada perkataan dalam entri kita mengena sikit, mmg datanglah orang tu ke blog kita. Sari ada tulis perkataan, atau separuh dari perkataan yang di cari tu kot...

    p/s: yus dah cuba buka bateri dan pasang semula seperti yang Sari cadangkan beberapa kali. Sama juga, masih lens error....huhu

    ReplyDelete
  2. Salam dipgi isnin yg indah..

    ReplyDelete
  3. hehe...hai kak yus..nak beli kucen..:D

    ReplyDelete
  4. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete
  5. Salam Sari...sedap nama kucen sari,Zonan.:D
    Ingat kat Apak k.atie kat kg...byk kucen yg dibelanya.
    Syg betul dia ngan kucen2...

    ReplyDelete
  6. Kenapa tak Conan nama dia Yus? Kucing pun tahu masa lapar aje dia mengendeng dah kenyang buat tak tahu..

    ReplyDelete
  7. Tersedak kakcik bila baca nak minta duit sewa dari kucing!

    ReplyDelete
  8. Cm suka tengok kucing tetapi tak suka bela...

    ReplyDelete
  9. olo..sebijik mcm kucing adik saya kat kg...olo..tomey..

    ReplyDelete
  10. Heehe... wah dengan kucing pun bonda boleh merajuk ekk heheh.. cute la zonan tu miawww..

    ReplyDelete
  11. saya kucing tak suka sebab geli...tapi kucing suka betul kat saya..heran..hehehhe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!