PIE SOTONG CARBONARA

Seri Kandi Tanah Jauhar
19
ASSALAMUALAIKUM...

TADAAAAAAAAAA!!
percubaan pertama.. kurang lawa sebab kurang yakin bila lampu hijau tu nyala.. betul ke dah masak?? jadi tutup balik.. hehehe
RASMILAH sudah 'Pie Maker' hasil merempit di GA 1001 Resepi malam kelmarin ;-))))). Dan maaflah, saya menggunakan resepi campak-campak sahaja, tak sukat-sukat langsung, tapi memang laris, buktinya saya cuma dapat makan secu-bits di sana.. dan secu-bits di sini. Habis disapu licin ER dan Yaya, selebihnya saya hantar kepada Cik Embun, upah teman saya ke GA... ;p
panassssssss!!

PIE SOTONG CARBONARA
Resepi : Alam Sari
Catatan : semuanya adalah anggaran sahaja ya, bukan tepat

1 sb margerin atau mentega
2 sb tepung gandum
1/2 tin susu cair
3/4 cwn air
4 ekor sotong dihiris nipis dan direbus 3-4 minit
sedikit daun parsley cincang (saya guna ready made dalam botol)
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
sedikit sos tomato
sedikit cheddar cheese disagat
8 keping short crust pastry
(dicadangkan guna puff pastry untuk tutup pie - saya guna crust pastry serbaguna jenama kawan)

CARA-CARA :

1. Panaskan margerin atau mentega. Masukkan tepung gandum dan kacau cepat-cepat sehingga kental.
2. Masukkan susu cair dan air serta garam, kacau selalu dengan api sederhana. Bila bancuhan semakin pekat, kecilkan api dan terus kacau sehingga pekat.
3. Masukkan serbuk lada sulah. Tutup api, ketepikan.
4. Terap short crust pastry dengan penerap bahagian base dan puff pastry dengan penerap bahagian top.
5. Letakkan short crust pastry dalam mangkuk 'PM'. Letakkan sedikit sos tomato, beberapa keping sotong dihiris dan masukkan 2 sudu bancuhan susu dan tepung gandum tadi.
6. Taburkan cheddar cheese dan daun parsley cincang. Tutup dengan puff pastry, dan turunkan penutup 'PM'. 'on'kan. Biar sehingga lampu hijau menyala, (memang cepat masak tak sampai 7 minit.. hehe) pie sedia dihidang. Buat sampai habis.

Nota : Bagi mereka yang tiada 'PM' ehemmm... boleh gunakan acuan muffin. Tutup pie dengan puff pastry dan tekankan sekelilingnya dengan garfu supaya melekat. Bakar 180 darjah selsius 20 minit atau sehingga masak. 'On'kan kipas ya.

Nyummy!!!!

P/S : ER dah request Pie Daging... urmmmm...

Post a Comment

19Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wah menu terbaik ni

    ReplyDelete
  2. Waaaahhh dah rasmi... Nurul masih lagi berbalut.. Nak try buat ngan mak.. hehehe..

    Akak time kasih bg hadiah.. Cantik.. :)

    ReplyDelete
  3. Wahhhhh. tahniah! Ini barulah pemenang pie maker namanya, terus tunjuk hasil. Caayalah.. :D

    ps: saya tunggu tayangan pai daging tau..

    ReplyDelete
  4. Mak Oiiiii...ngancammmnya SArii... perghhhh!!

    ReplyDelete
  5. sedapnya~~~~~~~~~~~~(T_______________T)

    ReplyDelete
  6. Kena ngendenglah nampak gayanya kakak ni Yus. Bila buat banyak kenalah koling-koling nak juga rasa pie hasil guna PM baru hihi...

    ReplyDelete
  7. Tahniah.Nampak sedap pie sotong carbonara.

    ReplyDelete
  8. as*salam
    npk sedaplah..1st time Ady dgr pie sotong...

    ReplyDelete
  9. salam sari, me da buat cuma x sempat nk buat entry, me guna my chef chef mail semur daging betawi buat filling, mmg yummeh, nanti kita bust n3 jgn gelak tgk roper pai kita sbb buat pastry sendiri msin tibai je gan my son hihihi

    ReplyDelete
  10. rasmi dah pie maker tu.hehehe.. jadi lapar plak..

    ReplyDelete
  11. waaaa...kecur air liur...!! kan lia dah kata mesti lps ni b'mcm2 jenis pai akan muncul kat blog "alam sari"... :) kita tunggu kemunculan pai daging idaman ER yer...heheee

    ReplyDelete
  12. mcm hari sotong sedunia je hari ni...kite pun masak sotong jugak

    ReplyDelete
  13. nyampas tau... kat sini kene wat pastry sendiri :(

    ReplyDelete
  14. Bau pie maker tu sampai sabah la, bukan bau sotongnya...haha..

    ReplyDelete
  15. Wawawawaw... Nie lebih nk nangis dr sambal goreng...

    Nak pie gak.. ER. Dan yaya.. Ingat cik Ayu klau bonda buat ya....

    ReplyDelete
  16. ~ yummy..sedapnyaa pie..senang keje ada pie maker kan kak..cepat dan mudah..hmm..tringin nak mengepai jgk lahhh ^^

    ReplyDelete
  17. ~ yummy..sedapnyaa pie..senang keje ada pie maker kan kak..cepat dan mudah..hmm..tringin nak mengepai jgk lahhh ^^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!