TERPERANJAT YANG TERLAMPAU 2

Seri Kandi Tanah Jauhar
12
ASSALAMUALAIKUM...

SEMASA saya darjah lima (kiranya sebaya dengan umur Yaya sekarang nilah), saya dan raka-rakan sekelas diwajibkan menghadiri kelas tambahan waktu malam sebagai persiapan menghadapi peperiksaan penilaian darjah lima. Peperiksaan penilaian darjah lima ini sekarang telah digantikan dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), seingat saya, mereka yang lahir dalam tahun 1975 (sayalah tu) merupakan 'batch' yang terakhir mengambil peperiksaan tersebut.

Berbalik cerita tentang kelas malam tu, kelas malam tersebut diadakan dua kali seminggu, tak ingatlah pulak hari apa dan saya cuma ingat tiga orang cikgu yang mengajar untuk subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu iaitu Cikgu Yahya (garang giler), Cikgu Samad (cikgu sekolah lain) dan yang seorang lagi memang tak ingat namanya (pun cikgu sekolah lain) tapi saya masih ingat rupanya sampai sekarang dengan misai melenting dan suka tekan empat-empat jarinya serentak atas meja sehingga berderap bunyinya satu kelas... hihi.

Kalau dah sekolah daripada pagi, bersambung pula sekolah agama petangnya, malam masuk pula kelas tambahan maka tidak hairanlah kalau oksigen yang masuk ke otak mula berkurangan. Jadi bila dah nampak budak-budak mula menguap sana-sini tu, maka cikgu yang mengajar mulalah membuka cerita kelakar untuk menarik perhatian anak-anak murid yang mula mengantuk. Salah satu cerita kelakar yang saya masih ingat diceritakan Cikgu Yahya ialah tentang sakit buasir. Masa tu saya pun taklah berapa faham apa itu buasir tapi saya masih ingat lagi seorang kawan baik saya, namanya Siti Anita yang selalu bawa bekal cucur udang mencadangkan agar lebihan yang keluar ketika buang air besar tu digunting, hehehehe.

Keluar tajuk sekejap.. sebenarnya bukan nak cerita tentang Cikgu Yahya tetapi Cikgu Samad. Kalau Cikgu Yahya suka buka cerita yang ala-ala kelakar lu***, Cikgu Samad pula suka buat cerita kelakar seram. Dahlah kita belajar kelas malam, dibukanya cerita seram, mata yang mengantuk jadi bulat, tak tahulah sebab takut atau minat.. hihi.. tapi rasa saya cerita tentang hantu ni memang boleh menyegarkan biji mata.. ialah, kalau tengah takut nak tidur pun susahkan, ada sesiapa yang setuju? Tak percaya, kalau tengah nak tidur malam tu cubalah bayangkan cerita seram mesti susah nak tidur punya.. ;p

Dalam kelas malam ni, saya duduk di meja hadapan sekali dan kedudukan meja saya betul-betul di tengah kelas mengadap papan hitam (padahal papan tu hijau kenapa dipanggil papan hitam ya). Lumrahnya cikgu memang suka berdiri di depan meja saya. Dan pada satu malam, semasa kelas Cikgu Samad, apabila mata murid dah kuyu, Cikgu Samad pun buka cerita hantu... saya nikan memang peminat cerita hantu, jadi mendengar dengan penuh khusyuk. Langsung tak ingat benda lain selain menumpukan perhatian ke arah Cikgu Samad.

Tiba-tiba...

Cikgu Samad menepuk meja saya sekuat-kuat tidak. Huwaaaaaaaaaaaaaa....!!! Kan... kan.... dah cakap.. saya ni darah gemuruh. Tindakan Cikgu Samad itu telah membuatkan saya terus hilang semangat dan ingatan tentang cerita hantu yang dicerita Cikgu Samad. Sungguh saya tak ingat langsung sinopsis cerita hantu tu selain intronya yang bermula dengan 'Suatu malam ketika hujan lebat...

Apalagi, menggelabah gila Cikgu Samad bila tengok saya melalak. Cuba bayang budak darjah lima melalak dalam kelas.. buruk kan.. hahahaha. Berkali-kali Cikgu Samad minta maaf. "Awak ada sakit jantung tak? Awak ada sakit jantung tak?" Itulah persoalan yang asyik keluar dari mulut Cikgu Samad. Saya cuma menggeleng sambil mengesat airmata yang berlinangan. Lepas tu Cikgu Samad janji tak buka cerita hantu lagi... hihihihi....

P/S Mula nak letak gambar hantu kat sini tapi seramlahhhh.. tak jadilah pulak! huhu. Jadi saya letak gambar saya dengan Datuk Halimah Mohamad Sadique yang cun melecun ni ya. Bagi yang kurang kenal, Datuk Halimah merupakan Ahli Parlimen Tenggara. Ada macam kakak ngan adik tak?? Hihi..

Jom baca http://sariyusa.blogspot.com/2012/06/terperanjat-yang-terlampau.html
Tags

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sibuk berkempen dgn dia ke Yus... macam nak jadi calon sama aje lagaknya:)

    ReplyDelete
  2. Adik dan adik hehehe.. bukan macam akak dan adik.. aloloo menangis dia terperanjat yee heehe... rajinnya taip.. kalau buat manuskrip ni dah jadi setengah bab dah tau..:)

    ReplyDelete
  3. hehehe...naseb cikgu samad tk de sakit jantung..kalau tak...hurmm...hehhe

    ReplyDelete
  4. hihi, boleh bayangkan masa kak sari yus melalak tu...hihi.

    Saya pun dulu pernah pergi kelas malam, tap masa ambil SRP..

    saya batch pertama UPSR tu, lahir 1976...ekekek.

    ReplyDelete
  5. Salam Sari...

    mama mmg tak suka dgr atau tgk cerita antu!!! takut!!! sbb pernah dgr cik pon menggilai seram nyer

    ReplyDelete
  6. kak.. cikgu samad ada lagi tak??

    nakalnya..

    PS: dato mmg baik sgt, klu ambil gambar dgn ayu, dia akan peluk2.. walahemah ayu bau bawang, maluuu

    ReplyDelete
  7. akk dah baca tp taktau nk komen apa, mood kelaut...

    ReplyDelete
  8. Best baca en3 ni...hehehe.Mujur Sari tak ada sakit jantung.

    ReplyDelete
  9. tetiba cikgu samad lak y tkejut ;)

    ReplyDelete
  10. he he he.. senyum sendiri baca n3 ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!