MEE SARANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
20
ASSALAMUALAIKUM...

Masih mengantuk lagi gara-gara tidur lewat semalam, ditambah lagi bangun awal pagi menyiapkan hidangan sahur untuk anak dan suami. Bulan puasa ini macam dah nak tertanggal rasanya segala tulang temulang. Tinggal masih ada kulit dengan daging sahaja kalau tak rasanya tulang tu dah jatuh satu... satu... bila saya daki tangga bilik pejabat saya yang terletak di tingkat 4, kata kawan saya, saya ni duduk atas kayangan ;-))) Kadang-kadang saya cakap dengan ER, kalaulah saya ni robot-robot dalam permainan 'Sim' mesti dah merah meternya. Lama-lama terlentang dekat tengah-tengah jalan (siapa yang pernah main 'sim' mesti tahu akibat kalau orang 'sim' tu kehabisan tenaga.. hehe). Mujur sahaja saya ini orang betul yang terima segala seadanya. Alhamdulillah, masih diberi keizinan untuk bernafas sehingga hari ini walaupun kadang-kadang dada ni rasa dah sempit bila nak hembus keluar masuk oksigen dengan karbon dioksida. Agaknya sebab banyak sangat makan makanan berkolesterol... ;p


Ada tak yang teruja tengok kejadian mee saya ni? Saya kira sampai tiga kalau tiada siapa angkat keyboard agaknya tak ada yang berminat kot...

1....




2...




3.....






....... hurmmmmm... eh! Eh! Saya nampak ada yang angkat keyboard tu, yang angkat laptop pun ada tu.. Kak Zakie, Kakcik Seroja, KKida, Kak Jun, Kak Zuwaidah, Oeya, Kak Zana, Ayu, Mak ET, Mamamya, Ibu Yusuf, Zurina, Salmi, Kak Atie, Kak Anie, Yus, Ijah, Susumanis, Akak Pokok Manggis, Lelord, Nur, Qaseh, Quinnie, Cheetah, Mamasara, Indah, Tun Telani, Inahar, Mas, Kak Gerau, CT... amboihhhhh, ramainya CT yang angkat tangan tu..., cousin-cousin saya pun ramai yang angkat kaki tangan tu,  Aziela.. (Aziela, akak sedar gak masalah loading tu.. huhu.. akan cuba diselesaikan yer..). cayang semua yang sudi singgah di sini selalu dan tinggalkan komen di Alam Sari yang tidak sepertinya ini tau. Yang tak sebut nama tu saya terlindung tak nampak.. sori ehhhh. Eh, Cik Embun pun ada... dan anak-anak muridkuuuuuuu..


Resepi Mee Sarang Versi Alam Sari ni mudah sahaja. Saya ni sebenarnya malas nak kecah-kecah letak banyak sangat bahan. Biasanya kalau masak-masak mee tu saya akan gunakan bahan-bahan yang asas dan wajib sahaja maklumlah saya jarang ke pasar dan ke kedai, masak pun jarang walaupun selalu nampak macam saya ni rajin masakkan, itu masak main pondok-pondok jerlah. Jadi kadang kalau beli sayur tu memang tak beli banyak sebab akhirnya nanti akan ditongsampahkan kerana kecut dengan sendirinya.. huhu. Biasanya kalau goreng mee saya selalu letak sayur sawi sahaja (wajibkan ada sawi). Kalau ada lobak merah ke, kubis bunga ke, tomato ke dalam laci peti ais anda, bolehlah dicampak sekali dalam kuah mee sarang ini. Alam Sari gunakan yang wajib sahaja macam sawi, udang, sotong, fish cake, kicap cair, serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan semestinyalah mee. Jom tengok sukatannya ;-))

MEE SARANG
(6 - 7 orang makan)

Masak bahan kuah dahulu :
2 sb minyak masak
4 - 5 ulas bawang putih diketuk dan ditumbuk kasar
9 - 12 ekor udang sederhana besar dibersihkan
1 - 2 ekor sotong dibersihkan dan dihiris sederhana nipis
2 keping fish cake dihiris sederhana nipis
1/2 sb serbuk pati ayam/ ikan bilis
5 sb kicap cair
1/2 sk serbuk lada sulah
1 ikat sayur sawi (bersihkan dan siang, asingkan batang dan daun)
4 1/2 cawan air
1/2 cawan air masak + 2 sb tepung jagung, dikacau rata
2 biji putih telur

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Kacau sekejap sehingga udang dan sotong hampir masak.
3. Masukkan serbuk pati ayam/ ikan bilis dan kicap cair. Kacau sekejap dan masukkan 4 1/2 cawan air dan serbuk lada sulah.
4. Masukkan pula batang sawi yang telah dikerat-kerat. Masak sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan pula daun sawi dan sayur-sayur yang lain jika ada. Biar 3 -4 minit kemudian masukkan campuran air tepung jagung. Kecilkan api, kacau sehingga kuah pekat dan mendidih.
6. Tutup api dan masukkan putih telur, kacau membulat.

Sementara tungguh kuah mendidih, sediakan sarang daripada bihun.

Bahan Sarang :

Sebungkus Bihun (gunakan yang dibungkus bersih & ditanggung halal, mahal sikit tak apa sebab kita nak goreng terus ia dalam minyak tanpa dibilas air, kalau bilas susah nak jadi sarangnya)
2 cawan minyak masak

Caranya : Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas. Sederhanakan api dan masukkan segumpal bihun (leraikan segumpal- segumpal) ke dalam minyak dan goreng cepat-cepat sehingga kembang keseluruhan bihun. Angkat dan masukkan dalam pinggan. Teruskan menggoreng gumpalan bihun yang lain. Tuangkan kuah ke atas sarang ketika menghidang dan nikmati bersama cili hijau jeruk.

masa nak masuk mulut baru gaul ngan kuah, best rangup-rangup lembut

*Tips jika ada tetamu atau rumah terbuka : Goreng bihun siap-siap dan simpan dalam bekas kedap udara.  Sentiasa panaskan kuah sebelum menghidang.

pilihan saya Jati, harga mahal sikit tapi dibungkus bersih dan ditanggung halal.. ada ISO lagi..

Tags

Post a Comment

20Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kak Sariiii,nih sy smp awal nih mknanya mmg teruja ler ngan mee sarang akak tuh.hehe..bkn takat angkat keyboard,agkt tangan ngan kai sama nih kak,heheh...nmpk sedap,sy mula2 tuh duk byng camner nk wat,rupanya mihun tuh goreng lam mnyak pnas eks..erm jadi rangup2 ler kak ,pastu bla kna kuah dia lmbut n kmbng x..jakun toi sy,xnah g mkn mihun gini..

    ReplyDelete
  2. Awat mcm tau2 jer nie ayu angkat tinggi2. Ada teropong eik......

    Terbaik tauuu.

    Kat CR. Soto mmg ada boh bihoon nie. So klu org order ayu boh last. Nampak seksi gitu...

    Okey... Esok2 nk buat. Dh terliur nieeee. Thanks laling

    ReplyDelete
  3. Salam kak yus! eh? kita jakun ni kak hihihi... boleh digoreng mee hoon tu ya? kikiki... nmpk sedap pulak teringin nak makan mee ladna, nak cuba lah guna mee hoon gini paling suke mesti budak2 :D sini mana ada jenama jati :D sume jenama siam lerr :D

    ReplyDelete
  4. Kak yuss, siyeessss ni tak leh thn betul tgk mee sarang akak ni sampai 2 kali antar komen, tak leh jadi nak buat jugaklah petang ni terliur sungguh huhu.. nak kena carik sotong dgn kailan lerrr ahahaha...

    ReplyDelete
  5. akak goreng bihun tu dalam minyak macam goreng suhun untuk buat soto tu kan... =)

    1st time dengaq nama mee sarang

    ReplyDelete
  6. boleh goreng gitu ye bihun ni sari...baru tau..ingat kena rendam dulu je baru leh goreng..heheheh

    ReplyDelete
  7. wadduhh! mengegar iman...

    ehhh.. jati pun dah buat bihun ye? ketinggalan keretapi.. almaklum jarang2 ke pasaraya.. hihi...

    ReplyDelete
  8. bihun ke~saya ingatkan suun goreng~~he~~

    ReplyDelete
  9. kebetulan KA baru je beli bihun jati ni, leh cuba resepi ni nnti, tq

    ReplyDelete
  10. Kakcik bukan setakat angkat keyboard, rasa nak masukkan kepala dalam skrin! :)

    ReplyDelete
  11. Sari, wpun kak rose lambat sangat angkat kibod, tp nak jugak datang bawak mangkuk tingkat... isi penuh2 ya...

    ReplyDelete
  12. Mee sarang mknn org johor ke? Jakun akk ni, tak pernah merasanya.....mcm nak cuba je. Betul eh mihun tu di goreng? Mcm tak caye je...

    ReplyDelete
  13. Dah mark..insyaAllah nk cuba jgk lepas nii..terguda sudahhhhhh ^^

    ReplyDelete
  14. Salam kenal Sari..menyinggah sekejap kat rumah awak nii...terbau bihun sarang...
    pelik tapi benar...nekcik pun tak penah buat..selalu goreng suhun untuk soto jer..tak tau lak mi hun pun boleh goreng..insyaallah Nekcik akan buat....

    ReplyDelete
  15. ermmmm...nk kena hantar cni la sepinggan sari..teliur sgt2 dh ni...;)

    ReplyDelete
  16. Yess....dapaaatt juga menikmati mee sarang online nie. Syabas beytei, heheheeh. Berjaya loading dengan pantas dah sekarang...

    ReplyDelete
  17. sari..nk jugk buat camnie..dh terkecurrr..semalam myinggah sini tp komen x leh masuk..:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!